BAB 7

1.6K 70 0
                                    

"Comelnya anak buah aku ni! Eee geram je tengok pipi pau dia" Pipi Irena dicubit manja oleh Qaisara.

Irena yang berada didukungan ibunya hanya terkebil-kebil melihat perangai makciknya sorang itu.

Geram betul Qaisara! Makin hari makin montel dan sihat anak buah pertamanya itu. Ntah apalah yang Idlan dan Iman beri makan sampai sihat macam tu.

"Irena sayang, hari ni tinggal dengan makcik Qai tau. Babah nak bawa mama pergi dating kejap"

"Siapa makcik? Irena kena panggil auntie barulah kelas gitu! Kan sayang auntie" ujar Qaisara sambil mencubit-cubit peha Irena pula.

Datang sini jumpa dia ada makna rupanya. Tapi takpa dia suka jaga Irena! Nasib juga Irena jenis behave dan mesra dengan semua orang.

"Korang nak pergi mana?" soal Qaisara

"Tak tahu abang awak ni Qai..." balas Iman. Dia juga tak tahu kemana suami dia nak bawa keluar hari ni. Pelik juga Iman, hari selasa macam ni boleh pula suami dia ambil cuti.

Kata Idlan takpa dia boss...

"Sibuk je tanya. Abang Mad nak bawa bini pergi bookstore date. Sekarang kan tengah ada promosi. Qai apa tahu?" balas Idlan pula

Dah lama mereka tak pergi kedai buku. Jadi apa salahnya bawa Iman jalan-jalan. Bukan dia taknak bawa Irena tapi Idlan nak bermanja dengan Iman hari ni.

Maafkan babah awak Irena. Babah pinjam mama kejap!

"Tak baiknya babah dengan mama Irena ni. Sian dia...takpe hari ni biar Irena main dengan auntie Qaisara" ujar Qaisara lalu Irena diambil dari dukungan Iman.

Irena apalagi senyum suka dia bila memeluk ibu saudaranya. Dengan semua orang pun manja anak Idlan dan Iman ni.

Qaisara menghantar Idlan dan Iman hingga ke depan pintu. Untunglah dah kawin boleh pergi halal date!

Iman mencium Irena yang didukung Qaisara. Ubat bekal rindu. Dia kalau berpisah dengan Irena kejap pasti rindu!

"Sebelum abang Mad lupa, hari ni doktor baru akan datang untuk buat check-up dekat atok. Abang Mad dah pesan dekat atok tadi. Nanti apa-apa Qai inform nanti" Pesan Idlan kepada Qaisara.

"Okay! Dah shu shu pergi sana! Biar Irena dan auntie dia pula dating dekat rumah" Balas Qaisara sambil buat gaya tangan menghalau orang.

Irena mengekek ketawa melihat gaya ibu saudaranya.

Setelah kereta Idlan dan Iman berlalu, Qaisara membawa Irena masuk semula ke dalam rumah.

Taman bunga Dato Hisyam menjadi tujuan. Iman pernah berpesan yang Irena suka bunga jadi Qaisara membawa Irena ke taman mini Dato Hisyam.

Keturunan yang suka bunga dari moyang sampai ke cicit. Qaisara senyum, dia bersyukur kerana atoknya masih dipanjangkan umur.

Alhamdulillah, boleh main dengan cicit sulung dia selalu. Cuma waktu sekarang memang waktu Dato Hisyam berehat sebelum berjumpa dengan doktor peribadinya.

Kaki Irena diletakkan ditanah. Kelihatan muka Irena senyum suka. Comel!

Qaisara membawa Irena duduk di tanah. Tak lama lagi Irena dah nak masuk satu tahun. Cepat je masa berlalu.

Tangan kecil Irena memegang tanah yang dudukinya. Kemudian dia menepuk kedua belah tangannya yang telah kotor dengan tanah.

Terkekeh Irena ketawa melihatkan dua batang giginya.

"Eh janganlah macam tu Irena. Nanti tak cantik" Irena cuba didukung namun tanpa dapat dijangka Irena melekapkan tangannya yang penuh dengan tanah tadi ke muka ibu saudaranya.

Bulat mata Qaisara bila pipinya yang mulus telah kotor dengan tanah. Dilihatnya Irena yang tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Nakalnya! Nasib auntie sayang awak ni" Pipi Irena digomol Qaisara.

Irena mengekek suka dan lagi-lagi dia melekapkan tanah ke muka cantik Qaisara. Penuh muka Qaisara dengan tanah hitam.

Qaisara hanya redha.

"Dah dah jom kita pergi mandi! Lepasni auntie belanja coklat nak?" Irena didukung masuk semula ke dalam rumah.

Baru hendak menaiki satu anak tangga, loceng rumah mereka berbunyi.

Dengan Irena didukungan, Qaisara mengorak langkah membuka pintu. Dia lupa dengan keadaan mukanya yang penuh dengan tanah.

Tombol pintu dibuka dengan selamba.

Melihat figura tinggi yang berdiri dihadapannya membuatkan Qaisara kaku.

'Abang tukar tayar hari tu?' bisiknya masih merenung muka dihadapannya. Namun sentuhan kecil dipipinya menyedarkan Qaisara.

Baru dia teringat dengan keadaannya sekarang. Oh tidak! Muka dia...

Tanpa menghiraukan tetamu di depannya, pintu rumah ditutup semula oleh Qaisara lalu dia berlari ke atas membawa Irena.

Tak boleh! Tak boleh! Kenapa waktu dia selekeh juga lelaki hensem tu datang rumah dia? Ada urusan apa datang sini? Nak masuk meminang dia ke?

Pelbagai andaian di kepala Qaisara. Di luar pintu biliknya kelihatan pembantu rumah mereka iaitu Mak Jah baru keluar dengan bakul pakaian.

"Mak Jah!" seru Qaisara mendekati Mak Jah. Terpinga-pinga Mak Jah melihat cucu majikannya yang kelihatan kelam kabut sungguh.

"Mak Jah! Dekat bawah ada tetamu. Mak Jah suruh dia tunggu tau! Qai nak bawa Irena bersihkan diri kejap. Jangan suruh dia balik tau!" Penuh semangat Qaisara berpesan lalu masuk ke biliknya.

Mak Jah hanya mampu menganggukkan kepala lalu berlalu turun ke bawah.

Cepat-cepat Qaisara membawa Irena membersihkan diri.

"Irena tak lama lagi awak dah nak dapat uncle hensem" ujar Qaisara sambil mencuci badan Irena dulu.

Tersenyum-senyum Qaisara sendiri. Tak sangka dia jumpa lagi dengan lelaki tu!































TBC
Happy reading! Terima kasih yang sudi baca dan vote! I really appreciate it ><

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now