ROSE'S 2

90 11 9
                                    

GENAP SEBULAN Adreanna Zenrose bersekolah di Smk Seri Bintang. Adreanna dengan Luthfan juga semakin akrab, tetapi Luthfan masih acuh tak acuh dengan Adreanna terkadang dia akan membiarkan Adreanna membebel tak tentu pasal, malas dia nak melayan. Namun apabila Adreanna mengugutnya seperti sebulan yang lepas, dia terpaksa jugalah mengalah dengan Adreanna,

Ingat hanya TERpaksa, okay. Walaupun begitu mereka diibaratkan anjing dengan kucing.

"Rean." Adreanna menoleh sekilas ke sebelah melihat ke arah Luthfan yang sedang menulis. Dia juga sedang menulis.

"Hmm." Luthfan bergumam perlahan.

"Awak kan budak baru juga kat sekolah ni, jadi-"

"Jadi?"

Belum sempat Adreanna menghabiskan ayatnya, Luthfan Rean sudah memotong.

Adreanna Zenrose menjeling tajam ke arah Luthfan Rean. Ucapannya selalu sahaja dipotong oleh jejaka ini ketika dia sedang berbicara.

"Awak boleh tak dengar dulu sampai habis apa yang saya nak cakap!! Ini tak asyik menyampuk je," ucapnya geram ke arah Luthfan Rean. Kalau boleh, dia nak je stapler mulut mamat ni. Jadi kalau dia nak bercerita, senang sikit.

"Suka hati aku lah mulut aku, bukan mulut kau," jawab Luthfan selamba sambil tersenyum senget. Suka apabila melihat wajah tidak berpuas hati Adreanna.

"Menyampah!! Dasar, ba Alif ba ya," bidas Adreanna geram sambil mengguling kan matanya ke atas. Sempat juga dia memaki Luthfan dengan secara 'halal'. Suka sangat kan menjawab.

Luthfan Rean menjeling ke arah Adreanna apabila mendengar ayat terakhir gadis itu. Ingat dia tidak faham ke?

"Kau ingat? Aku tak faham ayat terakhir kau tu?" Dia berhenti menulis dan menatap Adreanna lebih tajam lagi.

Adreanna turut memandang ke arah Luthfan. Ingat dia takut ke?

"Baguslah, memang suruh awak faham pun." Lepas sahaja menuturkan ayat itu, Adreanna sambung menulis semula apa yang ditulis oleh cikgu. Nak sangat dia sebut perkataan itu dalam bahasa melayu tapi tak boleh, haram.

Luthfan memejamkan mata nya rapat setelah itu dia menghela nafas panjang. Minah ni tak sah, kalau tak cabar kesabaran dia,

"Baik kau cakap apa yang kau nak cakap dekat aku. Jangan buang masa." Disebabkan rasa ingin tahu setinggi gunung everest jadi dia menyoal kembali.

Adreanna Zenrose hanya mendiamkan diri. Malas hendak melayan. Merajuk. 

"Cepat lah!! kau nak cakap apa?" gesa Luthfan. Minah ni buat-buat tak dengar pula.

"Tadi orang nak cakap, awak pergi potong. Jadi, tak payah cakaplah," rajuk Adreanna. Dia tetap tidak melihat ke arah Luthfan Rean. Malas nak tengok buat sakit mata je!!

"Cepatlah cakap!! Sibuk nak merajuk bagai."

"Yelah yelah." Akhirnya Adreanna mengalah juga. Nak tunggu mamat ni pujuk? Sampai ke tua lah mamat ni tak akan pujuk.

"Saya nak tanya, awak dulu sekolah dekat mana?" soal Adreanna. Dia membetulkan sedikit duduknya apabila merasa tidak selesa.

"Smk Taman Skudai," jawab luthfan, dia melihat sekilas ke arah Adreanna.

Ntah sekolah siapa tu aku bantai je. -Author.

"Ouhh. Kenapa awak pindah sekolah ni." Adreanna menyoal lagi.

"Pindah sebab bergaduh." Luthfan bersuara dengan bersahaja, bagi dia itu adalah perkara yang simple.

"Bergaduh? Bergaduh yang macam mana tu?" Berkerut kening Adreanna, takkan bergaduh kecil pula kan? Kalau bergaduh kecil kenapa sampai nak pindah sekolah.

 REAN'SE: HIS LAST FLOWER | OGWhere stories live. Discover now