FIR||MEL - BAB 2🚫

12.6K 409 5
                                    


AMELIA dan Firshad berhenti berlari di tempat parking. Tercungap-cungap mereka berdua sekarang. Amelia membongkok seraya mencekak pinggang. Penat betul berlari dengan lelaki berkaki panjang ni..

"You.. you lari dari siapa ni?" Tanya Amelia yang masih cuba mencari nafas. Firshad memejam mata kejap dan menghembus nafas.

"Ada anjing kejar kita." Amelia berkerut. "Apa you ni? Anjing apa nya dalam kelab? You mabuk ea?" Firshad berpaling ke arah Amelia.

"Diam lah kau. Memekak je." Amelia mencebik. Sikit-sikit nak marah.

Firshad perhatikan Amelia. "Ni kau datang sini naik apa?" Amelia menatap mata kehijauan Firshad.

"Teksi. Kereta i ada di bengkel.." Firshad mengangguk. "Jom aa aku hantar kau balik. Dah lewat sangat ni." Amelia berkedip. "Takpa ke? Tak susahkan you?"

Firshad meraup wajahnya. "Aku bawa kau balik menggunakan kereta. Bukannya aku dukung kau dari sini sampai ke rumah kau. Celah mana menyusahkan aku nya?" Amelia mencebik.

"Sikit-sikit nak marah.. You period eh?" Firshad menjeling.

"Aku punya pisang. Bukan kerang macam kau." Amelia memukul bahu Firshad. "You ni tak senonoh la.." Bukannya dia tidak faham ayat lucah Firshad itu.

"Tanya lagi soalan yang bangang abadi dah kenapa?" Amelia memuncungkan bibir sahaja.

"Itulah perempuan. Marah sikit merajuk. Marah sikit buat mulut macam itik. Aku tarik kan bibir tu sampai benua selatan baru kau tahu langit tinggi ke rendah.."

Amelia menjulingkan mata. Sakit kepala betul dengan Firshad yang suka berkata-kata. Sudahlah ayatnya menyakitkan hati.

Sedang mereka bergaduh mulut, Firshad ternampak lelaki yang dia cari tadi keluar dari kelab tersebut. "Oh shit."

"Haa? You nak berak ke?" Tanya Amelia. Betul la kan? Shit tu tahi. Untuk proses jadi tahi kena berak la kan?

Firshad menarik tangan Amelia lalu menekup mulut Amelia. Terbeliak mata Amelia. Apakah?

Firshad menolak Amelia ke dinding sempit dan dia merapatkan badannya dengan badan Amelia sehingga abdomen mereka bersentuhan sesama sendiri. Amelia mendongak. Matanya terkedip-kedip melihat muka Firshad yang tegang.

Dia tidak boleh bergerak kerana dinding ini sangat sempit. Badannya pun dah rapat sangat dengan Firshad sehinggakan hidungnya terkena dada Firshad.

Dia model. Mestilah tinggi. Tapi Firshad tu gergasi. Dia punya tinggi tu macam dah sampai ke pencakar langit.

Peluh Firshad menitis ke wajah Amelia. Amelia hanya diam. Matanya masih memandang wajah Firshad yang berpeluh. Mulutnya ditutup kemas oleh tangan kasar Firshad.

Firshad perhatikan mereka yang memasuki kereta. Dia melempas nafas lega apabila lelaki tadi sudah berlalu pergi. Dia memandang kebawah. Firshad meneguk liur apabila melihat mata besar itu terkedip-kedip melihatnya.

Firshad keluar dari dinding itu bersama Amelia. Dia melepaskan tekupan di mulut Amelia. "Sorry."

Amelia mengangguk. Firshad menggaru kepalanya yang tidak gatal namun wajahnya berkerut apabila melihat tapak tangannya.

"Shit! Kau pakai lipstik berkilo ke? Penuh satu tapak tangan aku tau?" Amelia mengintai tapak tangan kanan Firshad. Dia tergelak perlahan apabila melihat tangan itu sudah berwarna merah terang.

"Siapa suruh you tekup bibir i dengan tiba-tiba? Haa padah."

Firshad mendengus. "Duit berkepok tapi beli lipstik tak waterproof. Kedekut." Amelia menjulingkan mata. Malas nak melayan.

Firshad mengambil tisu poketnya lalu memegang rahang Amelia. Terbeliak mata Amelia dibuatnya apabila tangan kasar itu mengelap lembut bibirnya menggunakan tisu.

"Ni kena lap. Kau punya comot dah macam kita bercium pula tadi." Kata Firshad namun mata masih fokus ke bibir Amelia yang sudah comot. Mata Amelia masih setia melihat mata kehijauan Firshad.

Cantik mata tu.. Sesuai dengan rupa Firshad.

Firshad menunjal dahi Amelia. "Aw.." Amelia menyentuh dahinya.

"Mengelamun lagi. Nah ambil kau buang. Malas aku pegang bekas bibir kau." Kata Firshad lalu melempar tisu itu ke muka Amelia. Amelia menangkapnya.

"Habis tu tangan you macam mana?" Firshad mengerling tangannya yang sudah merah akibat lipstik.

"Nanti balik aku samak." Amelia memuncung.

"Ee over la dia ni! Bukan najis pun!" Firshad menjungkit bahu.

"Tetap nak samak." Firshad terus melangkah ke keretanya. Amelia menghentak kaki lalu berlari-lari anak ke arah Firshad.

"Fir! Tunggu la i dulu!"

TBC🤍

Vote and comment❤️

FIRSHAD : POISON LOVE [EBOOK]Where stories live. Discover now