𝓗𝓮𝓻 𝓖𝓸𝓸𝓭 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 -𝓑𝓪𝓫 4

146 13 0
                                    

Happy reading!

Orked Maysara mengecilkan matanya melihat ke arah satu arah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Orked Maysara mengecilkan matanya melihat ke arah satu arah. Jelas di matanya dia melihat seorang remaja perempuan sedang di ganggu oleh budak lelaki yang nakal.

"Eii apani? Kan aku dah cakap jangan kacau aku. Korang tak faham bahasa ke." Suara gadis itu kedengaran marah di telinga Maysara.

Kasihan dia melihat gadis itu. Seperti mahu menangis sudah tetapi lelaki-lelaki itu hanya buat bodoh.

"Kalau suka sangat dengan dia pergi jumpa parents dia. Korang ingat elok sangat buat anak dara orang macam tu?" Maysara sudah tidak tahan melihat gadis itu di ganggu.

"Kau ni siapa. Sibuk apahal!" Salah seorang dari mereka berkata. Kasar sungguh nada bicaranya.

Maysara menggeleng kepalanya. Budak zaman sekarang biadap sungguh.

"Akak bukan sesiapa dia tapi akak sekadar nak tegur. Kalau betul sukakan dia jumpa mak bapak dia. Dia masih ade keluarga. Dengan gaya korang macam ni akak yakin keluarga adik ni pun takkan restu kalau korang nak dekat anak gadis dia. Belajar dah habis? Dah kerja? Dah mampu nak sara anak orang ke. Ke nak bagi anak orang makan pasir?" Perli Maysara selamba.

Berdas-das Maysara menembak. Semuanya terkena di atas batang hidung mereka.

Ternganga gadis itu melihat Maysara yang selamba itu. Kagum dia melihat keberanian Maysara.

Kedua lelaki itu mendengus bengang tanpa membalas kata-kata Maysara mereka berlalu meninggalkan Maysara dan remaja perempuan itu.

Maysara tersengih kambing. Sentap la tu. Haih tak padan dengan budak. Acah samseng sama seperti Raaes. Ehh apahal aku ingat dia pula.

"Adik okay? Dia ada cederakan adik ke?" Maysara menyoal prihatin.

Remaja perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak.

"Okay... so what's your name?"

"Ryanna."

"Apa patut akak panggil awak?" Maysara masih lagi cuba untuk bercakap dengan gadis itu.

"Ryaa, terima kasih akak sebab tolong Ryaa." Ryanna berkata ikhlas. Senyuman terukir dibibir nipisnya.

"No problem. We should help each other right?"

Nama Ryanna hampir sama dengan nama adik kembarnya Rayyan. Adakah ini jodoh?

Ryanna tersenyum lagi. Kakak ni baik!  "Nama kakak?"

SU | 𝐑𝐚𝐚𝐞𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲𝐚𝐡: 𝐇𝐞𝐫 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang