Minwoo yang sebilik dengan Siwon, keluar dari bilik untuk pergi ke tandas. Siwon telah hanyut ke alam mimpi. Dari tadi dia asyik bertukar posisi tidur. Sesekali dia menggaru lengannya yang gatal akibat digigit nyamuk.
"Siwon.."
Terdengar bunyi pintu dikuak perlahan.
"Siwon.."
"Hisy.. apahal panggil-panggil nama orang nie? Orang nak tidurlah!" Rupanya Siwon telah bangun dari alam mimpinya. Matanya masih lagi tertutup rapat. Lampu yang dibiarkan terpasang itu rupanya telah menyedarkan dia dari tidur.
"Siwon.."
Dengan malas, Siwon bangun lalu menenyeh-nenyeh matanya.
"Apa kau nak, Minwoo?" Malas Siwon bertanya. Dengan matanya yang masih lagi berat, dia cuba untuk memandang sahabatnya itu. Dahinya tiba-tiba sahaja berkerut. Dia memandang sekeliling bilik tersebut.
"Eik.. hilang pulak dah?" Dia menggaru-garu kepalanya. "Hisy.. saja nak cari pasallah kau nie!"
Tatkala dia ingin membaringkan diri, matanya sudah tertangkap satu kelibat budak kecil yang sedang berjalan di hadapan bilik. Sekali lagi dahinya berkerut. Cepat-cepat dia turun dari katil untuk melihat.
'Sejak bila pulak dorang bawak masuk budak kecik nie?' desis hatinya.
Siwon setakat mengintai keluar kepalanya di balik dinding bilik. Kelihatan budak kecil itu sedang merenung sesuatu. Perlahan-lahan Siwon keluar untuk menghampirinya.
"Oit!" Bahunya ditepuk dari belakang.
Siwon terkejut beruk seperti ternampak hantu.
Minwoo tersengih kecil. "Kau dah kenapa terkejut macam nampak hantu nie haa?"
"Hantu. Hantu." Siwon merenung tajam. "Hantu tak wujudlah!"
"Aku tak cakap pun hantu tu wujud." Balas Minwoo selamba. "Hei.. bukan kau tengah tidur mati ke tadi. Nie kenapa tiba-tiba bangun pulak?"
Siwon memandang Minwoo. "Tu haa.. aku cuba tengok budak kecik tu buat apa." Bibirnya sudah dimuncungkan ke arah tempat yang berhampiran dengan tangga. Apabila dia memandang semula, terbeliak matanya.
Budak kecil itu tadi sudah hilang.
"Apa? Budak kecik?" Minwoo turut memandang sama. "Mana ada budak kecik kat situ. Kau nie tengah mamai ke apa haa? Pergilah tidur. Esok ada kuliah. Aku tak nak pergi lambat sebab kau." katanya lalu masuk ke dalam bilik.
Siwon masih lagi berdiri di situ. Matanya masih terpaku pada tempat dimana budak kecil itu berada.
"Peliklah. Tadi dia memang ada kat situ." Siwon menyilangkan lengan dengan dahinya yang berkerut. Sesekali dia mengigit bibirnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Hantu kot." Usik Minwoo tiba-tiba.
"Apa kau nie! Kan aku dah cakap, hantu langsung tak wujudlah!" jerkah Siwon geram.
"Rilekslah bro. Kau nie sensitif sangatlah."
"Apa bising-bising nie?" tegur Yixing. Junhyung turut ada bersama.
"Siwon nie haa.." Kelihatan Minwoo geram dengan Siwon.
"Siwon?" Yixing memandang Siwon yang sedang menahan marah. "Kenapa nie? Kau tak tahu ke sekarang nie dah pukul berapa? Dah lewat dah nie. Pergilah tidur. Esok kita kan ada kuliah." Pujuknya lembut.
"Yelah. Yelah. Aku nak tidurlah nie." Akhirnya Siwon mengalah. Dia sempat lagi melanggar bahu Minwoo dengan bahunya. Minwoo hampir terjatuh ke belakang. Keluhan kecil dilepaskan lalu masuk ke dalam.
Yixing turut mengeluh lalu memandang Junhyung.
"Sorrylah Junhyung. Dia tu memang sensitif sikit bab-bab hantu nie. Dia memang tak percaya langsung yang hantu tu wujud." Beritahu Yixing dengan rasa bersalah.
"Tak apa." Junhyung tersenyum. "Tak semua orang percayakan hantu."
Yixing turut tersenyum. "Betul tu. Kau.. percaya ke?"
Sekali lagi Junhyung kelihatan tersentak dengan soalan tersebut.
"Err.. aku percaya." Tergagap-gagap Junhyung membalas. "Dan.. kau?"
"Bolehlah. Aku percaya sikit-sikit je." Balas Yixing, tersengih dengan jawapannya.
"Dah pukul 1 pagi dah nie. Jomlah tidur dulu. Aku ada kuliah esok." Sambungnya lagi. Langkahnya pantas diatur menuju ke bilik.
Junhyung hanya melihat Yixing pergi. Air mukanya serta-merta berubah menjadi seram. Matanya kelihatan tajam memandang bilik Siwon dan Minwoo. Dia memegang lembut tombol pintu bilik mereka sebelum berlalu pergi.
........................................
Tepat pada pukul 3 pagi, Siwon tersedar dari tidur. Matanya masih lagi tertutup rapat. Dia turun dari katil meninggalkan Minwoo yang masih lena. Lemah longlai dia menuju ke pintu bilik untuk keluar. Seolah-olah seluruh badannya sedang dikawal oleh seseorang.
Sebaik Siwon melangkah keluar dari bilik, pintu terus tertutup sendiri.
"Hehe..hehe...hehe.." Siwon mula tergelak kecil.
