LAMA Helen termenung di luar tingkap pejabat miliknya. Air kopi yang masih panas di tangannya itu dikacau perlahan.
Sejak Lutfi datang ke pejabatnya semalam, kotak fikirannya sentiasa bercelaru memikirkan jawapan untuk pertanyaan Lutfi semalam.
Terima atau tidak? Helen takut untuk berbuat keputusan terburu-buru. Hatinya memang sudah berpaut pada Lutfi tetapi dia tidak sangka pula Lutfi yang mengambil satu langkah ke hadapan darinya. Adakah semuanya hanya mimpi?
"Jauh termenung. Teringat dekat dia ke?" Tiba-tiba Amir berdiri bersebelahan Helen. Memecahkan lamunan jauh Helen.
Helen menghela nafas perlahan sebelum menghadap ke arah Amir. Sikunya disandarkan pada meja yang ditempatkan betul-betul pada dinding tingkap.
"Takkan nak teringat dekat kau pula." Helen berseloroh. Amir hanya tertawa perlahan sebelum mendiamkan diri untuk seketika.
Kemudian, Amir bertanya, "Kau masih fikirkan tentang lamaran dia ke?"
"Yalah. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku buntu. Aku sukakan dia tapi, aku tak tahu pula dia ada perasaan yang sama. Bila dia luahkan perasaan pada aku, aku rasa macam... Terlalu awal. Aku dan dia pun baru kenal, tak sampai sebulan lagi." Luah Helen panjang.
Amir mengelus seketika dagunya sebelum bersuara memberikan pendapat.
"Perkahwinan tu tak perlu kenal seseorang itu dengan lebih lama, Helen. Cukup sekadar kau sayangkan dia, dan dia pun ikhlas sayangkan kau kerana Allah. Lagipun, pasangan bercinta yang kenal hampir tiga tahun pun, akhirnya boleh berpisah juga. Tak mustahil untuk orang yang baru berkenalan beberapa hari terus berkahwin. At least, mereka yang terus berkahwin tu terus mengelakkan diri daripada berbuat dosa." Ceramah Amir.
"Kalau kau masih buntu, kau solat istikharah, Helen. Semalam kau ada buat tak?" Amir bertanya pula.
Helen tersenyum segaris sebelum menjawab, "Aku ABC, Mir."
"Oh... Tunggulah lepas kau dah boleh nanti." Selamba Amir membalas. Amir kemudiannya terus menarik lengan Helen supaya mengikutinya.
"Sekarang ada banyak kes kita kena selesaikan. Aku ada jumpa satu bukti pada tempat kejadian."
Amir menunjukkan sebuah cincin besi berwarna silver yang terletak elok di dalam plastik zip lock yang berukuran empat kali enam sentimeter itu.
"Ini aku jumpa pada rumah mangsa pembunuhan waktu kau sibuk muntah tengok keadaan mayat mangsa." Amir tersengih, seperti memprovok Helen. Namun, Helen hanya menggulingkan bebola matanya kepada Amir sebagai tanda menyampah.
"Ni, milik suspek atau mangsa?" Tanya Helen.
"Mungkin mangsa, mungkin suspek. Entahlah, langsung tak ada cap jari pada cincin ni. Yang aku pasti, aku jumpa bawah meja bilik mangsa." Balas Amir sambil melihat-lihat cincin itu. Kemudian dia serahkan cincin itu kepada Helen.
Helen meneliti cincin itu. Kosong. Langsung tiada bukti yang boleh membawa mereka kepada langkah yang seterusnya. Dia mengeluh sesaat sebelum terfikir sesuatu.
"Mangsa yang kita siasat di rumah hari tu... Kau ingat nama dia?" Tanya Helen tiba-tiba.
Sebelah kening Amir terjungkit ke atas. Dia kemudiannya menekan papan kekunci untuk mencari maklumat berkaitan mangsa. Matanya teliti pada skrin komputer.
"Laura Fahima binti Syed Arman. Ni dia. Kau bacalah," Amir berganjak sedikit jauh dari komputernya untuk memberi ruang kepada Helen.
"Laura... Seorang pekerja di sebuah syarikat ternama... Berkahwin..." Helen membaca satu persatu maklumat yang ada pada butiran mangsa sebelum matanya terhenti pada status mangsa.
"Kejap. Laura dah berkahwin? Mana suami dia?" Tanya Helen.
"Laura baru je bercerai dengan suami dia. Dia ada dua orang anak kembar dan kedua-dua anak dia tu dijaga dibawah hak suami dia." Beritahu Amir.
Helen memetik jarinya sebelum tersenyum tipis. Dia segera mengambil blazer berwarna coklat cair yang berada pada kerusinya sebelum keluar dari pejabat.
Amir yang masih terpinga-pinga itu segera menyusul langkah Helen.
╔══ஓ๑♡๑ஓ══╗
SEBUAH banglo besar yang berada betul-betul di hadapan Amir dan Helen itu ditenung lama oleh Amir. Dia terpegun.
Setelah membaca maklumat terperinci tentang bekas suami Laura ketika Helen sedang sibuk memandu tadi, akhirnya mereka dibawa ke rumah banglo yang besar ini.
Mata Helen dikecilkan tatkala tangannya melindung mata gara-gara matahari yang menghalang pandangan mereka. Helen terus menekan loceng rumah banglo itu.
Beberapa minit setelah loceng ditekan, pagar rumah banglo itu terbuka dengan sendirinya. Menampakkan sosok tubuh seorang lelaki yang berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Awak berdua cari siapa ya?" Tanya lelaki itu ramah.
"Encik ni bekas suami Laura ke?" Tanya Amir pula. Lelaki itu hanya mengangguk.
Helen menunjukkan kad pengenalannya sebagai detektif yang tergantung kemas pada leher itu.
"Kami ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan encik."
Tanpa keizinan, Helen terus meluru masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu tetapi lelaki itu sempat menghentikan langkah kaki Helen. Kening kiri lelaki itu terangkat sambil matanya memandang ke arah Helen dan Amir bersilih ganti.
"I have nothing to do with Laura. Leave." Kata lelaki itu mendatar.
"Saya tak kesah fasal tu. Kami hanya nak tanya beberapa soalan itu saja. Tak susah pun. Harap encik boleh beri kerjasama." Balas Helen.
"Eh, mana waran awak berdua? Saya tak benarkan awak masuk kalau awak berdua tak tunjuk waran."
Pertanyaan lelaki itu membuatkan Helen dan Amir saling berpandangan. Amir ketawa kecil sebelum mendekati Helen.
"Waran? We don't need it here." Kata Helen sinis sebelum menolak tubuh lelaki itu ke tepi. Amir turut melakukan perkara yang sama. Mereka berdua lantas masuk ke rumah lelaki itu.
"Gosh, people nowadays are always rude!"
YOU ARE READING
LUTFI HAYES (HIATUS)
Romance𝟐𝐍𝐃 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 "The lighten of my life slowly becoming the darkness." Seseorang pasti akan berkata, lupakan kisah silam buruk yang mengganggu pemikiran dan mulakan hidup baru dengan bahagia. Tapi kalau kisah silam buruk tu menjadi satu...