ROSE'S 7

99 7 4
                                    

KINI PEPERIKSAAN akhir tahun pun sudah bermula, sejak kejadian di perhentian bas dua minggu yang lalu, Nur Khairiah dan kawan-kawannya pindah ke sekolah lain. Terkejut juga dia apabila mendengar berita tersebut namun dia lega kerana tiada lagi Nur Khairiah dan kawan-kawannya yang selalu membuli di sekolah ini. Fikirnya mereka dibuang dari sekolah namun ternyata mereka sendiri yang pindah dari sekolah.

"Flower!!" sergah seorang lelaki dari arah belakang. Terhinjut bahu Adreanna dek kerana sergahan tersebut.

Dijelingnya tajam lelaki yang menyergah nya tadi, kalau jantung dia terkeluar tadi memang dia akan ambil jantung lelaki yang ada dihadapannya tika ini.

"Salam? salam mana? Kalau saya disahkan ada penyakit lemah jantung, tak payah tanya dah, tahu dah siapa punca dia," bebel Adreanna yang jelas kelihatan tidak puas hati.

"Yelah Flower, aku puncanya kalau kau disahkan begitu," ujar Luthfan. Dia melabuhkan punggung di sebelah kerusi milik Adreanna.

"Oh ya, kau sampai mana tadi?" soal Luthfan, berkerut kening Adreanna mendengar soalan Luthfan.

"Sampai? Sampai apa nya?" soal Adreanna kembali kerana tidak mengerti. Apa benda budak ni, dia pun tak tahu.

"Haih, yang kau termenung tadi tu, dah sampai mana, aku nak tahu juga. Sampai Pluto ke atau kau ada nampak planet-planet yang lain ke?" seloroh Luthfan selamba. Dia sudah tersenyum mengejek sambil mengangkat kedua kening nya.

Jatuh rahang Adreanna kebawah apabila mendengar jawapan Luthfan sebentar tadi. Tak guna! Aku terkena!!

langsung saja Adreanna mengambil buku nya lalu dia pukul ke bahu Luthfan. Kuang Ajo berhabis aku perah otak nak fikir apa yang sampai tapi rupa-rupanya dia kenakan aku.

Terhambur ketawa Luthfan kerana dapat mengenakan Adreanna. Hahaha.

Puasnya dalam hati~

"Adoi! Adoi! Adoi!! Dah lah tu sakit bahu aku ni kau pukul tau tak?" kata Luthfan sambil melindungi bahunya yang jadi mangsa pukulan Adreanna.

"Oh, sakit awak je yang awak fikir? Sakit saya ni macam mana? dah lah saya perah otak tadi semata-mata nak fikir soalan awak yang tak masuk akal tu," ujar Adreanna berang sambil menghentikan pukulannya terhadap Luthfan Rean.

"Kau fikir lah sendiri," ucap Luthfan bersahaja sambil tersenyum mengejek.

Hampir sahaja melayang buku kamus yang ada diatas mejanya ke kepala Luthfan namun ditahan tak pasal-pasal nanti ada yang masuk hospital.

"Dah lah baik saya ulang kaji sementara masih ada masa sebelum peperiksaan mulai daripada layan awak, naik tinggi darah saya," ucap Adreanna lalu dia menghadap bukunya dan mula mengulang kaji pelajaran.

Luthfan Rean turut menyertai Adreanna untuk mengulang kaji pelajaran, tidak lama kemudian peperiksaan pun dimulai, mereka semua menjawab peperiksaan tersebut sehingga lah waktu rehat.

Kring!!

Adreanna bergegas mengemas peralatan tulisnya dan memasukkan kedalam box pensel, dia mengerling kearah Luthfan Rean yang juga turut melakukan hal yang sama sepertinya lalu dia menghampiri Luthfan Rean.

"Rean, kita makan dekat kelas eh? saya ada bawa bekal, lagi pun kita boleh ulang kaji sekali," tanya Adreanna ke arah Luthfan Rean. Luthfan menggelengkan kepala tanda tidak mahu. 

"Kalau makan dekat sini, aku nak makan apa? Pen? Pensel?" soal Luthfan Sarkastik. Dia okey lah ada bekal, aku ni? Macam mana?.

Adreanna menggulingkan matanya ke atas apabila mendengar soalan dari Luthfan. Ni soalan ke cemburu? Eh! Hahaha.

 REAN'SE: HIS LAST FLOWER | OGWhere stories live. Discover now