CHAPTERS 29 - Sentuhan

2.8K 76 2
                                    

Aku mengemas barang-barang aku.

Yelah minggu depan dah fly ke semenanjung semula, kang tak sempat kemas nanti kelam kabut pula.

Baju kurung aku susunkan kedalam bagasi.

Selepas itu, aku susun baju yang aku tidak pakai kedalam bagasi, seminggu ni aku pakai baju mana yang ada je. Bukan apa, senang nak kemas nanti.

Setakat berjalan dalam kampung Indah je, bukan ada orang perasan punnn.

Kemudian, hadiah-hadiah yang aku belikan untuk orang-orang kesayangan aku disemenanjung aku asingkan ke tepi senang nak bagi pada meraka nanti.

Untuk ibu dan mummy kesayangan, aku membelikan kain batik dan kain sutera yang dibuat oleh orang kampung Indah. Pembuatan kainnya sangat cantik dan teliti. Kemas lagi sebab tu laku laris kalau jual dekat pekan. Nasib Mak Ayong memberikan aku pada harga yang paling murah. Rezeki ibu dan mummy lah.

Kemudian aku membelikan Thalia dan along satu set rantai dan gelang mutiara. Cantik sangat, aku pun ada jugak. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. So boleh matching-matching dengan along and thalia nanti.

Untuk adik-adik lelaki kesayangan aku pula, aku belikan sepasang kasut.

Kemudian aku juga belikan makanan ringan dan makanan kering untuk dibawa pulang kesemenanjung nanti.

Banyak jugak barang aku ni. Lagi pun aku dah pesan kat thalia untuk mengambil aku di KLIA nanti, pandai thalia tolong aku angkat barang nanti.

Sebuah novel yang bertajuk Seseorang Untuk Aku diambil.

Sejak berbadan dua sekarang ni, cepat sangat emosi aku terganggu.

Tiba-tiba je rasa nak nangis.

Bila baca novel lagi emosi aku jadi tak betul.

Bila dah namanya ulat buku memang emo je kerja aku ni.

Semua pengaruh baby lah ni, mama tak boleh nak kentalkan hati.

Dalam novel ni dia cerita,

Kisah Lai dengan Qadr kena tangkap basah, lepas tu mama qadr tak suka lai. Sedih jiwa raga aku. Banyak sangat perkara yang mama qadr buat pada Lai sampai Lai give up. Sedih aku dengan kisah hidup Lai ni. Dari kecil tak pernah rasa bahagia.

Bila nak rasa bahagia dengan suami, mak mertua pulak tak suka. Kesian lai.

Nasib baik masa aku dengan Ammar mummy sayang aku macam anak sendiri. Except for mama Hawa lah. Hurmmm masih benci aku kot. Okay back to the story,

paling sedih bila si Lailatul ni dapat tahu siapa yang perangkap dia dengan Qadr.

Sedihhh, kepercayaan yang kita bina hancur 100%.

Sama macam kes aku lah, bodoh sangat letak kepercayaan pada lelaki, endup?

Jelas-jelas dibodohkan.

Jadi kesimpulannya jangan pernah percayakan manusia 100% kerana itu hanya akan menyakitkan hati sendiri.

Manusia hatinya sering berubah-ubah.

Mungkin sekarang sayang, masa akan datang mungkin dah benci pula,

Kita tak tahu kan masa depan macam mana.

Bila dah emo macam ni, datang pula perasaan-perasaan sendu.

Ini yang tak suka ni.

Mesti sebab pengaruh baby ni sampai tetiba rasa macam nak nangis on the spot.

Haaa, tetiba je aku rindu lelaki tu dah kenapa?

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now