TERKEJUT Amelia apabila retina matanya dipenuhi wajah Firshad yang sedang menunggu dipintu biliknya. Dia sedang mengintai melalui lubang pintu ketika ini."Amelia! Buka pintu ni! Atau aku terajang pintu bilik kau!"
Amelia meneguk liur kesat lalu dia membuka pintu biliknya. Firshad memasuki bilik itu dan menarik kejap tali leher miliknya serta membuka butang baju teratas. Panas! Dia menutup pintu bilik itu dan berpeluk tubuh di hadapan Amelia.
"Kenapa kau menjauh dari aku?" Amelia hanya senyum kelat mendengar soalan itu.
"Sebab i suka lari jauh. You Fish suka berenang kan? I pula suka berlari. It's fair." Firshad berdecit.
"Ha ha ha so funny." Katanya dengan riak wajah yang mendatar. Amelia menggaru telinganya. Sangat kekok keadaan mereka ketika ini kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.
Firshad merapatkan badan menghampiri Amelia. Amelia mengundur perlahan.
Firshad sengih senget. Dia berbisik di telinga kanan Amelia. "Kau tak perlu lari. Kau kena ingat yang aku ni hackers. Aku boleh jejak kau kemana kau pergi. Dan selepas ini, kalau kau berani lagi menjauh dari aku, aku sendiri yang akan tercegat depan rumah kau. Faham me lady?"
Amelia meneguk liur kesat. Dia terpana apabila wajah Firshad terlampau dekat dengannya. Matanya merenung ke mata kehijauan Firshad.
Firshad pula hanya memerhati mata bulat Amelia. Mata Firshad menurun kebibir Amelia.
"Can i kiss you?" Terbeliak mata Amelia. Apa ni?? Nak nak!
"No! You can't!"
Firshad tersengih jahat. "Why?" Bisiknya perlahan.
"Because we're not married yet."
Firshad mengangguk. "Alright. So let's get married right now." Dia senyum senget. Amelia berkerut tidak faham.
"Assalamualaikum! Kami dari JAIS. Kami mendapati lelaki dan perempuan yang bukan mahram berada dalam satu bilik yang sama. Sila buka pintu dan beri kerjasama."
Amelia terbeliak. Dia melihat wajah Firshad yang sedang tersengih. "What the heck are you doing Fir?!" Bisiknya perlahan.
Firshad menjungkit bahu. "This is your punishment because you left me for 2 years."
Firshad membuka butang bajunya dan mengusutkan rambutnya. Amelia menggeleng apabila Firshad mengundur dan ingin membuka pintu.
"No!" Firshad tersengih. "It's late honey."
NEW STORY WILL COMING SOON🚫
Amboi Firshad ni. Dah jadi rawr ek..
YOU ARE READING
FIRSHAD : POISON LOVE [EBOOK]
Romance❣️2ND OBSESSED SERIES❣️ Mereka seringkali bergaduh apabila bertemu namun siapa sangka bahawa pergaduhan mereka akan berubah kepada cinta untuk sang jejaka? "Hari ini jadual aku yang jaga Icha. Kau berambus sana." - Firshad Marhad "Excuse me Fish? I...