𝓗𝓮𝓻 𝓖𝓸𝓸𝓭 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 -𝓑𝓪𝓫 5

160 9 2
                                    

Happy Reading!

Ternganga luas Maysara mendengar kata-kata mama dan papanya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ternganga luas Maysara mendengar kata-kata mama dan papanya. Apa yang membuatkan dia lagi terkejut kerana mereka telah menerima lamaran itu tanpa bertanya kepadanya.

"Like seriously pa, ma? Siapa yang gatal masuk meminang kakak?" Maysara tidak berpuas hati. Siapa lelaki itu? Memandai saja meminangnya!

Mengecil mata Tunku Mikael. Gatal? Baguslah tu daripada tak laku.

"Kawan lama papa. Anak dia sudah terlajak berkenan dengan kakak. Lagipun baik budaknya." Jawab Tunku Mikael tanpa berkias.

"Tak sangka Sara laku juga. Ingatkan tak akan kawin sampai ke tua." Sampuk Miqael lalu tergelak kecil. Tidak sabar pula dia ingin melihat gadis itu kahwin. Siapa agaknya bakal abang iparnya.

"Huh kau yang tak laku." Omel Maysara perlahan. Dia tiada mood mahu bertikam lidah dengan Miqael.

"Mama dan papa memang dah terima lamaran tu ke?" Maysara ingin memastikan sesuatu.

Serentak Tunku Mikael dan Tunku Elviyra mengangguk.

"Mama, papa tolong kakak dan sampaikan apa yang kakak minta ini dekat bakal suami kakak nanti." Sengaja Maysara menekankan perkataan bakal suami.

Terangkat kening Miqael mendengar balasan kembarnya. Apa yang ingin Maysara lakukan.

"Apa tu?" Tunku Elviyra turut berminat mahu mengetahui.

"Bagitahu dekat dia. Kakak tak pandai masak, tak pandai kemas rumah. Semua tentang tu kakak tak pandai. Kerja kakak makan tidur saja." Kata Maysara selamba.

Membulat mata Miqael. Maysara gila ke apa?

"Kau gila ke Sara! Kalau dia taknak dekat kau sebab perangai tak senonoh kau ni macam mana? Lagipun buat apa nak tipu padahal kau pandai buat semua tu?" Miqael tak faham sungguh tak faham. Apasal kena macam tu? Perempuan memang tak pernah salah.

"Betul tu kakak. Macam mana kalau dia batalkan balik?" Risau Tunku Elviyra.

Maysara tersenyum hingga ke telinga. Memang itu pun niat dia sebenarnya.

"Mama tak perlu risau dia kan baik. Mesti dia terima semua tu kan? Lagipun kakak nak uji saja. Kalau dia terima kakak memang dia lelaki baik betul. Kalau dia tolak bukan baik macam tu tapi memilih!" Jawab Maysara bersama rengusan. Padahal dalam hati dia suka. Lagi bagus kalau lelaki itu taknak. Dia memang taknak kahwin.

Tunku Mikael tersengih dalam diam. Dia tahu rancangan anaknya itu. Dia sudah hafal sikap Maysara. Pasti Maysara ada rancangan lain.

SU | 𝐑𝐚𝐚𝐞𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲𝐚𝐡: 𝐇𝐞𝐫 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang