| BAB 7 | DDC

154 8 0
                                    

"DADDY! hehe rindu daddy." Tangan bersedia untuk memeluk tubuh yang sedang duduk disofa sambil menonton televisyen.

PANGG!

Satu tamparan hinggap dipipi kanan si sahabat. Gatal sangat nak peluk, kan dah kena tampar tapi.. memang layak pun.

"Kau kenapa pandai? Dah buang tebiat ke apa nak peluk aku? Kau memang tak reti nak cari calon isteri eh?"

"Kau dengan dia sama sahaja. Aku nak bermanja sikit je, itu pun tak boleh. Banyak susah ma ini olang." Tangan memeluk tubuh.

"Kau tiada kerja ke lepak dekat penthouse dia ni?"

Soalan terbiar sepi.

"Kau bosan ke? Kau tengah buat apa?"

Masih sepi.

"Anak syurga, aku rasa kau tak buta lagi. Kau tahu aku tengah tengok tv, apasal tanya lagi?" Suara cuba dilembutkan walhal di dalam hati dia menahan geram.

"Aku sebenarnya.." Nafas dihela seketika sebelum mata memandang bawah.

"Takpelah, mungkin tak perlu untuk kau tahu."

"Kau asal? Cuba bagitahu aku."

"Ervin."

"Kenapa dengan dia?"

"Ervin seksa Dayang sampai kedua belah tangan Dayang dipotong."

"Cinta sejati betul." Lama berdiam akhirnya Adskhan memberi respon.

"Ni bukan soal cinta, Ad. Ini tentang keadaan Dayang yang dah teruk."

"What if we back to Malaysia?"

"Tak boleh sebab takut.."

"Sebab apa nak balik Malaysia? Nak jumpa Dayang? Macam tu?"

Percakapan Adskhan tergantung kerana dipotong si jejaka yang baru sahaja muncul. Entah dari mana, dia pun tidak tahu. Langkah diatur ke arah sofa. Punggung dilabuhkan.

"Kita akan balik minggu depan."

Mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh rakan karibnya, Akashah terus memandang si jejaka dengan pandangan tajam. Adskhan cuma diam mendengar perbualan mereka berdua.

"Risau ke?"

"Aku atau kau yang risau tentang dia?" Kedengaran sinis pada gegendang telinga.

Tiba-tiba ada satu kejadian yang menyerang ingatannya.

FLASHBACK

"Kenapa kau buat aku macam ni, Dayang? Kenapa kau tak hargai apa yang aku dah beri pada kau?"

"Kau tak faham bahasa ke, Ash? Aku anggap kau ni orang asing sahaja."

"Aku tahu tapi barang yang aku beri pada kau, kau tak pernah nak terima. Kau cuma tahu nak buang je." Sayu suara saat mengeluarkan kata-kata.

"Siapa yang paksa kau untuk beli semua barang tu? Takde kan?"

"Tapi aku sendiri yang nak."

"Ash, please lah sedar. Aku yang penat tengok kau beri semua barang mahal-mahal pada aku."

"Bila aku dah beri tu, tolong hargai. Bukan buang macam kau buang makanan yang basi."

Sungguh sakit hatinya apabila dia melihat Dayang membuang barang yang telah diberi olehnya. Termasuk beg tangan dior.

"Aku takkan pernah hargai apa-apa daripada kau. Kau bukan yang aku inginkan."

Dendam Disebalik Cinta [SU]Where stories live. Discover now