BAB 1 | DDC

343 30 1
                                    

"KAKAK, cuba rasa kek yang aku buat ni. Nama kek ni ialah 'Cintaku Dayang Amalina'. Sedap kan nama dia?"

Kek cheese strawberry yang ada dipinggan dipandang. Nampak sedap. Kek yang dibuat oleh adik lelakinya dirasai.

"Sedapnya kau buat kek. Pandai eh sekarang? Mana kau belajar?"

"Dari mimi peri." Ervin meletuskan tawa.

"Mesti kau peminat setia dia kan? Sebab tu kau belajar buat kek dari dia." Dayang juga turut meletuskan tawa.

"Kakak Dayang." Seru Ervin perlahan.

"Apa?"

"Kenapa aku tak duduk dengan papa, mama?"

Mulut Dayang seolah-olah dikunci. Tidak! Ini bukan masanya untuk memberitahu Ervin. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui perkara sebenar terlalu awal.

"Kau takde soalan lain ke?"

"Ada." Ervin mengangguk kecil.

"Hm?"

"Apa beza kau dengan pontianak?"

"Pontianak tu pontianak lah, aku manusia."

"Salah."

Dayang mengangkat kening sebelah.

"Jawapan dia kau dengan pontianak takde beza sebab bila kau ketawa, ketawa kau macam pontianak. Mesti pontianak pun terkejut sebab dia tak sangka dia ada kembar terpisah." Terletus tawa besar Ervin.

"Kau ni Ervin. Menyampah lah aku lama-lama." Lengan dicuit kuat.

TOK! TOK!

Kedengaran ketukan pintu rumah.

"Biar aku pergi buka pintu."

"Tak payah. Kau duduk sini diam-diam. Biar aku pergi buka."

Ervin ingin membuka pintu tetapi ditegah oleh Dayang. Tudung terletak disofa, disarung segera sebelum Dayang melangkah ke pintu dan membukanya.

Dan..

Terpapar lah wajah kawan lelakinya yang setia membantu dirinya disaat dia susah.

"Abang Riz!" Ervin sedar akan kehadiran lelaki bernama Rizuan. Tanpa membuang masa Ervin meluru ke arah Rizuan dan menyalam tangan lelaki itu.

"Duduk lah dekat luar dulu. Aku pergi buat air kejap." Dayang mula hilang dari pandangan Rizuan.

"Abang Riz, kenapa dah lama tak datang?"

"Aku banyak kerja. Tak sempat nak lawat kau dengan kakak kau."

Setelah beberapa minit, Dayang datang membawa jag berisi air oren diletakkan diatas dulang menuju ke arah mereka. Air dituang ke dalam cawan kaca.

"Minum lah." Pelawanya.

"Boleh kita bercakap?" Rizuan mendapat anggukan kecil dari Dayang.

"Ervin, pergi main dengan kucing ke. Bagi aku dengan dia bercakap."

"Okay." Bayangan Ervin hilang dari pandangan mata.

"Apa kau punya rancangan lepas ni?"

"Aku akan masuk ke dalam dunia gelap semula. Aku takde pilihan lain."

"Kau sanggup nyawa kau tergadai? Kau sanggup tengok mereka akan kena serang dengan ahli kumpulan lain nanti?"

Lidahnya terasa kelu untuk menjawab pertanyaan berikut. 

"Mereka dah lama mati dalam hidup aku." Tutur kata si gadis jelas dingin.

"Kau buat pilihan yang salah. Kau hancurkan hidup kau."

Dendam Disebalik Cinta [SU]Where stories live. Discover now