𝓗𝓮𝓻 𝓖𝓸𝓸𝓭 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 -𝓑𝓪𝓫 9

135 12 2
                                    

Happy reading!

"Kenapa papa tak beritahu kakak yang lelaki itu Raaes pa?" Tanya Maysara tidak berpuas hati

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Kenapa papa tak beritahu kakak yang lelaki itu Raaes pa?" Tanya Maysara tidak berpuas hati. Kenapa susah sangat ke Tunku Mikael untuk beritahu kepada dia?

Tunku Mikael menggulingkan bebola matanya ke atas. Dia tidak bagitahu?

"Papa dah tanya haritu betul ke tak nak tahu. Tapi apa kakak jawab?" Perli Tunku Mikael.

Wajah Maysara masam mencuka. Tunku Mikael dijeling manja.

"Taknak kawan papa, hmphh."

"Ingat papa nak kawan dengan awak?" Selamba saja Tunku Mikael membalas.

"Papa! Hate you!"

"Manja dia tak habis sampai sekarang. Ikut sangat mama awak tu."

"Suka hatilah. Tak buat papa sakit pun kalau saya manja." Maysara sengaja berkata begitu. Alih-alih dia yang kena balik.

"Eleh memang papa sakit pun. Sakit hati dengan perangai manja awak." Balas Tunku Mikael tidak mahu kalah.

Maysara tergelak kecil. "Papa selalu saja nak gaduh dengan kakak. Lebih baik papa gaduh dengan mama mana tahu kakak boleh dapat adik baru."

Tunku Elviyra yang sedari tadi memerhati terus saja menarik telinga anak gadisnya.

"Aduh mama, sakitlah!" Rengek Maysara dengan wajah berkerut.

"Lain kali bercakap tu biar elok sikit. Kakak yang sepatutnya kahwin ada anak sendiri bagi mama cucu." Tunku Elviyra sudah mula membebel.

"Mana tahu mama nak anak lagi."

Tunku Elviyra menguatkan tarikan di telinga Maysara. "Sakitlah mama,"

"Nak anak lagi? Kamu tiga beradik pun dah buat mama pening kepala." Telinga Maysara yang dipulas di lepaskan. Maysara menggosok telinganya lembut.

Sakit betul pulasan mamanya. Tak padan dengan tua.

"Yang buat kepala mama pening inilah yang menceriakan hari-hari mama dan papa." Bangga sekali Maysara berkata. Papa dan mama sudah menceritakan tentang peristiwa di mana mereka berpisah akibat tokma.

Tragis betul kisah mama dan papa dia tapi setelah mama tahu bahawa mama mengandungkan dia dan Miqael hari-hari mama bertukar indah walaupun tanpa papa di sisi tapi mama bersyukur kerana waktu bersalin papa setia di sisi mama sehinggalah muncul dia dan seketul Miqael.

SU | 𝐑𝐚𝐚𝐞𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲𝐚𝐡: 𝐇𝐞𝐫 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang