Part 3

8 1 0
                                    

"Manda ooo Manda, makan la dik. Abang tak nak la tengok adik abang macam ni." pujuk Tengku Aeyman. Sudah seminggu sejak kematian ibu bapa mereka, dan sejak pulang dari hospital Tengku Amanda mengurungkan diri di dalam biliknya. Itu lah kali terakhir dia bersua muka dengan adiknya.

"Tengku Amanda Rayven! Baik Manda keluar sekarang!" marah Tengku Aeyman. Naik seoktaf nada suaranya. Dia bukan hendak memarahi Tengku Amanda, dia cuma takut apa-apa berlaku kepada adik dia, dia cuma ada Tengku Amanda sekarang.

Tengku Amanda dengan terpaksa keluar. Dia tahu walaupun dia tidak buka tapi abangnya ada kunci spare.

"Apa lagi?! Tolong la jangan ganggu Manda!" pinta Tengku Amanda dengan nada suara tinggi.

"Dah turun makan, abang tak nak dah kamu makan dalam bilik. Keluar. Mak Yam nak bersihkan bilik kamu sekali." balas Tengku Aeyman. Mereka turun ke bawah bersama-sama.

"Mari makan Manda, Eyman." jemput Mak Yam. Mak Yam adalah orang gaji mereka sejak mereka kecil lagi, mereka juga menganggap Mak Yam seperti nenek kandung sebab mereka tidak mempunyai nenek.

"Baik Mak Yam. Mari la makan juga, nak pergi mana tu?" tanya Tengku Aeyman selepas melihat Mak Yam bergerak dari kedudukannya.

"Mak Yam nak kemas bilik Manda, nanti dia siap makan dia nak naik dah." balas Mak Yam.

"Tak payah, lepas ni kami nak keluar. Sekarang mari makan bersama." arah Tengku Aeyman. Dia mahu membawa Tengku Amanda keluar berjalan. Sudah seminggu Tengku Amanda terperap dalam rumah.

"Kita nak pergi mana abang?" tanya Tengku Amanda yang sudah lama mendiamkan diri.

"Oh, abang nak bawa kamu keluar berjalan-jalan, tak nak?" balas Tengku Aeyman berserta soalan.

"Oh, janji jalan-jalan je?" tanya Tengku Amanda pula.

"Eh, hahahah. Sejak bila adik abang ada trust issues ni?" tanya Tengku Aeyman sambil tertawa kecil.

"Sejak abang-" jawab Tengku Amanda tetapi dia hanya membiarkan ia tergantung kerana dia pasti Tengku Aeyman tahu jawapannya.

"Oh, faham. Nah minum air." kata Tengku Aeyman sambil menghulurkan sebotol air. Tengku Amanda meneguk air itu dengan rakus.

"Abang, Manda nak tidur jap tau." beritahu Tengku Amanda. Mereka dalam perjalanan ke suatu tempat, tetapi Tengku Amanda tidak tahu. Tengku Aeyman  hanya mengangguk dan diam sahaja. Dia sudah meletakkan ubat tidur dalam minuman Tengku Amanda tadi.

Dia gunakan peluang ini untuk bawa Tengku Amanda ke suatu tempat rahsia dan penting bagi dia dan Tengku Amanda.









agak-agaknya kemana si Aeyman ni bwk Amanda??
Sila vote dan comment! HAPPY READING!

She Is Luth's (OG)Where stories live. Discover now