FIR||MEL - BAB 4🚫

12.6K 395 5
                                    


FIRSHAD mengaminkan doa. Sedari tadi dia mengelamun. Kata-kata Khair terngiang dalam kepalanya. Betul ke ini cinta? Kalau bukan? Kalau hanya dusta semata-mata? Firshad tidak pernah bercinta.

Dan dia bencikan cinta.

Macam mana? Dia sentiasa berdoa agar dia dapat melupakan Amelia dalam kepalanya. Namun nama dan muka Amelia terbayang-bayang fikirannya. Dia berdecit.

"Kenapa Mel. Kenapa kau wujud dalam fikiran aku? Kenapa aku rasa lain bila dengan kau? Cinta ke ni? Seharian aku tak jumpa kau.. Tapi aku rasa aku rindu. Adakah ini cinta?"

Firshad mengeluh. Dia melipat sejadahnya dan mengambil kunci kereta. Dia harus bertemu Amelia sekarang.

Firshad sudah sampai dihadapan rumah Amelia. Dia berdiri jauh dari rumah Amelia. Dia keluar dari kereta. Baru sahaja dia ingin melangkah, dia berhenti sekejap apabila melihat ada satu kereta berhenti dihadapan rumah Amelia.

Terbeliak matanya. Itu bukan ke lelaki di kelab? Buat apa datang ke rumah Amelia malam-malam ni?

"Amelia! Kau keluar! Aku tunggu kau dekat kelab tadi tapi kau tak datang-datang! Kau keluar sekarang betina!"

Amelia buka pintu rumahnya namun pagar dibiarkan berkunci.

"Berambus la kau! Aku taknak! Aku dah cakap awal-awal!! Aku taknak buat apa yang kau nak!!"

Amri menggegarkan pagar Amelia. "Buka! Kau dah buat aku marah! Aku cuma suruh kau layan aku!! Susah ke perempuan? Layan aku atas katil!"

"KURANG AJAR!" Firshad maju lalu menumbuk kuat rahang Amri. Dia mencekak kolar Amri.

"Kau ingat kau siapa?! Kau fikir dia pelacur murahan ke?!" Amri meludah darahnya.

"Dia memang pe--"

"CUKUP AMRI!! KAU PERGI BERAMBUS! Aku taknak tengok muka kau!" Amri mencerlung ke arah Amelia yang menjerkahnya. Amri berdecit lalu menolak kasar badan Firshad.

Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ. Firshad mencekak pinggang lalu memandang Amelia.

"Siapa jantan tu? Apahal dia selalu nak berjumpa kau?" Amelia mengeluh lemah.

*:・゚✧*:・゚✧

FIRSHAD memandang Amelia yang sedang menunduk. Mereka duduk diatas bangku dihadapan rumah Amelia.

Firshad mendengus. "Talk."

Amelia mengemam bibirnya. "Amri tu pengurus booth untuk semua model. I jumpa dia untuk berbincang tentang kerja i. Tapi dia dah melebihi had apabila.. dia nak sentuh i.."

Firshad mengepal tangan. Aku pun jahat juga tapi takde la sampai berniat nak sentuh anak dara orang!

Jeda.

Mereka berdua hanya diam selepas itu.

"Mel.." Amelia panggung kepala ke arah Firshad.

"Hm?" Firsha meneguk liur kesat.

"Kau.. pernah bercinta tak?" Amelia berkerut. Dia menggeleng.

"I tak percayakan cinta.." Terbeliak mata Firshad.

"What?! Kau pun sama?!" Amelia mengangguk laju. "Kenapa?"

"Sama la. Aku tak percayakan cinta. Kenapa kau tak percayakan cinta?"

Amelia mengeluh. "Bagi i orang hanya mempermainkan perasaan i.. Diorang tak cintakan i tapi diorang nak-" Amelia terkelu. Takkan dia nak ceritakan smuanya?

"Nak apa?" Amelia berdehem.

"Nak mempergunakan i je." Firshad mengangguk.

"You pula? Kenapa tak percayakan cinta?"

Firshad meregangkan tangannya. "Sebab tak semya perempuan pandai hargai cinta."

Amelia mengangguk faham. Semua orang pasti mempunyai sebab tersendiri.

Firshad berdehem. "Kau.. tak percayakan cinta. Aku pula tak percayakan cinta. Apa kata.. kita cuba?"

Berkerut dahi Amelia. Dia terus memandang wajah Firshad. "Cuba apa?" Takkan la dia nakkan badan aku juga? Memang celaka la kalau macam tu..

"Cuba bercinta.. Aku dan kau.. bercinta. Nak?" Terbeliak mata Amelia.

Dia bangun dari bangku dan menggeleng laju. "No! I taknak!" Firshad bangun lalu mencekak pinggang.

"Kita boleh cuba.. kau tak ada perasaan pada aku ke?"

Amelia meneguk liur kesat. Mustahil dia tiada perasaan pada Firshad kerana hanya Firshad seorang sahaja lelaki yang tidak mengambil kesempatan atasnya.

Firshad seorang sahaja lelaki yg rapat dengannya sekarang. Sudah bertahun dia berkawan tanpa sengaja dengan lelaki itu. Dia rapat dengan Firshad melalui Icha.

Amelia menunduk. Dia tidak boleh menjawab soalan itu kerana otaknya berkata lain dan hatinya berkata lain.

Firshad mengeluh. "Aku.. akan cuba untuk cin- No. Aku rasa aku memang cintakan kau. Dalam kepala aku hanya ada muka kau dan nama kau. I think..."

Amelia mengerdipkan mata. Dia masih menantikan ayat Firshad. Dia agak terkesima dengan semua ini. Firshad cintakan dia? Kalau benarlah itu maka dia la perempuan yang paling bahagia.

"..I love you Mel.." Amelia mengemam bibir. Dia juga ingin menyatakan cinta kepada Firshad. Hampir 3 tahun mereka berkawan. Sangat mustahil jika dia tiada perasaan cinta terhadap Firshad.

Tapi keadaan tidak mengizinkan.

Amelia menggeleng. Dia ingin menidakkan perasaannya. Firshad lelaki baik. Lelaki itu sepatutnya dapat gadis lain yang lebih baik berbandingnya.

"No. Jangan jatuh cinta pada I. I tak sempurna seperti perempuan lain." Firshad berkerut.

"Semua manusia tak sempurna Mel.. Aku pun tak sempurna.. Kita manusia tak berhak memandang rendah terhadap orang lain.."

Amelia menggeleng laju. "No. I.. memang tak macam perempuan lain. I'm sorry Firshad."

Amelia bangun dan terus melangkah laju ke rumahnya.

Firshad bangun dari duduknya. "Mel!! Tolong fikir baik-baik pasal kita!! Aku sanggup tunggu kau Mel!!"

Jerit Firshad. Dia melepaskan segugus keluhan.

"Aku tahu kau pun cintakan aku Mel.. aku nampak melalui mata kau.. Tapi kenapa kau menidakkan?" Gumamnya..

TBC🤍
Vote and comment❤️

FIRSHAD : POISON LOVE [EBOOK]Where stories live. Discover now