| BAB 10 | DDC

59 5 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, saya Xariel Xaeron. Seperti yang korang semua tahu, saya ialah CEO syarikat Evender's Holdings. First of all saya nak ucapkan thank you kepada siapa-siapa yang hadir event pada malam ini. Evender's Holdings juga telah berkembang selama 10 tahun dan saya amat menghargai semua staff-staff yang sanggup berkerja keras untuk memajukan lagi Evender's Holdings. Kalau boleh saya kata, saya amat kagum dengan semua staff. Dan hari ini, malam ini saya merasmikan Evender's Holdings telah dipegang oleh Zayn Evender." Tepukan gemuruh dari semua yang hadir pada malam itu membangkitkan lagi suasana yang meriah.

"Saya menyerahkan sepenuhnya Evender's Holdings kepadanya dan kini saya meletakkan jawatan sebagai CEO dan akan diambil alih oleh Zayn Evender. Malam ini juga Evender's Holdings telah berada dibawah jagaannya. Akhir kata, saya berharap Evender's Holdings akan terus maju. Sekian itu sahaja daripada saya, Xariel Xaeron. Terima kasih." Sekali lagi tepukan gemuruh terdengar buat kali kedua.

"Zayn.. Noah." Fikiran mengingati mimpi yang dialami selepas telinga mendengar namanya. Mata melilau mencari jejaka bernama 'Zayn Evender.'

1 saat..

2 saat..

Nampak kelibat Zayn Evender sedang bercakap dengan tiga orang lelaki dan seorang perempuan selepas tamatnya percakapan daripada Xariel Xaeron.

Dia kenal.

Dia kenal perempuan itu. Malah, mereka pernah menjalinkan hubungan persahabatan. Tetapi itu hanyalah dulu.

Dulu..

Langkah diatur menuju pergi ke arah Zayn Evender. Perasaan teruja membuak-buak dihati. Sampai sahaja ditempat mereka bercakap, mata mereka memandang tajam wajah Dayang.

"Zayn Noah?" Lengan si jejaka yang berlapikkan tuxedo dipegang. Dengan segera lengan ditepis kuat oleh Zayn Evender.

"Sekali lagi tangan kau sentuh aku, this night I will bring you to my hell." Disetiap bait-bait kata terselit amaran keras.

"Zayn, awak Zayn Noah kan? Tipu kalau awak kata awak Zayn Evender. Awak mesti Zayn Noah. Saya yakin." Bersungguh-sungguh Dayang meyakinkan kata-kata.

Tolong katakan kepadanya bahawa jejaka itu ialah Zayn Noah. Dia benar-benar mahukan Zayn Noah kerana layanan yang diberikan seperti layanan puteri. Dia tidak pernah merasa layanan puteri seumur hidup. Hanya Zayn Noah sudi memberikan layanan puteri kepada gadis hina sepertinya. Disaat semua orang membuang dan membencinya tetapi tidak dengan Zayn Noah. Mengutip dan menjaga dengan baik seperti puteri.

"Hey perempuan! You kenapa datang tiba-tiba macam pengemis haus attention ni?! Dia pun tak kenal you lah." Bahu ditolak kuat sehingga jatuh terduduk. Dayang mendesis kesakitan disaat dia merasakan tolakan kuat dan itu membuatkan kekura tangan Dayang luka.

"Nadine, kau lupa aku?" Mata memandang si sahabat dengan sayu.

"Excuse me? I tak kenal you pun. Sedarlah."

"Nadine, aku masih anggap kau sahabat aku. Kenapa kau berubah terlalu cepat?" Kepala digelengkan perlahan, menafikan kata-kata yang keluar.

"Baby, you tengok apa yang dia cakap! I langsung tak kenal dia. I don't know dari mana perempuan gila ni. Entah siapa yang invite dia datang event ni." Suara dimanjakan seolah-olah cuba menyakiti hati Dayang.

'Hati aku sakit, Nadine.'

"Ada lah tu yang baik hati pergi invite. Tak payah layan dia."

Serentak dengan itu, wajah Xariel Xaeron yang merupakan sahabat kepada Zayn Evender muncul dari arah belakang mereka berlima. Dengan segera kaki dipaksa jua untuk bangun, melarikan diri daripada situasi yang tidak diingini sekarang.

"Ha baguslah you pergi. Semoga you jatuh lepastu mati." Tawa yang dihasilkan oleh Nadine sungguh menyakitkan. Readers yang tak kena pun rasa sakit, apatah lagi Dayang Amalina.

'Mama, sakit. Kenapa semua orang buat Dayang macam ni?" Cecair jernih mengalir membasahi pipi menemani malam Dayang. Sakit yang terlalu dalam sehingga tidak dapat diungkapkan dengan mulut.

"AMALINA!" Suara garau seorang lelaki memanggil nama menarik perhatian Dayang. Mata melilau mencari si pemanggil dari arah depan, kiri dan kanan.

"Aku kat belakang."

Badan dipusingkan kebelakang melihat si pemanggil. Dayang memakai rantai leher pemberian si jejaka misteri itu walaupun fikirannya masih memikir apa benda yang tidak kena dengan rantai ini.

"Kenapa pergi? Dah tak nak jumpa orang-orang yang hadir pada event malam ni?"

Terdiam.

"Untuk apa saya perlu jumpa mereka? Untuk apa? Kalau berjumpa dengan mereka membuatkan hati saya sakit, rasanya lebih baik saya pergi." Mata biru si jejaka kekal setia dipandang dengan sayu.

"Kau ada aku."

"Bunga kalau tak dijaga dengan elok, dia akan layu."

"Dan bunga juga akan terus kekal dalam keadaan baik apabila dijaga oleh orang yang tepat."

"Kenapa awak cakap seolah-olah awak mencintai saya? Kalau betul-betul tak sayang, jangan keluarkan kata-kata yang membuatkan saya rasa awak mencintai saya." Senyuman pahit terukir dibibir.

"Andai semesta mengizinkan kita bertukar mata, kau akan tahu mengapa aku begitu mengagumi kau."

"Saya kejam, jangan jatuh cinta dengan saya."

"Too late. Mungkin cara terakhir ialah jumpa parents kau untuk aku meminang kau." Senyuman ikhlas terukir dibibir si jejaka.

"Lenyapkan impian awak. Saya perempuan jahat. Berdoa sahaja kepada Allah agar Allah menghantarkan awak perempuan baik. Terima awak seadanya."

"Aku berdoa pada Allah seperti apa yang kau katakan dan sekarang Allah memakbulkan doa aku. Wanita itu ialah kau." Langkahnya mula mendekati Dayang dan kini si jejaka berada betul-betul dihadapan mata.

"Saya tiada papa, saya tiada mama. Jadi awak jangan cakap seolah-olah awak tahu kisah hidup saya."

"I want you, Amalina."

"I don't want you." Nafas dihela kasar.

"Kau terlalu mengejar cendera yang gemerlapan, sehingga kau lupa ada baskara yang selalu mendoakan." Bisik si jejaka ditelinga membuatkan Dayang terdiam dan cuba memahami maksud ayat yang disampaikan. Kaki si jejaka melangkah pergi meninggalkan Dayang berseorangan selepas mentuturkan kata-kata.

'Seandainya Allah mengizinkan kita untuk bertukar mata, pasti kau akan tahu mengapa aku menolak diri engkau.'

DDC

Dendam Disebalik Cinta [SU]Where stories live. Discover now