PROLOG

56 7 2
                                    


          AIR mata mengalir deras

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          AIR mata mengalir deras. Sudah tidak cantik mata itu akibat menangis sahaja daripada tadi diiringi rayuan panjang dari mulutnya yang cuba memujuk. Memujuk hati seorang wanita yang sedang bercakap dengannya kini menggunakan telefon pintar.

Rasa malu sudah tidak peduli. Yang dia peduli saat ini hubungan mereka. Hubungannya bersama Faai'l yang baru sahaja mahu masuk dua tahun. Meskipun umur masih muda, akal fikirannya sudah matang berfikir.

" Tolonglah Kak Falah! Jangan buat kami macam ni. Faa'il perlukan saya dalam keadaan sekarang " Falah berdecit dengan tangannya disilang di dada usai mendengar kata-kata itu.

" Faa'il tak perlukan kau la. Kau siapa? Kau tu orang luar. Dia adik aku, aku tahu macam mana nak urus dan jaga dia. Hei! Korang ni budak-budak lagi la! Budak sekolah! Baru tingkatan 5 apa benda nak bercinta? Aku tak tahulah apa yang adik aku fikir sampai sanggup buat macam ni! "

Dia marah benar saat ini. Marah kerana adiknya banyak berubah hanya kerana seorang perempuan. Padan sahajalah adiknya itu kerap kali berahsia sahaja.

Masih bawah umur mahu bercinta apanya?

" Dia down umi dia baru meninggal... tolonglah jangan buat macam ni pada kami... Faa'il mana? Saya nak bercakap dengan dia... "

" Umi aku! Kau lupa ke Faa'il ada kakak? Kakak yang boleh jaga dia? Jangan bodohkan diri waktu umur kau masih muda macam ni boleh? Jangan jadi murah! Aku tak pernah ajar adik aku untuk bercinta waktu macam ni! "

Ayla sudah tersedu sedan ditengking oleh Falah. Dia seorang gadis berhati lembut dan mengalah adalah cara terbaik baginya. Sikap kuat mengalah ini adalah satu sikap yang Faa'il tidak sukai.

" Aku nak kau jauhkan diri dengan Faa'il. Bagi aku kau bukan perempuan yang sesuai dengan dia! "

" Saya tak nak... "

" Kau ni memang tak faham bahasa ea? Kau pergi dari hidup adik aku la! Semak! Aku ada untuk adik aku tak payah kau nak sibuk! Kau tu orang luar! Urusan keluarga aku kau tak payah nak ambil tahu! " Falah menjerit keras namun suaranya masih dikawal. Risau Faa'il dan ayah akan terdengarkannya.

Di ruang tamu, ramai yang sedang membaca Yassin buat jasad umi yang sudah terkujur kaku di tengah ruang tamu. Faa'il tetap setia di sisi umi dengan satu renungan kosong.

Kosong akan satu kehilangan. Kehilangan permata yang berharga dalam hidupnya. Dia masih tidak percaya yang umi sudah pergi meninggalkannya.

Falah menghela nafas perlahan usai mengintai Faai'l daripada biliknya. Dia menutup rapat pintu bilik itu semula dan mengenggam kuat telefonnya yang kekal dilekap di telinga. Suara sedu sedan Ayla masih kedengaran di hujung talian.

" Dengar cakap aku. Tolonglah... Faai'l tak perlukan kau pun. Kau punca dia banyak berubah. Berubah yang drastik kau tau tak? Kuat melawan, kuat berahsia. Faai'l bukan yang macam tu! " dia menghela nafas perlahan. Dia mahu yang terbaik buat adiknya.

Kalau disebabkan perempuan adiknya menjadi orang lain, baik tak payah! Faai'l adiknya dan satu-satunya adiknya. Dia boleh jaga adiknya dan tidak memerlukan orang luar untuk memberi sayang pada adiknya.

" Tolong dengar cakap aku! Dan satu lagi, jangan bagitahu Faai'l yang kita berhubung. Tolong pergi dari hidup adik aku tolonglah... aku boleh jaga adik aku " panggilan segera dimatikan. Telefon dicampak terus di atas katil bujangnya sebelum melangkah keluar dari bilik dengan deruan nafas marah.

Ayla terduduk di atas lantai. Air mata segera mengalir setitis demi setitis. Hatinya amat sakit. Sakit kerana dia harus memaksa dirinya untuk meninggalkan Faa'il. Lelaki yang baik dan sentiasa ada dengannya tatkala susah dan senang.

Daripada ikatan sebagai kawan menjadi pasangan kekasih. Pasangan cinta budak sekolah. Kini, mereka sedang menjalani peperiksaan SPM. Sedang sahaja menjawab kertas peperiksaan matematik, dia mendapat khabar Faa'il pulang akibat pemergian ibu tercinta.

