06

7 4 0
                                    

Ten's side.

Sampai saja Ten di lokasi tempat dia berkumpul dengan kawan-kawannya, satu persatu tangan milik kawan Ten disalam— lebih kepada handshake.

"Lambat datang, ada hal apa?" Taeyong membuka suara. Yang lain memandang tepat ke arah Ten, menunggu jawaban daripada lelaki itu.

"Adik aku sakit. Buat bubur jap untuk dia." Jawab Ten ringkas. Dia kemudiannya menyertai kawan-kawannya, menyalakan api dihujung rokok.

Pandangannya dipenuhi dengan telefon seseorang selepas saja dia meletak pemetik api di atas meja.

"Address."

Selepas mendengar suara Johnny, Ten mendengus halus. Ingin saja dia menolak permintaan Johnny, tapi mengingatkan idea Aria untuk cuba 'mendekati' Johnny, tangannya langsung mencapai huluran Johnny.

"Kau bagi benda pelik-pelik dekat adik aku, tangan kau jadi mangsa." Ten memberi amaran. Johnny hanya berdehem sambil melanjut menekan skrin telefon miliknya.

"Kau dah give up ke nak protect adik kau daripada orang gila ni?" Soal Jaehyun. Tangannya pula sibuk menepis kepulan asap rokok yang berada di hadapan mukanya.

Nasib dapat kawan-kawan perokok.

"Kalau dia buat benda sama dekat adik aku, I don't hesitate to ruin his face." Ucap Ten selamba.

Johnny terkaku mendengar ucapan Ten. Air liur ditelan payah. Dia mengemam mulutnya kuat— berfikir keras, betul ke apa yang dia tengah buat ni.

"Dengar tau, Johnny. Jangan cakap abang Aria tak warning." Ucap Jaehyun dalam nada mengejek. Dia menepuk-nepuk belakang badan Johnny berkali-kali.

"Tak, tak. Percayalah." Johnny mengangkat telapak tangan kanan—seperti berikrar, tanda berjanji.

"Hello? Ada yang nak kirim makanan tak?"

Suasana tegang yang dicipta oleh Ten tadi kini berubah kerana Yuta— yang entah muncul dari mana.

"Mana ada orang makan tengah malam gila. Tapi bungkus airlah, macam biasa, hehe." Jawab Jaehyun dengan sengihan dibibir.

"Dah macam mamak dah kau ni." Taeyong pula menyelit. Dia menggelengkan kepalanya.

"Ane, teh ais bungkus satu. Akh- aduh!" Kepala Johnny menjadi mangsa pukulan Yuta apabila dirinya dilayan seperti pelayan di kedai makan.

"Kau lah ane. Dah ada ciri-ciri khas, qualified enough to be one." Balas Yuta kembali. Dia terkekeh perlahan melihat reaksi Johnny.

"Kau lalu 7E kan?" Soal Ten. Yuta hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Rokok satu. Tahukan rokok apa?"

Yuta mengangguk sekali lagi sebagai jawapan.

"Apa-apa chat jelah aku. Duit bayar nanti. Gerak dulu."

Selepas saja Yuta hilang daripada pandangan, Jaehyun mula bersuara.

"Jom on ml."

how things endWhere stories live. Discover now