Almarissa, Dato' Afnan dan Datin Airini bersama-sama Tuan Khalish dan Puan Kadeeja di dalam surau kaca banglo pada pukul lapan malam itu. Sambil-sambil menunggu waktu Isyak.
Jangan tanya kenapa ibu boleh ada dekat sini? Usai ditamatkan panggilan telefon dan diberikan informasi pada ibu, pantas ayah juga melakukan panggilan terhadap pemandu keluarga mereka, Pak Hamzah. Untuk maklumkan pada Pak Hamzah agar lakukan tugas murninya, menghantar ibu ke rumah banglo Tuan Khalish itu.
Dengan itu, Pak Hamzah dengan patuhnya selaku salah seorang warganegara Malaysia yang turut menghayati Rukun Negara, melaksanakan tugasnya seteliti, sebaik dan selancar mungkin.
Dan... jawapan ibu mudah sahaja. Ibu tidak akan mampu tidur tanpa ayah. Katanyalah. Almarissa mahu gigit ibu dan ayahnya itu usai mendengarkan koherensi itu. Geram!
Sengaja mahu menyendukan anak sendiri.
Oleh itu, di sinilah ibu. Menemani Almarissa dengan ayah.
Oh! Drama Indonesia! Tolonglah lamar aku jadi pelakon utama. Dinihari saja dia dikejutkan dengan pelbagai drama. Belacak perkara pelik-pelik terjadi. Dia turut malas mahu fikirkan. Sesak fikiran. Boleh tak mana-mana bakal doktor pelatih yang tengah laksanakan latihan kedoktoran mereka untuk ambil otak dia kala ini? Dia sudi dermakan.
Almarissa tanamkan pandangannya pada dinding kaca surau banglo tersebut. Dinding lut sinar. Tuan Khalish dan Puan Kadeeja sedang berbual-bual kosong dengan Dato' Afnan dan Datin Airini. Topik-topik ulasan sudah tentunya berkenaan perniagaan. Huh! Gelaran Dato' dan Tuan itu for a reason, okay!
Pada dinding kaca itu, jaleh kelihatan ukiran-ukiran motif kaligrafi. Pada suatu sudut, ada ukiran nama-nama Tuan Khalish dan Puan Kadeeja. Nama anak-anaknya juga.
Terima kasih, ibu dan ayah. Dia masih belum rabun untuk membaca nama-nama itu. Sembari menguap, sembari itu membaca. Unik-unik nama anak-anak Puan Kadeeja itu. Buatkan dia sudah merangka nama-nama anaknya nanti. '
Amboi, kau! Teman lelaki pun tak ada, dah menggebu-gebu hormon gedik cari nama, ya? Laki pun tak ada! Hujung hati nakal membidas.
Menurut cerita Puan Kadeeja sedianya, mereka memiliki tiga orang anak. Ketiga-tiga itu juga tiada dekat rumah kala ini.
Itulah pemilik nama-nama Al-Quds Nabhan, Al-Humaira Nabhan dan Al-Handayani Nabhan.
Mahu tanya lebih lanjut, takut dilabel suka menyelak-nyelak kain orang lain. Namun selak-selak tulah yang manusia gemar, kan?
Jadi dia dengan tidak tahu-menahu malu itu apa, tambahan malu itu bukan keturunannya Almarissa, dia lontarkan juga instruksi ayat tanya bahasa Melayu.
"Mana anak-anak aunty yang lain?"
Sehingga-hingga menggamit empat pasang bola mata untuk melekap padanya. Perbualan ibu dan Puan Kadeeja yang berjarak dua langkah darinya itu, terputus di tengah jalan. Semua kerananya. Almarissa tercenung-cenung sendiri. Dia tanya salah ayatkah? Rasanya, sewaktu sekolah menengah, Cikgu Mauraleng ajarkan dia susunan pola ayat yang betul. Setakat ini, dia tidak pernah pula diserang manusia lain kerana menyusun ayat yang kurang gramatis.
Okey, itu hiperbola!
Sekonyong-konyong, Puan Kadeeja mengformasi senyum manis pada hujung bibir. Roman wajah itu kelihatan suka kala Almarissa bertanyakan soalan itu.
Okey... bunga-bunga fikiran-tak-logik Puan Kadeeja sudah muncul! Jangan jadikan dia sebagai senarai-senarai nama mahu dijadikan bakal menantu, sudah!
"Anak yang mana satu?" Wanita anggun itu layangkan soalan yang berqalqalah main-main. Spontan retina mata Almarissa berkalih pada sang ayah dan ibu. Akhir sekali, statik pada roman wajah Tuan Khalish.
YOU ARE READING
Al-Quds Nabhan
RomansAl-Quds Nabhan x Almarissa Dahlia Dia yang mengingati x dan dia yang melupakan.