CHAPTER 05

46 2 0
                                    

AYLA menyeka air matanya sebelum menghempas dahi pada bahu Maya. Gadis itu memujuk rakannya itu dengan mengusap belakang tubuh Ayla.

Tersedu-sedan Ayla bercerita. Gadis itu pulang sahaja siang tadi, dia membiarkan Ayla tenang dahulu kerana lihat sahaja raut wajah itu, dia sudah tahu pasti ada perkara yang terjadi.

Dan dia agak apa yang terjadi.

" Aku rindu... "

" Ya Allah, Ayla... tahap parah dah kau ni " tidak pernah dia melihat Ayla sebegini sedihnya. Besar benar sayang dan cinta Ayla pada Faai'l meskipun sudah berlalu kisah mereka.

" Ingat Allah... aku rasa kau dah tak terkawal perasaannya ni " Ayla segera menegakkan tubuh dan mengucap panjang. Kadang kala dia rasakan dia sudah gila.

Gilakan seorang lelaki. Terlalu rindukan seorang lelaki sehinggakan hidup dan permikiran menjadi kacau bilau. Dia menjatuhkan dahi bila lutut ditarik rapat keduanya ke dada.

Maya menghembus nafas kecil mengusap kepala gadis itu memujuk lagi bila sisa sedu sedan Ayla masih berbunyi. Sakit juga nanti kalau melarat.

" Dah... jangan fikir benda ni sangat. Boleh rindu tapi jangan melarat, Ayla. Bahaya untuk hati bahaya untuk iman kau sendiri. Kan aku kata, kalau korang berjodoh tak akan kemana, Ayla. Doalah! Okey? " Ayla mengangguk sahaja. Maya mengukir senyum manis.

Jam di dinding dipandang. Sudah hampir masuk waktu maghrib. Perutnya sudah bunyi mendendangkan irama lapar sekarang.

" Dah nak maghrib. Lepas solat bersiap. Niel ajak keluar makan. Kau jangan nak broken heart sangat tak nak makan ea, minah! " Ayla tersenyum kecil sahaja dan mengangguk.

Ye, sebentar lagi mereka mahu keluar makan. Niel yang memang sedia ada kenderaan sendiri menjadi pemandu mereka seperti biasa.

Beruntung ada Niel. Senanglah nak keluar kemana-mana. Ajak sahaja lelaki itu nak kemana pasti Niel akan turuti.

- ADA HATI PERLU DIJAGA -

Makanan western yang dipesan mereka dijamah penuh selera. Lagi berselera, Niel yang belanja mereka harini. Beruntungnya mereka dikurniakan kawan sebaik Niel.

" Betullah makanan yang orang belanja lagi sedap dari yang bayar sendiri " Maya berkata dan itu mengundang jelingan Niel. Ayla tertawa melihat dua rakannya itu.

" Tiba-tiba ada rezeki sikit. Belanjalah! Cakap apa? "

" Terima kasih Niel! Sayang kau! " Maya mengucapkan ceria dan itu mengundang tawa lelaki itu. Ayla yang diam sahaja dipandang. Senyap sahajalah gadis seorang ini.

" Ayla? Sayang aku tak? " gadis itu tersenyum senget menyampah memandang wajah lelaki itu. Nak juga ke kata sayang darinya?

" Sayang. Sayang sangat Niel! Love you! " Ayla memberikan mini love kepada lelaki itu. Meletus tawa Niel saat ini dengan tindakan tidak jangka Ayla.

Pecah tawa mereka dengan tawa mereka sahaja. Riuh restiran itu dengan kehadiran mereka. Yelah, nak bising masa sekarang la. Kalau bising kat asrama nanti masuk group Whatsapp pula.

" Aduhai... macam-macam la korang ni. Ouh ye Niel, majlis kakak kau bila? "

" Sabtu ni. Korang datanglah. Balik dengan aku sabtu ni pun tak apa. Nanti aku hantarlah korang balik " Ayla berwajah terharu. Memang dia amat bersyukur ada sahabat baik seperti Niel.

" Kau memang boeklah, Niel! Maya, kau balik rumah akulah ye? Nanti kita gerak sama-sama pergi rumah Niel. Kat mana? KL? "

" Bukan KL la, Ayla! Keyel! " tawa mereka meletus lagi. Hampir tersedak mereka menjamah selera masing-masing. Niel meneguk minumannya saat ini penuh rakus menghilangkan rasa sakit tekaknya.

ADA HATI PERLU DIJAGA [ EBOOK ] Where stories live. Discover now