CHAPTER 04

21 1 0
                                    

LANGKAH Ayla terhenti saat keluar sahaja daripada tandas. Tubuhnya kaku melihat Faai'l yang berdiri memandangnya dengan pandangan kosong. Liur ditelan perit sebelum dia bertindak untuk balik semula ke dewan menyertai majlis.

" Nur Ayla Hijanah. Aku nak cakap kejap boleh? " saat nama penuhnya diseru terus mati langkah itu. Ayla menghela nafas kecil memandang mata lelaki tinggi itu.

Jujur dia katakan dia tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan Muhammad Faai'l sekarang ini. Manakan tidak, dia sudah bertindak kejam pada lelaki itu sebelum ini.

Meninggalkan tanpa khabar.

Faai'l berdiri di hadapan gadis itu dengan tangan tetap di sisi. Dia mengepal penumbuk cuba untuk mencari kekuatan diri saat ini. Hatinya agak sedikit geram bila lantai menjadi tatapan Ayla sekarang.

" Nak bercakap dengan orang, pandang muka orang tu, Ayla "

" Faai'l nak cakap apa? " Ayla berani bertentang mata dengan lelaki itu. Mata bundar cantik itu ditenung Faai'l. Agak sedikit berkaca. Entah gadis itu mahu menangis atau apa saat ini.

" Aku tahu kau tau apa yang aku nak cakap sekarang kan? "

" Ayla minta maaf pasal dulu. Ayla cuma... " kata-kata Ayla terhenti bila bicaranya mulai sebak. Dia menarik nafas dan menghembus nafas secara perlahan.

Sudah dia agak Faai'l akan meminta penjelasan. Barulah sekarang dia berasa menyesal menyertai program pada hari ini. Dia sepatutnya teguhkan hati untuk tidak mendengar kata Hani.

" Aku tak marah " Faai'l cuba bersuara tenang. Ikutkan hati dia mahu marah akibat kecewa tapi itu tidak menjadi profesional pula saat ini.

Dia cuma mahu penjelasan barulah dia lega. Hari ini dia berpeluang bersemuka dengan Ayla setelah sekian lama gadis itu menghilangkan diri membawa diri secara senyap sebelum ini. Selepas ini sudah pasti dia tidak akan berjumpa Ayla lagi.

Ayla menghela nafas perlahan melihat wajah itu. Faai'l ini ada sisi barannya cuma jangan dicabar. Lihat wajah tenang itu membuatkan dia rasa bersalah. Mengapa dia bertindak kejam memainkan perasaan lelaki itu dahulu?

" Aku nak penjelasan je. Lepastu aku tak tanya dah. Aku nak tau kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa pergi tanpa katakan sebabnya dulu? " Faai'l menarik nafas berat.

" Aku ada buat salah pada kau ke, Ayla? " laju gadis itu menggeleng. Faai'l tidak ada salah apa dengannya. Dia yang bersalah.

" Tak... Faai'l tak buat salah apa pada Ayla. Cuma masatu, Ayla sendiri yang nak bawa diri Ayla tinggalkan Faai'l "

" Seseorang akan pergi pasti ada sebabnya. Leave someone without any explanation is hurt, Ayla. Kau boleh tanya Hani macam mana aku meroyan dulu bila kau buat macam ni " air mata gadis itu segera menitis satu namun pantas diseka untuk menghilangkan.

Penumbuk kecilnya digenggam kuat sebelum menggenggam sisi baju kebarung yang dipakainya. Dia tidak mahu menangis dan dilihat lemah di hadapan lelaki ini. Dia tidak mahu bertindak sebegitu.

" Ada benda kau tak jujur dengan aku, betul tak Ayla? Apa sebabnya kau tinggalkan aku macam tu? Tinggalkan aku masa aku lemah. Umi baru meninggal masatu tau, Ayla. Aku mengharapkan kau ada dekat dengan aku tapi apa kau buat? Kau bawa diri senyap-senyap. After 5 years, baru muncul? " Faai'l mula emosi. Dia amatlah tidak berpuas hati dengan Ayla saat ini.

Ayla mengetap bibir menunduk tidak mahu memandang wajah Faai'l yang mula memarahi. Sudah dia agak lelaki itu akan marah dan bencikan dirinya. Dia memang layak dibenci oleh lelaki itu.

Hati ini mahu tidak mahu memberi tahu perkara sebenar kepada Faai'l. Risau kalau dia beritahu soal Falah pada lelaki itu, sudah pasti lelaki itu akan bergaduh besar dengan kakaknya.

ADA HATI PERLU DIJAGA [ EBOOK ] Where stories live. Discover now