Part 7

292 12 2
                                    

Di bilik, kelihatan Taecyeon sedang membaringkan tubuh Yixing perlahan di atas katil. Sempat lagi bantal ditepuk berkali-kali agar lembut untuk diletakkan kepalanya. Lalu selimut ditarik sehingga ke paras dadanya.
Wajahnya yang pucat direnung lama sebelum beredar.
“Taec..”
Taecyeon menoleh. Yixing membuka matanya perlahan. Wajah Taecyeon dipandang dengan pandangan yang sangat lemah.
“Aku.. tak gila kan?” tanyanya perlahan.
Taecyeon menggeleng. “Tak. Kau tak gila. Lagipun masa tu aku ada sekali dengan kau. Jadi.. aku percayakan kau.”
Yixing tersenyum lemah tetapi tidak kekal lama.
“Apa yang berlaku sebenarnya..”
Taecyeon menghampiri Yixing semula. “Take some rest, Yixing. Jangan fikir banyak sangat. Muka kau pucat gila dah nie.”
“Hmm...” Yixing diam. “Yelah.. yelah..”
Taecyeon tersenyum. “Aku nak pergi bawah. Kau rehatlah dulu ye? Kalau kau bangun, aku kunci bilik nie kang.”
“Ha.. macamlah aku larat nak bangun..” Yixing terus berbaring membelakangi Taecyeon.
Taecyeon diam. Langkahnya terus diatur ke arah pintu untuk keluar.
................................................
Satu persatu anak tangga dilaluinya perlahan. Sunyi-sepi sahaja di bawah. Ruang tamu kosong tetapi televisyen masih lagi terpasang walaupun tiada seorang pun berada di situ. Keluhan kecil dilepaskan dari mulut Taecyeon.
“Haih.. tak reti nak jimat elektrik ke?”
Televisyen yang masih terpasang itu dihampirinya.
Sebaik tangannya mencapai alat kawalan jauh, tiba-tiba televisyen itu tertutup sendiri.
Taecyeon pelik. Matanya merenung tepat pada skrin televisyen tersebut. Kosong. Gelap.
“Eh?”
Semakin lama dia merenung skrin tersebut, tiba-tiba muncul wajah Junhyung yang berlumur darah dengan matanya yang seperti mahu tercungkil keluar.
Taecyeon terkejut sehingga terlanggar meja makan di belakangnya.
“Tolong.. aku.. Taec..” rayu Junhyung yang mula menitiskan air mata berdarah. Sungguh menakutkan!
“Yixing!” Cepat-cepat Taecyeon berlari naik ke atas. Sekali lagi dia terkejut sebaik terserempak dengan Minwoo di tingkat atas.
“Minwoo, kita kena keluar dari rumah nie sekarang jugak!”
Minwoo mengangkat wajahnya perlahan. Ternyata Minwoo juga seperti Junhyung.
Lemah lutut Taecyeon dibuatnya. Dia terduduk. “M-Minwoo..”
Taecyeon berganjak ke belakang apabila Minwoo mula  membuka langkah.
“Aku dah agak dah rumah nie memang ada something..” Taecyeon memejamkan matanya sekuat hati. Dia berharap ini semuanya hanya mimpi. Kepalanya asyik digeleng-gelengkan. Setelah lama dia berbuat begitu, barulah dia membuka matanya semula.
Wajah Minwoo yang menakutkan itu sudah berada di depan matanya!
Terkejut Taecyeon dibuatnya.
“M-Minwoo..” Taecyeon meneguk liur.
“Taec!”
Minwoo terus ditarik kuat ke belakang sehingga terjatuh. Kelihatan lelaki berlesung pipit datang berlari kearahnya.
“Taec, kau okay tak?” tanya Yixing, cemas melihat wajah Taecyeon yang teramat pucat.
“A-Aku okay je..”
“Jom keluar dari banglo nie! Banglo nie tak selamat!” kata Yixing.
Taecyeon mengangguk lemah. Mereka berdua sama-sama berlari turun ke bawah. Muncul pula Siwon yang berdiri tegak di bawah. Taecyeon dan Yixing tidak berani untuk menghampiri sahabatnya yang sudah beberapa hari menghilangkan diri.
“Siwon..” Yixing menggeleng. “Kau bukan Siwon!” Kepala Siwon asyik berpusing beberapa kali. Bunyi tulang patah dari Siwon sudah cukup menakutkannya!
Taecyeon sekadar merenung Siwon yang kelihatan menakutkan itu.
Terasa banglo yang mereka duduki sekarang mula bergegar perlahan. Taecyeon yang kehilangan keseimbangan terus terjatuh. Dia jatuh terguling-guling ke bawah. Pada masa itulah Siwon sekali lagi menghilangkan diri.
“Taec!” Yixing berlari turun ke bawah tetapi kelibat Junhyung di bawah telah membuatkan dia berlari semula ke atas. Akhirnya dia terjatuh di tengah tangga dengan perasaan takut.
Junhyung memandang Yixing tepat. Yixing mengigil ketakutan.
