Bab 10: Date?!

139 6 2
                                    

Didalam kereta
Qrish menghentak kepala Arul menggunakan begnya. "Aduh, aduh, aduhh sakit laaa setann!" Teriak Arul.

"Tau pun sakit, kau nak bawak aku gi mana ni....."

"Hurrghh! Tidakk!" Tiba-tiba Qrish buat muka terkejut dia.

"Apa?! Fikir mengarut laa tu."
Arul meninggikan suaranya.

Qrish terus memeluk begnya dan mengakat tangannya kearah muka Arul (macam Iron Man.. kekeke)
"J-jap, berhenti. Jangan dekat sangat"

Arul menolak kepala Qrish. "aku sepak jugak karang budak nih eyy.."

Arul sambung. "Kau fikir apa? Fikiran tu mengarutt aje. Kau selalu tengok drama ehh. Ke kau selalu tengok..." Sambil mengangkat bulu keningnya.

"Eh eh tolong sikit ehh, mata aku ni suci lagi." Qrish menjawab sambil membesarkan matanya.

"Tengok tu, orang tak abih cakap agi dah buat kesimpulan sendiri."

"Abih tu kau nak cakap apa tadi?." Qrish bertanya.

"Lu pikir sendiri." Arul menjawab sambil tersengih. Selepas itu dia mengambil botol air di dalam begnya dan terus minum, tiba-tiba *burrhh* Arul tersedak.

"Eishh."Qrish menepuk belakang Arul. Qrish sambung "Tengah fikir menda ngarut ah tuu" Qrish tersenyum.

Arul trus campak air kat atas muka Qrish. "Oii apa nii! Basah daa. Urgh" Qrish merungut.

Arul tersenyum.

Beberapa minit kemudian.

"Tido da? Penat sangat laa kut" Arul berpaling kearah Qrish sambil tersenyum.

Tiba-tiba kepala Qrish teralih dengan cepat kearah Arul. Arul tahan kepala Qrish daripada jatuh ke cushion kereta. "Ehh" Arul tiba-tiba tarik tangannya. Kepala Qrish terus terjatuh.

'Aku buat apa ni.' Hati Arul berbisik.
'Nak angkat kepala dia ke tak nak?'

Arul terus mengangkat bahu Qrish dan meletak kepala Qrish ke bahunya.

"Ehemm" Arul tersenyum.

Arul mengalih rambut Qrish. 'Ehh ni rambutt...'
Qrish terjaga.

Arul terus beralih tempat duduknya, dengan secara automatic kepala Qrish terjatuh.

"Aduh."

"T-tulah kau, tido bergerak sini sana macam budak kecik" Arul tergagap.

"Memang laa budak kecik lagi belum dewasa, sekolah pun tak habis lagi." Qrish berbisik.

"Mengumpat, mengumpat!" Arul meninggikan suaranya.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki berhenti.

"Dah, turun" Arul membuka pintu dan keluar.

Qrish terkaku dalam kereta sambil melihat diluar tingkap dan suasana diluar dengan terkejut.

"Biar betul." terbeliak mata Qrish.

"Woi! Cepat laa, kau ni lembab laa. Kau nak aku bukakan pintu kau macam Princesess Cinderella?"

Qrish masih tidak memberi apa-apa jawapan.

Arul meninggikan suaranya. "Woi! Kau nak aku heret kau keluar ke macam mana ni ha!"

Qrish terus keluar dan terus berjalan tanpa Arul.

"Hermm nasib kau laa Arul dapat kenal dengan orang yang sewel macam ni. Asal laa aku bawak dia datang sini." Arul berbisik.

"Kau bawak aku gi Sunway Lagoon? buang tebiat ke apa? Aku mana bawa swimming suit." Qrish berpusing kearah Arul.

Betapa Agungnya Cinta KitaWhere stories live. Discover now