SPECIAL CHAPTER 1 : Heal (FalahFatihah)

2K 58 4
                                    

*Chapter ini selepas kematian palsu Ammar*

Syed Raihan Falah.

28 Tahun, merupakan anak tunggal.

Seorang anggota Angkatan Tentera Darat Pasukan Gerak Khas Regimen 11 Alpha A1.

Menjadi seorang sniper dalam Unit Khas GGK Alpha A1 sangatlah merisikokan diri.

Namun dengan mata setajam dan gerakan secekap seperti Helang menjadikan Falah menggunakan Helang sebagai callsign name dalam unit khas Alpha A1.

Falah berlari dengan laju mahu menahan lift.

Oh shit tak sempat bisik hati Falah sebbaik sahaja sampai di depan pintu lift.

Namun pintu lift kembali terbuka terus Falah mengangkat wajahnya, mahu memandang insan yang berbaik hati menahan pintu lift untuknya.

Nampak macam drama tapi Falah dalam kategori nak cepat, semoga pahala lebih untuk insan tersebut.

Mata bertentang mata membuatkan Falah berdebar, di tilik wajah gadis itu sehingga merah.

Terus Falah menundukan pandang.

Lagha lagha.. mahu kena cepuk dengan Mejar Hayyan, dok tenung anak anak dara orang.

Falah masuk kedalam lift bahagian belakang tidak mahu menganggu gadis itu.

"Tingkat berapa encik?" lembut sungguh suaranya.

"Tingkat 9, terima kasih" Falah berdehem sebelum menjawab.

Lift semakin naik. pintu lift terbuka.

Falah mula mengekori gadis itu membuatkan gadis itu tidak selesa.

Terus gadis itu berpaling kebelakang.

"Yang awak ni ikut saya kenapa? Awak ni stalker ke apa?" Kata gadis itu garang. Tercengang Falah dibuatnya.

"Eh eh salah faham ni cik." balas falah laju.

"Apa salah fahamnya? Mula-mula awak ikut saya naik lift and now awak literally ikut saya di tingkat dan laluan yang sama!" garang suara gadis itu.

Falah melihat tanda nama di dada gadis itu membuatkannya tersenyum kecil.

patut lah garang cikgu rupanya bisik hati Falah.

"Hahh pastu boleh senyum miang pula. Kau tunggu sini biar aku panggi guard." Kata gadis itu lagi. Berura-ura memanggil pakcik guard.

"Helang!" Suara Luqman membuatkan Falah dan gadis itu menoleh.

"Lambat pula kau sampai" Kata Luqman membuatkan gadis itu mengerutkan dahinya.

"Saya datang nak tengok pesakit cik, bukan nak buat jahat kat cik." kata Falah datar.

Muka gadis mula merah menahan malu.

"Maaf.." terus gadis itu berlalu pergi memasuki wad persendirian milik Azzira.

kawan Azzira rupanya.

Falah dan Luqman hanya berdiri diluar bilik.

***********

"Najuuuuuu.." ujar Fatihah sebaik sahaja masuk dalam wad persendirian Azzira.

Azzira hanya tersenyum lemah memandang Fatihah.

"kau kenapa bodoh." Kata Fatihah sambil membelek leher Azzira yang mempunyai kesan tali.

Air mata dikesat, tidak mahu Azzira lihat dia bersedih.

"Naju okay je tihah.." kata Azzira perlahan. Tubuh kurus Fatihah di peluk erat.

"Tadi kenapa bising-bising kat luar?" tanya Aina yang sedap makan buah Epal.

HEART'S DEAREST (COMPLETED)Where stories live. Discover now