Gadis bernama Choi Woojeong itu mampu menangis , dia berasa jijik , marah , sakit hati , kesal . Sejak kembali dari kampus semalam , dia mengurung diri di dalam bilik air. Ibu bapanya tidak tahu bahawa anak bongsu mereka telah diperkosa dan dipukul , kerana mereka menghadiri pengebumian rakan sekerja di Jeonju. Setelah lama menangis, dia kemudian pengsan didalam tub mandi.
Choi San , abang sulungnya baru bangun pagi itu. Dia mendengar seperti air didalam bilik adiknya tidak berhenti mengalir. Dia kemudian masuk ke dalam bilik adiknya.
"Choi Woojeong , padam la air paip tu" kata nya , namun tiada respon
"Jeongie?? Jeong oky tak ?" Soalnya , namun dia tidak menerima sebarang respon. Dia mula risau dan mengetuk pintu bilik air , namun pintu bilik air tidak berkunci .
"Jeong , kenapa-- Jeong!" Dia terkejut melihat keadaan adiknya. San kemudian mendekati adiknya yang tidak sedarkan diri itu.
-
Setelah bercakap dengan doktor , San duduk bersebelahan dengan katil adiknya. Rasa terkilan dengan apa yang dinyatakan oleh doktor sebentar tadi.
"Apa yang saya periksa , ada luka di bahagian kemaluan adik awak. Bukan tu je , ada lebam-lebam dekat leher dia. Saya syak adik awak kena rogol. Apa-apa pun ,buat masa ni jangan bagi Woojeong bergerak sebab takut berlaku pendarahan dalaman. Saya akan pantau progress dia beberapa hari ni ."
Ketukan di pintu wad mengejutkannya . Ibu bapanya baru sampai.
"Sannie, Jeongie macam mana?" Soal ibunya .
"Jeongie belum sedarkan diri. San tak tau apa jadi kalau San tak bukak pintu bilik air dia." San rasa ingin nangis . Ayahnya memeluk anak sulungnya itu .
"Sape buat anak mama macam ni??Woojeongie, mama minta maaf sebab tak dapat protect anak mama." Ibunya menggenggam tangan Woojeong.
---
San keluar dari keretanya , memasuki kawasan kampus nya dengan rasa marah , geram dan sakit hati . Orang pertama yang dia temui ialah kawan baik Woojeong, Kang Yeosang dan Hwang Yeji
"Aa, San-ah."
"Korang tau tak Woojeong masuk hospital?"Mereka berdua terkejut . "Tak , asal dengan Woojeong? Dia sakit apa?"
"Doktor syak dia kena rogol . And aku tak tau siapa yang buat sebab Woojeong still tak sedarkan diri sekarang"
"Jap , semalam Woojeong kata dia pergi toilet lepas balik dari computer lab pastu aku perasan Taemin sunbae ada ikut sia , tapi kitorang fikir takde apa-apa" Ujar Yeji
Mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Aku pergi tengok Woojeong ,korang dua settle la" ujar Yeji kemudian pergi ke arah bertentangan dengan Yeosang dan San.
Mereka berdua kemudian pergi ke tempat dimana Taemin dan gengnya berada , cafeteria .
Yeosang tau San panas baran jadi dia cepat- cepat mesej semua rakan-rakannya untuk back up.
Setelah sampai di cafeteria , San mencari kelibat Taemin. Tanpa rasa takut , San melancarkan tumbukan padu di muka Taemin membuatkan gengnya terkejut. Taemin terjatuh dan kemudian tangannya mengelap darah yang mengalir keluar dari hidungnya. Yunho , Mingi , Seonghwa , Hongjoong , Wooyoung dan Jongho tiba di kafeteria , terkejut dengan apa yang berlaku.
"Apa masalah kau? Tak ada adab ke dengan senior--" San kemudian memijak dada Taemin dan mencangkung . "Apa kau dah buat dekat adik aku??"