Sepantas kilat, Junhyung sudah berada di hadapan Yixing.
“J-Jun..” Yixing terkejut besar. Bajunya digenggam lemah oleh Junhyung. Air mata berdarah mula membasahi pipinya yang pucat.
“Jun..”
“Yixing.. tolong aku..” Junhyung memeluk tubuh Yixing erat. Entah kenapa dirinya terasa dibawa ke alam lain.
Flashback. Tahun 1997
“Omma..” Terjengul wajah Junhyung di muka pintu.
“Jun?” Puan Yong memandang Junhyung. “Kenapa Jun?”
“Appa..”
“Kenapa dengan appa?”
“Dia ada kat bawah.” Kata Junhyung perlahan.
Puan Yong terkejut kecil. “Kenapa dia balik sini?”
Dengan berhati-hati agar anak kecilnya itu tidak terjaga dari lena, dia turun dari katil. Junhyung menghalang Puan Yong dari berdiri.
“Jangan, eomma.” Junhyung menggeleng.
Puan Yong tersenyum manis. “Tak apa. Biar eomma handle okay?”
“Tapi eomma..” Junhyung mula menarik wajah risau. “Eomma kan pregnant. Kan doktor dah pesan. Eomma janganlah bergerak banyak sangat. Lagi satu.. mana tahu appa buat eomma stress pulak nanti. Risau Jun tahu tak.”
“Jun anak eomma..” Puan Yong masih lagi tersenyum. Dahi Junhyung dikucupnya lembut.
“Janganlah risau sangat. Eomma yakin appa tak akan buat macam tu dekat eomma.”
Junhyung mengeluh berat. Tidak sampai hati dia hendak melepaskan ibunya berjumpa dengan ayahnya di bawah.
“Be careful, eomma. Please.”
Puan Yong mengangguk.
................................................
Terdengar bunyi botol pecah di bawah. Diiringi dengan ketawa Encik Yong. Sekali lagi bunyi botol pecah kedengaran. Entah kali keberapa dia berbuat begitu.
“Kenapa awak balik rumah nie?” tegur Puan Yong, dingin.
Junhyung yang memerhati dari tingkat atas mula berasa geram dengan ayahnya yang mabuk. Suka sangat mencari masalah dengan mereka sejak diceraikan.
Encik Yong menjeling tajam. “Huh? Kenapa kau tanya soalan bodoh nie?”
Dengan botol arak di tangannya terus diteguk dengan rakus.
Puan Yong mengeluh berat. “Dahlah, tolonglah keluar. Nie bukan rumah awak lagi dah. Tolonglah keluar!”
“Diamlah bodoh..” Dalam keadaan mabuk, Encik Yong menghampiri bekas isterinya. Puan Yong rasa jari-jemari bekas suaminya mula bermain-main dengan belakangnya.
“Jangan sentuh saya!” marah Puan Yong.
“Uih.. ganasnya.. takkan nak sentuh isteri pun tak boleh?”
Junhyung semakin berapi dengan tingkah laku Encik Yong yang agak kurang ajar.
“Eomma!”
Puan Yong pantas menoleh. “J-Jun?”
Junhyung berjalan mendekati Encik Yong.
“Jun~ Dah lama..” Junhyung menghadiahkan sebuah tumbukan pada wajah ayahnya.
Puan Yong terkejut besar. Junhyung merenung tajam.
“Apahal kau nie kurang ajar sangat haa? Kan eomma aku dah cakap tadi, nie bukan rumah kau! Baik kau blah sekarang!” tengking Junhyung geram.
“Jun..” Puan Yong cuba menenangkan anaknya. Belakang Junhyung diusap-usap lembut.
“Blah!”
Encik Yong mengetap bibir geram. Junhyung anaknya itu dijeling tajam sebelum mengorak langkah ke dapur.
“Woi, apasal kau pergi dapur pulak? Blahlah!” Junhyung mengekori Encik Yong ke dapur.
“Junhyung!” Jadi risau Puan Yong dibuatnya apabila Junhyung turut ke dapur. Entah apa yang mereka akan lakukan sehinggalah terdengar jeritan anaknya meminta pertolongan. Kelam-kabut Puan Yong berlari ke dapur.
Sebaik tiba di dapur, Junhyung sudah terbaring di atas lantai sambil tangannya menahan perut yang mula berdarah akibat ditikam. Habis wajahnya digores dengan pisau yang dimiliki Encik Yong. Sempat lagi tangan kirinya meraih kearah Puan Yong.
“E-Eomma..” Sungguh seksa sekali Junhyung hendak mengeluarkan suaranya.
“J-Jun..” Puan Yong tidak dapat menahan sebak. Encik Yong dijelingnya.
“Lelaki tak guna!” makinya kuat. “Berani kau bunuh anak aku? Kau memang lelaki tak guna!”
Encik Yong merenung tajam.
“Diam!”
“Aku benci kau! Lelaki tak guna!”
