PINTU kereta Mercedes hitam milik Lutfi itu dibuka dari dalam. Helen memaut beg tangannya sebelum keluar dari perut kereta.
"Terima kasih, Lutfi sebab tolong hantarkan saya." Ramah Helen bersuara.
"My pleasure, Miss Shine."
Dahi Helen berkerut pelik. Sejak awal pertemuan mereka di perpustakaan tadi, Lutfi asyik memanggilnya dengan gelaran Miss Shine.
Baru saja Helen ingin bertanyakan tentang gelaran itu, tiba-tiba...
"Helen!" Panggil satu suara dari arah belakang Helen. Lantas tubuh Helen berpaling ke arah suara tersebut.
Kelihatan Amir yang berada pada depan pintu itu tergesa-gesa berlari ke arah Helen. Sambil berlari, dia memegang sebuah fail yang berisi beberapa kertas A4 di dalamnya.
"Kenapa, Mir?" Tanya Helen bingung.
"Detektif Nadim nak jumpa kita berdua. Dia ada tugasan baru nak bagi. Mujur kau datang tepat pada masa." Usai menuturkan kata-katanya, Bebola mata Amir menatap ke arah susuk tubuh Lutfi yang berdiri di depan pintu keretanya.
"Boyfriend kau ke?" Bisik Amir ke telinga Helen.
Automatik mengundang senyuman lebar pada wajah Helen. Helen memukul lengan Amir kuat.
"Mana ada! Aku dan dia kawan aje." Jawab Helen.
Amir hanya mengangguk seraya mengusap lengan yang menjadi mangsa pukulan hebat daripada Helen tadi.
"Helen, saya pergi dulu." Lutfi minta pamit. Tubuhnya terus masuk ke dalam kereta miliknya sebelum enjin dihidupkan.
Hanya ekoran mata daripada Helen dan Amir yang menjadi jawapannya. Hampir beberapa minit Helen masih terpacak merenung jauh pemergian Lutfi itu. Bibirnya masih melebarkan senyuman.
"Helen, jom! Tugasan kalini susah sikit." Amir menarik kuat lengan Helen yang masih tercegat berdiri di tempatnya. Terus terbantut lamunan Helen.
╔══ஓ๑♡๑ஓ══╗
JEDA. Hampir setengah jam, Nadim hanya memerhati gelagat Helen yang berdiri bertentangan dengannya. Bibirnya dielus lembut sambil sebelah tangannya lagi mengetuk-ngetuk pen pada meja.
"Laporan mengenai kes rasuah. Dah siap?" Tanya Nadim terus.
"Be... Belum! Hanya tinggal sedikit lagi untuk saya siapkan laporan tu... Tuan Nadim." Balas Helen teragak-agak. Dia tidak mahu dimarahi untuk kali kedua lagi. Cukuplah hanya sekali sahaja dia dimarahi. Itupun berpunca daripada Indah yang langsung tak pernah serik dengan gurauannya.
"Bagus. Pastikan awak hantar pada saya sebelum minggu depan. Hari ni Selasa. Selewat-lewatnya saya nak pada hari Jumaat minggu ni. Tolong ya, Inspektor Helen. Minggu depan hari Rabu perbicaraan tentang kes rasuah itu akan bermula. Awak dan juga Inspektor Amir perlu hadir untuk jadi saksi perbicaraan. No excuse. Kalau tak, saya tolak gaji awak berdua." Terang Nadim. Helen dan Amir hanya mengangguk tanda faham dengan arahan daripada ketua mereka.
Nadim menghela nafas buat beberapa saat sebelum kembali ke topik utama. Dia memegang fail yang berada di atas meja lalu menyemak satu persatu helaian dalam fail tersebut.
"Ni tugas terbaru untuk awak berdua. Saya dapat maklumat daripada pihak yang lain, ada kematian yang baru saja berlaku pada kira-kira pukul tiga setengah petang tadi. Mayat ditemui mati di rumahnya sendiri. Saya nak awak ke tempat kejadian untuk periksa keadaan di sana. Pastikan awak maklumkan pada saya apa-apa bukti yang boleh diguna pakai. Siasat puncanya. Itu saja."
YOU ARE READING
LUTFI HAYES (HIATUS)
Romance𝟐𝐍𝐃 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 "The lighten of my life slowly becoming the darkness." Seseorang pasti akan berkata, lupakan kisah silam buruk yang mengganggu pemikiran dan mulakan hidup baru dengan bahagia. Tapi kalau kisah silam buruk tu menjadi satu...