˚ ༘♡ 49 | 𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀 ⋆。˚

4.1K 242 32
                                    

    BUBUR nasi ayam yang masih hangat dimasak Puan Aqila pagi itu dimamah Adila sedaya upaya demi badannya kekal bertenaga. Selera makannya jelas makin berkurangan.

“Tak sedap ke ibu masak?” Tanya Puan Aqila perlahan, tangannya masih setia menyuap Adila itu makan. Jikalau dibiarkan, mahu tidak bersentuhan masakannya itu pula.

“Sedap. Sedap sangat. Cuma Dila tak ada selera. Maaf ibu.” Adila tersenyum tawar. Air masak putih di sisi meja diambil sebelum dihirup segelas.

“Dila, rasa tak sedap badan ibu. Dila nak tidur kejap boleh?”  Pinta Adila kedengaran penat. Namun masih terlakar segaris senyuman pada riak wajahnya tak mahu Puan Aqila mengesyaki apa-apa.

“Tidurlah, rehat. Ibu nak solat kejap. Abah dekat luar lagi. Sibuk uruskan hal berkenaan dengan Ersyad. Nanti mak mertua Dila nak lawat Dila. Jangan pergi mana-mana ya?”

Adila alihkan pandangan ke arah lain saat mendengar bicara itu terluah dari mulut Puan Aqila.  Kepala dianggukan sebagai balasan. Bibir dipaksakan mengukir senyuman. “Baik ibu,”

Satu kucupan ditinggalkan Puan Aqila pada dahi Adila sebelum pergi. Dalam hatinya, tidak henti mendoakan keselamatan satu-satunya anak perempuannya ini bersama nyawa cucunya dipanjangkan agar dapat melihat dunia.

“Ibu pergi dulu, apa apa call ibu.” Adila angguk.

Sebaik tertutup saja pintu bilik hospital itu, pantas sahaja Adila bangun dari pembaringan. Pandangannya dilemparkan pada pintu bilik itu lama. Tak kira. Dia mahu cari Ersyad.

Tanpa berfikir panjang, Iv drip yang diletakkan pada tangannya itu dicabut. Berkerut dahi Adila menahan rasa sakit dek kerana perbuatannya itu. Seterusnya, dia mencari beg tangannya yang pasti dibawa ke sini juga.

Kabinet kayu di sebelah katil hospital itu dibuka Adila. Jelas kelihatan beg tangannya berwarna cream miliknya terletak elok di situ. Tanpa membuang masa, dia memeriksa sekiranya segala yang dia perlukan ada di dalamnya.

Kunci kereta, telefon bimbit dan dompet miliknya masih berada di tempat yang sama. Lega Adila rasakan pada saat itu juga. Langkah dituju keluar pintu. Dia perlu cepat sebelum sesiapa sedar ketiadaan dia di situ.

“Kau nak pergi mana?”

Satu suara maskulin datang dari belakang Adila sebaik sahaja dia menutup pintu. Adila menundukkan wajah bersama tangan yang dikepalkan di sisi tubuh. Dia sudah terlambat.

“Tandas.”

“Dengan beg tangan kau? Pelik.”

Arrez yang sedari tadi menyandarkan sisi tubuhnya pada dinding itu kini berdiri tegak menghalang laluan Adila. Adila gulingkan bebola mata ke atas. Kenapa dia tak sedar Arrez ada di luar tadi?

“Tepi, Arrez.”

Spit the truth. Kau nak pergi mana?”

Arrez silangkan tangan pada tubuhnya. Sudah sedia maklum dengan sikap Adila yang keras kepala itu daripada Ersyad.

“Aku nak cari suami aku. Sekarang, tepi. Kalau kau tak boleh cari dia, biar aku sendiri cari Ersyad. Move.” Serius nada Adila menekankan.

C | HER COLD HUSBANDWhere stories live. Discover now