"Rose Al Husna! Kamu ni anak dara! Yang liat sangat nak bangun kenapa?! Kamu tu dah lambat Anak oi!" Bebel Puan Sarah kepada anaknya sambil menarik selimut. Puan Sarah terus membuka tirai bilik itu sambil mulut masih lagi membebel ke arah anak dara nya
"Kamu bangun sekarang! Jangan sampai Mama heret kamu macam ni sampai kolej!" Bebel Puan Sarah lagi sambil menjeling tajam ke arah Rose.
"Hm.. Ngantuk la Mama..." Melerek suara Rose di dengar oleh Puan Sarah sendiri. "Ouh ngantuk ya?" Soal Puan Sarah dan Rose terus angguk kan kepala beberapa kali. Puan Sarah senyum misteri dan terus pergi ke arah bilik air
Beberapa minit kemudian, puan sarah sudah pun keluar dengan satu cebuk air. "Mama! Jangan simbah adik pagi-pagi! sejuk!" Ujar Rose gelabah apabila dia sudah pun nampak Puan Sarah ingin simbah kan air itu ke atas nya
siapakah pemilik gadis yang bernama Rose itu? Semestinya anak bongsu kepada Puan Sarah dan Encik Malik. Rose Al Husna, Nama yang cukup sempurna untuk sang gadis itu. Adakah dia yang sepatutnya permaisuri ataupun Bidadari? Ataupun disebaliknya?
"Ouh tahu pun sejuk, kamu tak tahu sekarang ni Mama yang panas tengok kamu masih lagi tidur. kamu tu dah lambat!" Marah Puan sarah sambil bercekak pinggang
"Ya adik nak bangun dah" Rose sebenarnya Masih mamai dalam mimpinya. Tapi disebabkan ibunya sudah naik hantu so lebih baik bangun. Jika tidak mahu, dia akan kena bebel lejen turun temurun Puan Sarah Khadijah
"Ha bangun cepat kamu tu dah lambat" Puan Sarah terus keluar Dari bilik Rose. Sempat Puan Sarah menjeling ke arah anak daranya masih lagi baring di atas katil.
Rose terus bangun dari pembaringan. Terus dia mencapai iphone di sebelah katil. Jam menunjukkan pukul 8.20 'lek aaa baru pukul 8.20... aik kejap 8.20!!! Dah lambat!!' Rose terus Turun Dari katil Dan mencapai kain tuala yang terletak di tepi bilik air.
-------
Fahim Ridhwan....
Seorang abang kepada Rose Al Husna dan juga anak Sulung Encik Malik dan Puan Sarah. Sudah menamatkan pelajaran sehingga PhD. Wow! Idaman wanita ni!
Fahim sudah pun selesai membersihkan diri sendiri, sempat dia menghembuskan nafas berat. Ya! Setiap Kali juga, fahin buat benda yang sama. Dalam fikiran nya selalu memikirkan apa yang bakal terjadi setiap hari.
Dia terus keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke arah tangga yang tidak jauh dari biliknya. Sempat dia memandang ke arah bilik adik kesayangannya. Masih terkunci! Nampak sangat baru bangun tidur ataupun kelam kabut bersiap nak pergi kolej
Dia dah masak sangat kalau dengan perangai adik nya yang seorang itu.
"Good Morning!" Sapa Fahim dan sempat dia senyum manis ke arah Puan Sarah yang sedang menghidangkan sarapan pagi. Dia mencari dua susuk tubuh adiknya. Siapa lagi kalau bukan Rose dan Fareez
Siapa pula jejaka yang bernama Fareez itu? Ya, anak kedua Encik Malik dan Puan Sarah. Nama yang di beri ialah Fareez Al Rahim. Seorang yang agak nakal dan seorang yang ceria dalam keluarga itu selain Rose
"Good Morning too. Awal kamu bangun" ujar Encik Malik sambil memandang ke arah anak lelakinya yang segak berpakaian baju kemeja. Sempat Encik Malik minum air teh yang dibancuh oleh Puan Sarah
"Along ingat nak hantar adik pergi university. Tapi mana adik?" Soal Fahim sambil mencari susuk tubuh adik kesayangan. Dan sempat dia memandang ke arah Fareez yang sedang berjalan ke arah meja makan.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Soal Fareez sambil duduk di sebelah Puan Sarah. Malas Fahim mahu melayan perangai adik nya seorang itu. Dia hanya menjeling tajam ke arah Fareez sahaja

YOU ARE READING
TUAN VILLAIN : TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }
ActionBook 1 || In Editing process! 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Rose Al Husna Binti Rith Malik, segaris nama yang sangat unik. Seorang gadis yag mula nya takut dengan perkataan Cinta malah dia termakan kata-kata nya sendiri. Gadis itu mula m...