Pantas dia menuju ke tangga sambil terus ketawa. Semakin lama ketawanya makin kuat. Nasib baik mereka yang lain tidur mati. Masing-masing sedang dibuai mimpi. Jadi suara ketawannya langsung tidak menganggu tidur mereka.
Siwon yang masih lagi ketawa terus melompat ke bawah sebaik tiba di tangga.
Dia mengulangi perbuatan yang sama sehingga pagi esok.
.....................................
Yixing turun ke bawah sambil menyandang begnya. Terkejut dia apabila ternampak Siwon sedang tidur di atas lantai di ruang tamu. Kelihatan Siwon nyenyak tidur di situ tanpa berselimut. Pantas dia menghampiri Siwon yang masih lena.
"Siwon.." Dia menepuk-nepuk pipi Siwon. "Bangunlah. Dah pagi dah nie."
"Bagi aku lima minit please. Aku ngantuklah." Jawab Siwon malas. Dia baring membelakangi Yixing lalu tidur semula.
"Siwon!" Yixing mula bengang.
"Yixing, mana Junhyung?" tanya Taecyeon yang sedang turun ke bawah. Rambutnya kelihatan kusut walaupun sudah mandi. Dia pelik melihat Siwon yang sedang tidur di atas lantai. Kepalanya digaru-garu.
"Oit.. pehal mamat nie tidur kat sini pulak?"
"Entahlah. Pagi-pagi aku dah nampak dia tidur sini." Jawab Yixing. "Ohya, kau tanya aku apa tadi?"
"Junhyung mana?" tanya Taecyeon lagi.
"Dia dah keluar dah. Katanya kuliah kat universiti dia tu selalu start awal." Beritahu Yixing. "Ada apa kau cari dia?"
Taecyeon mengangguk tanda mengerti. "Dia terambik laptop aku semalam. Aku check bilik korang tadi. Rasanya dia bawa laptop tu sekali kot. Kau tahu tak dia belajar kat mana? Aku perlukan laptop tu untuk pembentangan hari nie."
"Entahlah, Taec. Dia tak bagitau aku pun dia belajar kat mana. Taec, daripada kau cakap pasal pembentangan hari nie, baik kau kejutkan mamat nie cepat. Kita dah lambat nie." Yixing memandang Siwon yang masih lagi lena di atas lantai. Lalu menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan secara ringkas.
Taecyeon turut memandang Siwon. Dia menolak-nolak tubuh Siwon dengan ibu jari kakinya.
"Woi.. bangunlah."
"Hisy.. apa main tolak-tolak nie?" marah Siwon dengan matanya yang tertutup. "Jangan kacau aku tidurlah. Aku tak kacau kau pun kan. Korang pergilah dulu. Malaslah nak bangun. Aku nak berhenti belajarlah kalau macam nie."
"Apa kau mengarut nie? Dahlah! Bangunlah woi!" jerit Taecyeon kuat sehingga Yixing yang berada di dapur itu terkejut beruk.
Siwon membuka matanya perlahan. Dia memandang Taecyeon yang sedang berapi itu. Matanya terbeliak luas sebaik dia menyedari dia sedang berada di ruang tamu dan bukan biliknya. Cepat-cepat dia bangun.
"M-Macam mana aku boleh ada kat sini haa?" Cemas Siwon bertanya.
Taecyeon pelik. "Apa maksud kau?"
"Aku tanya macam mana aku boleh ada kat sini?!" tanya Siwon marah. Pantas kolar baju Taecyeon dicekak olehnya.
Taecyeon terkejut.
"Apa korang berdua nie?" Yixing yang datang dari dapur pantas meleraikan mereka berdua. Dia menolak Siwon jauh daripada Taecyeon. Dia memandang Siwon tajam. Muka Siwon sangat merah. Dia sedang menahan rasa marah di dadanya.
"Aku tahulah aku nie bukan kawan yang baik. Aku tak kisahlah korang nak benci aku ke apa. Woi.. hanya disebabkan aku tak percayakan hantu, sanggup korang buat macam nie kat aku haa? Tapi janganlah sampai angkat aku kat sini. Lepas tu biarkan aku tidur atas lantai. Nak aku cepat sakit belakang ke?!" luah Siwon.
Yixing dan Taecyeon tersentak.
"Apa kau nie, Siwon?" Yixing menghampiri Siwon.
"Ah, blahlah kau!" Satu tumbukan dilepaskan pada muka Yixing oleh Siwon. Yixing terduduk sebaik tumbukan itu terkena pada bibirnya. Pantas Taecyeon mendapatkan Yixing yang cedera itu. Siwon pula menggeleng seakan tidak percaya yang dia telah menumbuk sahabatnya sendiri.
"Yixing.. maafkan aku.." Siwon mendapatkan Yixing.
Bibir Yixing berdarah. Dia memandang Siwon lalu tersenyum kecil. "Tak apa, Siwon. Aku tahu kau memang susah nak kawal diri bila marah kan? Aku faham keadaan kau sebab kita kawan dah lama." Pujuknya lembut walaupun bibirnya cedera.
"Yixing.."
"Eik, apa dah jadi nie?" Minwoo pantas turun ke bawah. Dia berlari mendapatkan mereka semua terutama sekali Yixing.
"Bibir kau darahlah." Beritahunya perlahan.
"Tahuu.." Yixing tersenyum kecil. "Dahlah. Kita dah lambat nie. Siwon, pergilah siap-siap dulu."
Siwon mengangguk perlahan. Sebaik tiba di tingkat atas, rasa aneh kembali menyerangnya. Dia termenung seketika.
"Macam mana aku boleh tidur kat ruang tamu pulak?"
.............................................Bersambung.