90 saat menuju tengah malam

41 9 5
                                    

BM04


konflik kian mekar
layaknya bunga-bunga liar
walau terlindung tirai
terdengar jelas mereka bersorai

ditelan pangkat dan kuasa
megah membina atom raksasa
mencetus impak berjuta duka
sedang yang kerdil tiada daya
mempertahan damai jagat raya

barangkali,
awan yang seakan kapas
nanti melakarkan cendawan
mungkin,
selepas itu semesta tak lagi
memberi izin makhluk
untuk menghuninya

barangkali dan mungkin
tak mungkin hadir tanpa dipancing
menang dan kalah
juga tak wujud jika tiada pemain

pilihan di jari
tak usah dinafi
moga terhindar dari binasa
berserah diri kepada Yang Esa

oleh aim,
3 Julai

________

untuk penduduk sfera
biru dan hijau

p/s: i love watching aperture, this poem is inspired by one of his videos

'the unsaid' | bm/biWhere stories live. Discover now