02 - problem

407 40 0
                                    

"ORANG baru memang nak lawan keras kepala dengan saya ke apa?" Tinggi suara Nadim menyindir Helen. Dia bercekak pinggang sambil berjalan ke kiri dan ke kanan.

Helen yang berdiri bersebelahan dengan Amir hanya mampu menundukkan kepalanya saja. Dia tidak berani untuk menatap wajah Nadim.

"Kenapa diam? Jawablah, Helen Ladeena!" Nadim menghentak kuat meja kerjanya dengan telapak tangan, membuatkan bahu Helen dan Amir masing-masing terangkat kerana terkejut.

"Ma... Maaf, Tuan Nadim. Sa... Saya cuma nak bantu Indah aje."

"Bantu? Awak merampas tugas, Helen!" Bidas Nadim.

"Tapi Tuan Nadim, Indah sendiri yang minta tolong saya untuk tangkap pelaku dalam kes dia." Secara automatik, kepala Helen terangkat untuk memandang wajah Nadim. Dia cuba menegakkan kenyataannya.

"Jangan cuba untuk menegakkan benang yang basah, Helen!"

"Saya cakap betul, Tuan Nadim! Indah sendiri yang-"

"Dia cakap awak rampas tugas. Full stop!" Nadim memotong percakapan Helen dengan satu nafas. Mata Nadim yang bak helang itu merenung tajam ke dalam anak mata Helen dengan wajah yang bengis. Suasana yang tegang itu bertukar sunyi seketika.

Wajah Helen terbias ketidakpercayaan.

"Disebabkan awak dan Inspektor Amir dah rampas tugas Inspektor Indah dalam bahagian penangkapan, Saya nak awak tulis laporan terperinci mengenai kes ni. Terperinci dan sebanyak yang awak boleh. Kalau awak tak tahu macam mana nak tulis laporan, rujuk Inspektor Qayyum. Minta bantuan dia. Awak dan Inspektor Amir juga perlu hadir di mahkamah untuk menjadi saksi perbicaraan. That's all. Amir, bawa Helen keluar."

Amir segera menarik lengan Helen keluar dari bilik Nadim.

Keluar saja dari bilik itu, Amir menghela nafas panjang. Dia meraup rambutnya ke belakang sebelum memandang wajah Helen.

"Helen, you're new! Awak tak sepatutnya..."

"Betul ke Detektif Indah kata yang sebaliknya?" Riak wajah Helen masih lagi tidak percaya.

Amir menghembus nafas lelah sambil matanya masih tetap memandang wajah Helen.

"Saya patut beritahu awak, Helen. Maaf. Indah memang selalu buat macam tu pada orang baru walaupun dah banyak kali kena warning dengan Inspektor Nadim. Biasanya Inspektor Nadim akan marah Indah dan bukan marah pada inspektor baru. Tapi kali ni saya tak tahu kenapa dia marah inspektor baru macam awak."

Helen menutup matanya lalu menarik nafas dalam dan menghembusnya keluar. Dia mula mengorak langkah laju untuk balik semula ke tempatnya.

Masuk saja figura badannya ke bilik pejabat, suasana yang riuh itu bertukar sunyi. Masing-masing memandang Helen sebelum kembali ke tempat mereka.

Indah yang boleh dikatakan sebagai leader perbualan itu mula mengoyak senyuman sinis ke arah Helen. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Helen. Bahu kiri Helen diusap lembut oleh Indah.

"Thank you, Helen." Tuturnya dengan intonasi suara yang menyindir.

"For?" Tanya Helen sepatah.

"For helped me doing my job."

Raup wajah Helen kekal tenang. Dia membalas senyuman Indah dengan manis.

"Yeah... Maybe I will be paid more than you." Helen membalas sedas. Terangkat sebelah kening Indah. Helen kemudiannya mengambil beberapa langkah ke hadapan untuk melanggar kuat bahu Indah dengan sengaja, membuatkan Indah hampir-hampir saja terjatuh.

"Excuse me, Helen? Kau rampas kerja aku kut!"

Tubuh Helen yang membelakangi Indah itu segera dipusingkan menghadap Indah. Helen memeluk tubuhnya. Bola matanya dibawa memandang ke atas dan ke bawah pada figura Indah.

"Nama dah Indah, tapi perangai tak seindah yang disangka."

"Dengar sini, Inspektor Indah yang tak bertauliah. Hari ni mungkin aku kena marah. Tapi esok lusa, kau akan kena lebih teruk. Trust me. You messed with a wrong person, Indah."

Amir yang berdiri di sebelah Indah itu hampir saja tergelak namun sempat ditahannya apabila Indah menjelingnya tajam.

"Saya datang sini, bukan untuk bermain dengan permainan bodoh macam ni. So, Indah. Terima kasih sebab dah beri saya peluang. Lepas ni makin mudahlah saya nak handle kes yang lain." Sekali lagi, Helen tersenyum manis ke arah Indah, tetapi tidak bagi Indah.

╔══ஓ๑♡๑ஓ══╗

USAI bersihkan diri, Helen berbaring di atas katil empuk miliknya. Syiling yang menjadi hiasan dalam kornea matanya ditenung lama.

Dia mengeluh perlahan sebelum teringatkan sesuatu.

Lantas dia bangun dan membuka laci meja yang terletak di sebelah katilnya. Buku yang diberi oleh Lutfi masih belum dibacanya lagi.

Baru saja dia membuka halaman pertama, ada nota kecil yang tertampal pada buku itu. Helen mencabutnya lalu dibacanya sekilas.

Meet me at library whenever you want :)
Oh, by the way, this book is not mine.
It belongs to the library...

- Lutfi Hayes

Nota kecil itu cukup membuatkan Helen tersenyum lebar. Makin berkobar-kobar semangatnya untuk memulakan pembacaan.

Setelah beberapa jam berlalu, jarum jam sudah menunjukkan pukul sebelas empat puluh malam. Kelopak mata Helen sudah mula memberat tetapi Helen tetap mahu sambung pembacaannya. Dari pukul lapan lima belas malam sampailah ke waktu ini, hanya tinggal beberapa bab sahaja yang perlu dihabiskan.

Pintu bilik Helen yang tidak diketuk itu dibuka luas oleh Azra.

"Helen, kau dah solat Isyak belum?" Tanya Azra lembut tetapi kuat pada pendengaran.

"Aku uzur." Balasnya. Mata Helen langsung tidak memandang wajah housematenya.

Baru saja Azra ingin berkata lebih, matanya sempat tertancap pada buku yang dipegang Helen.

Tengah baca buku yang crush bagi rupanya, bisik hati Azra.

Tengah baca buku yang crush bagi rupanya, bisik hati Azra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUTFI HAYES (HIATUS)Where stories live. Discover now