"Hi Aman!" sapa Luth kepada Tengku Amanda.
"Eh, hi Luth. Aku baru nak cari kau." kata Tengku Amanda. Luth menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hehehe. Ouh by the way awak free?" tanya Luth, dia berharap ajakannya kali ini diterima.
"Free je, dan Luth aku nak ajak kau makan bersama. Tanda aku mohon maaf pasal minggu lepas." kata Tengku Amanda.
Luth sedikit terkejut namun dia menukar reaksi mukanya dengan cepat.
"Ehh, ahh boleh je tapi biarlah saya yang belanja ye sebab saya yang selalu ajak awak. Saya tak terasa pun dengan awak masa tu, hehehe." kata Luth yang sedang blushing itu.
Dia tidak menyangka bahawa Tengku Amanda yang mengajak dia dahulu. Kemudian mereka berdua berjalan ke kedai yang terdekat di kawasan universiti.
***
"Luth, terima kasih belanja aku ni, nanti lain kali aku belanja kau pula ye." kata Tengku Amanda sambil tersenyum.
"Ah, haah ye ye lain kali." Luth merasa teruja selepas mendengar perkataan 'lain kali'.
"Aman." panggil Luth kepada Tengku Amanda.
Pergerakan Tengku Amanda terhenti. Kemudian dia berpaling ke Luth yang berada di hadapan dia itu.
"Ya?" jawab Tengku Amanda.
"Awak jangan panggil saya Luth lah. Ramai dah panggil saya Luth. Lagipun Luth nama keluarga saya, ayah saya pun Luth. Jadi saya nak awak panggil saya Aathif." minta Luth dengan berhati-hati.
Tengku Amanda tersedak, lalu Luth segera memberikan Tengku Amanda air.
"Uhuk uhuk. terkejut aku Luth-"
"Aathif." pintas Luth.
"Aathif, aku ingatkan kau nak marah ke apa. Rupanya pasal nama." Kata Tengku Amanda dengan tertawa kecil.
"Baiklah Aathif, seperti yang kau minta, aku akan panggil kau Aathif dan kau panggil aku Aman." Tengku Amanda bersetuju dengan cadangan Luth.
"Hehehe, lepasni awak balik dengan saya lah. Qasrina mesti dah balik kan?" kata Luth.
"Aah, aku baru nak minta tumpang kau. " balas Tengku Amanda. Luth mengangguk dan mereka menyambung makan sambil bercerita tentang diri masing-masing.
***"Terima kasih Luth, eh Aathif." Tengku Amanda berterima kasih.
"Sama-sama Aman! Esok jumpa lagi tau, makan aiskrim tu elok-elok." pamit Luth, mereka sempat singgah ke MCD di dalam perjalanan tadi.
Tengku Amanda mengangguk dan menunggu kereta Luth bergerak.
"Bye Aathif." kata Tengku Amanda sambil melambai tangan.
Luth memulakan perjalanan selepas membalas lambaian Tengku Amanda.
"Happy nampak." perli Linda. Patutlah Tengku Amanda tiada semasa mereka mahu balik, rupanya keluar dating.
"Eh Linda, mana ada. Aku kesian dekat dia ja, dah dua kali dia ajak aku tapi aku tolak. Ini kira tanda aku mohon maaf." kata Amanda.
"Ye la, mohon maaf konon. Aiskrim untuk aku takde? singgah Macdonald tak cakap!" perli Linda.
"Nah, aiskrim ni Luth beli untuk kita semua. 1 sorang." kata Tengku Amanda sambil menghulurkan lima gelas aiskrim Macflurry Oreo yang dibelanja oleh Luth tadi.
"Thank you Amanda, sayang kau." kata Linda sambil membuat flying kiss.
Amanda teringat akan memori bersama abangnya ketika dia masih menjadi doktor, sesungguhnya sudah lama dia tidak menziarahi kubur abangnya. Dia harap cuti ini dia dapat balik ke Kuala Lumpur untuk menziarahi kubur ibu ayah dan abangnya.
WOWOWOWOW, dah keluar date ni. Nantikan ye yall.
jangan lupa vote and comment<3
YOU ARE READING
She Is Luth's (OG)
General FictionTengku Amanda Rayven. Nama yang indah bukan? Namun namanya tidak seindah kisah hidupnya. "Takpe Manda, Allah sayangkan ibu ayah, kita redha ya?" - 𝘛𝘦𝘯𝘨𝘬𝘶 𝘈𝘦𝘺𝘮𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘺𝘷𝘦𝘯. "P-punca... Apa?" - 𝘛𝘦𝘯𝘨𝘬𝘶 𝘈𝘮𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘙𝘢𝘺𝘷𝘦𝘯. ...