“Aku cakap diam, diamlah!” Rambut Puan Yong ditariknya kuat sehingga kepalanya terhantuk pada kerusi. Tangannya secara refleks menarik kerusi sekali jatuh ke atas dirinya. Junhyung sekadar memerhati dengan matanya yang mula tertutup.
Encik Yong menghampiri bekas isterinya dengan pisau di tangan. Puan Yong segera bangun dan melarikan diri ke tingkat atas. Kelam-kabut dibuatnya. Sesekali dia tersungkur di tangga. Dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.
“Tidak!” jeritnya apabila Euan Yong sempat menahan pintu dengan kakinya. Dongwoon tersedar dari lena sebaik terdengar jeritan ibunya.
Terkejut Dongwoon melihat Encik Yong di situ.
“Bagi aku masuk!” jerit Encik Yong di luar.
“E-Eomma..” Dongwoon mula menangis. Puan Yong yang masih menahan pintu, berpaling kearah anak kecilnya yang sedang menangis akibat ketakutan. Disebabkan itu, Encik Yong dapat menolak pintu sekuat hatinya.
Puan Yong berganjak perlahan ke belakang untuk mendapatkan anak kecilnya.
“Nak lari ke mana?” Encik Yong menghampiri mereka berdua.
“Abang.. tolong. Kalau abang nak bunuh kami berdua, abang bunuh saya. Jangan bunuh Woon.” Kata Puan Yong perlahan. Pada mulanya dia agak berkasar dengannya tetapi pada saat ini, dia tidak mahu berbuat begitu demi keselamatan Dongwoon.
“Ada aku kisah?”
Puan Yong ditariknya lalu menikam tubuhnya berkali-kali. Dongwoon menangis sekuat hatinya.
“Bisinglah kau nie!” Dongwoon dihampirinya pula.
Jeritan Dongwoon menguasai banglo. Akhirnya anak-beranak mati akibat dibunuh oleh ayahnya sendiri. Mayat mereka dibawa ke sebuah bilik kosong. Satu per satu mayat diletakkan di situ. Wajah mereka yang pucat direnung sebelum mengunci bilik tersebut.
Batu-bata disusun rapi di hadapan bilik tersebut lalu disimenkan. Seolah-olah dia membina sebuah dinding baru.
“Cantik lukisan Woon.” Puji Encik Yong dengan senyuman lemah di bibir. Lukisan yang telah dibingkaikan itu digantungkan pada dinding tersebut.
..........................................
Kerusi diletakkan di bawah kipas yang masih berpusing. Lama dia merenung kipas sebelum dia mengambil sehelai kain untuk menutup matanya.
“Maafkan appa.. Jun, Woon.” Ucapnya perlahan.
Setelah dia mengikat kain pada matanya supaya tidak nampak, dia mula tersenyum kecil tetapi senyumannya kelihatan dengan penuh kekecewaan.
“Maafkan hubby..”
Dengan pantas dia naik ke atas kerusi dan..
Zzang!
Flashback end.
“Junhyung!” Akhirnya Yixing sedarkan diri dengan menjerit nama lelaki yang dikatakan telah mati. Terkejut beruk Taecyeon dibuatnya. Lantas tubuh Yixing didakapnya.
Yixing memandang sekeliling. Mereka berdua masih lagi berada di banglo.
“Jom keluar dari sini. Banglo nie tak selamat.”
Yixing mengangguk.
Kelam-kabut mereka keluar dari banglo tersebut. Enjin kereta dihidupkan segera. Taecyeon tidak mahu berlama-lamaan di situ sejak kejadian yang telah menimpa mereka tadi. Yixing termenung sehinggalah terpandang tingkap banglo tersebut.
Junhyung dengan muka pucatnya sedang memerhati mereka. Mulutnya tidak habis-habis menyebut sesuatu tetapi Yixing tidak dapat meneka apa yang dia katakan. Kereta milik Taecyeon terus pergi meninggalkan kawasan banglo tersebut.
“Kita nak pergi mana, Taec?”
“Universiti kita.” Jawab Taecyeon ringkas. “Kau okay ke?”
Yixing mengangguk lemah. Ingatannya melayang pada kisah silam Junhyung, dimana Junhyung, adik dan ibunya mati akibat dibunuh. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa Junhyung tiba-tiba sahaja menunjukkan kisah silamnya.
“Hmm..”
“Eh, bawang!” Taecyeon ternampak Kikwang berjalan keluar dari perkarangan universiti. Dia segera memberhentikan keretanya.
Kikwang berjalan menghampiri kereta milik Taecyeon. “Taec? Kau buat apa kat sini tengah malam macam nie?”
“Weh, aku nak tumpang rumah kau boleh tak?”
Kikwang mengangguk. Dia menundukkan kepalanya sedikit untuk melihat siapa yang berada di sebelah Taecyeon di dalam kereta.
“Yixing? Yang lagi dua tu mana?”
Taecyeon mengeluh. “Entahlah. Boleh tak nie?”
“Boleh. Boleh.”
.......................................
Bersambung.

Sorry lambat hntar ff ni.. sbb luhan sebok...✌

Banglo Seksyen 2Where stories live. Discover now