TENGKU SHEIKH 11 ✓

8.4K 273 6
                                    

Rose hanya berjalan seorang diri sahaja. Dia malas mahu mengajak Eisha ataupun rakan sekelas nya yang lain. Dia mahu tenangkan dirinya sendiri selepas kejadian itu. Dia buntu mahu buat sesuatu keputusan. Lamunan Rose tergangu apabila dua orang tidak di kenali menyapa Rose.

"Hai kakak ipar!" Tegur seorang lelaki ke arah diri nya. Rose terus memandang ke arah dua orang lelaki tersebut. Masing-masing personaliti yang agak lain. Seorang terlebih ceria yang sorang lagi macam gentleman gitu! But, diorang memang tegur aku ka? Rose terus memandang sekeliling, takut la dia perasan pula. Masalah nya, memang aku ja duduk dekat tengah alam ni! Translate tengah mall tingkat 2

"Sorry. Saya rasa korang berdua ni salah orang rasanya. Saya tak ada adik ipar" Ujar Rose senada malas mahu melayan. Rose mahu beredar dari situ tetapi pergerakkan nya terganggu lagi apabila orang yang sama masih mengeluarkan fakta tentang 'Kakak Ipar'

"Eh betullah. Awak ni Rose Al Husna kan?" Orang yang sama juga menyoal ke arah Rose. Rose terkaku dan terus memandang hairan ke arah mereka berdua. Kejap? Macam mana diorang tahu nama penuh aku? Firasat aku sekarang ni mengata kan mereka memang kenal aku ataupun....?

"Itu memang nama penuh saya but how you know my full name? Awak berdua ni stalk saya ka apa?" Soal Rose sambil memeluk tubuh sendiri dan ada sedikit getaran di suara nya. Berkerut terus dahi Rose apabila salah seorang dari pada mereka senyum lega ataupun ada tersirat gembira. Tapi bukan itu sahaja yang membuatkan Rose pelik... muka diorang nak sama. Diorang kembar? Ka kawan?

"Jadi awak lah Rose? bakal kakak ipar kitaorang dan bakal menantu dalam rumah agam Tuan Firdaus? Oh my Good! I kena post you dekat instagram and tiktok i. You know why? sebab you cantik and you berjaya buat hati abang i yang beku tu cair. You memang on top!" Rose keliru dengan percakapan lelaki tadi. Aku ni cincin pun tak ada dekat jari itupun diorang dah cakap yang aku ni bakal menantu dalam rumah siapa entah

But... Aku cantik? yes aku tak perasan cuma aku memang cantik dari lahir okay. Tapi untuk abang beku? cair? Aku on top? Sungguh keliru! Apa sebenar nya motif lelaki tadi?

"Saya-a" Percakapan Rose terhenti apabila salah seorang dari mereka sudah pun melulu memotong

"Saya Tengku Danish dan ini abang kembar saya Tengku Darwish. Kami kembar!" Lelaki yag bernama Danish sudah pun memperkenalkan diri sendiri walaupu Rose tak nak tahu. Rose hanya meng'Ooo'kan sahaja. Tetapi sekejap?! Tengku? wait! What? Jangan- jangan diorang....

"Kamu berdua ni adik Sheikh? I meant Tengku Sheikh" Soal Rose ke arah dua adik beradik itu. Kembar itu terus angguk kan kepala, langsung tak ada kekok

"Korang berdua dengar sini. Saya dan abang awak berdua tiada apa - apa hubungan langsung. I remind balik, langsung tak ada apa-apa hubungan. Kawan pun tak ada! Dan saya nak awak berdua kata dekat dia yang saya takkan setuju pernikahan ini. Tolong cari perempuan lain! Saya dah ada bakal suami!" Ujar Rose dengan nada kasar dan geram. Rose terus beredar dari situ. Haish adik ngan abang sama ja menyusahkan!

Ni kalau dapat mixue! Kan best!

"Eh sekejap kak Rose! Tunggu dulu, jangan melulu pergi. Sign dengan keterangan pun belum. Sabar sabar, kita kan kena banyak sabar.. betul tak Darwish?" Ujar Danish sambil menghalang perjalanan Rose. Darwish hanya memutarkan bebola matanya sahaja

"Apa lagi awak berdua nak? Adik dengan Abang memang suka menyusahkan hidup saya ka? Lepas awak, nanti Abang awak. Macam mana la mak awak ni boleh jaga. Pening satu rumah!" Bentak Rose geram. Rose memalingkan muka ke arah tempat lain sambil memeluk tubuh sendiri. Dah la tinggi lagi dari aku!

"Kejap-kejap, satu satu dulu. Mak kitaorang alhamdulilah sampai sekarang sihat. Dan Along kata dia dan akak akan kahwin dua bulan depan. Ha! Mana satu ni. Please, jangan buat kepala i pusing. Nanti fans i marah you" Jelas Danish satu persatu. Terbuka luas mata Rose apabila dengar terangan si Danish

TUAN VILLAIN : TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }Where stories live. Discover now