Dia amat risau akan lelaki itu. Dia tahu betapa sayangnya Faa'il pada ibunya. Wanita yang amat lelaki itu sayangi. Bahkan, bila dia berdua bersama Faa'il, lelaki itu amat suka bercerita tentang umi padanya. Dia tahu betapa berharganya wanita itu pada lelaki itu.

Entah bagaimana hubungan mereka boleh diketahui oleh kakak lelaki itu, Falah. Hubungan mereka kuat dirahsiakan tanpa ada ahli keluarga mana pun yang tahu. Dia tahu betapa sayangnya Falah pada adiknya. Kadang kala dia tidak gemar benar dengan sikap Falah yang kerap kali mengawal hidup Faa'il. Tidaklah dia berkata perkara itu kepada Faa'il sebaliknya dia diam sahaja.

Ayla menghela nafas berat. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu mengotakan kata-kata Falah. Rasanya dia harus mengalah sahaja. Kalau dia terusan menentang, tidak pasal sahaja dua beradik itu akan bergaduh. Dia perlu merahsiakan perkara ini daripada Faa'il.

" Maafkan Ayla, Faa'il "

- ADA HATI PERLU DIJAGA -

TANGAN dimasukkan ke dalam poket seluar baju pengawasnya sambil menyandarkan diri di dinding di tepi tangga. Bisingnya bunyi kerusi yang berlaga dengan lantai bila ditolak kedengaran daripada kelas yang terletak sebelah tangga ini.

Satu persatu pelajar mulai keluar daripada kelas itu. Faa'il pamer senyuman tatkala seorang guru lalu di situ. Tidak lupa juga mengukir senyuman buat pelajar-pelajar yang lalu di situ untuk turun ke bawah menikmati waktu rehat mereka.

Dia memandang ke arah Ayla yang baru sahaja keluar daripada kelas. Segera dia meluru ke arah gadis itu. Wajah yang tidak ada seri dan senyum itu membuatkan dia bingung.

Aneh. Akhir-akhir ini Ayla nampak lain.

" Ayla? Okey ke? " Ayla pamer senyum nipis. Dia sebenarnya mahu mengelak jumpa lelaki ini. Dia mahu perlahan-lahan untuk undur diri daripada hidup Faa'il tanpa lelaki itu tahu.

" Tiga hari Faa'il contact Ayla tapi Ayla tak balas. Tak ada internet ke? " Ayla menggeleng perlahan. Dalam kepalanya sudah ada rancangan sebenarnya.

" Maafkan Ayla. Phone Ayla rosak. Itu yang tak dapat contact Faa'il " bohong Ayla. Lelaki itu menghela nafas perlahan. Padan sahajalah!

" Ouh yeke? Tak hantar repair? Apa yang rosak? "

" Nanti Ayla hantar repair. Err... salam takziah. Maafkan Ayla lupa nak ucap pada Faa'il. Faa'il dah okay ke? " lelaki itu tersenyum kecil. Lega sahaja bila gadis itu bertanya akan hal itu.

Itu tanda Ayla peduli padanya.

" Okay tak okay jelah, Ayla. Ambil masa nak terima. Yelah, yang pergi tu umi kan? Faa'il rindu pada umi sebenarnya. Tapi jangan risau sebab Faa'il okay. Ayla ada dengan Faa'il pun Faa'il dah okay " gadis itu pamer senyum hambar. Kata-kata terakhir itu membuatkan hatinya meruntun sedih.

Sedih dia akan meninggalkan lelaki itu selepas ini secara perlahan dan senyap. Itu adalah caranya. Tipulah tak sakit tapi apa yang dia boleh buat? Tak apalah. Mungkin ada hikmah.

" Ayla lapar. Nak makan. Jom? " gadis itu pantas menukar topik. Tidak mahu lelaki itu sedih di musim peperiksaan ini. Ada lagi beberapa kertas yang harus mereka duduki sebelum mereka membuat haluan masing-masing.

Ye, tamat sahaja tanggungjawabnya sebagai pelajar sekolah, dia mahu menghilangkan diri secara senyap tanpa Faa'il tahu. Selepas ini pun dia akan berpindah duduk di kampung dan itu tidak diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak akan berhubung dengan lelaki itu lagi selepas ini.

Boleh sahaja dia berkata pada Faa'il untuk menamatkan hubungan mereka tapi perkara itu amatlah sakit. Kata-kata keramat itu tidak mahu dia ungkap. Seeloknya biarlah putus begitu sahaja.

Biar sahaja hubungan ini tamat begitu sahaja selepas ini. Itu rancangannya.

- TO BE CONTINUED -

ADA HATI PERLU DIJAGA [ EBOOK ] Where stories live. Discover now