17 | AM

21K 821 14
                                    

"Alyssa, kenapa kamu guna jalan lama? Abi dah pesan banyak kali jangan guna jalan tu kan?" soal Mansur penuh kerisauan. Boleh dikatakan jalan lama itu shortcut tapi sangat bahaya.

Alyssa menyuap Mansur bubur yang dia buat kerana Mansur berasa tidak selera makan. Aryan menyilang tangan sambil berdiri di hadapan pintu bilik Mansur.

"Alyssa pergi ke sungai yang dulu abi selalu bawa Alyssa. Alyssa rindu nak memancing dekat sana." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur mengeleng lemah.

"Kalau kamu nak pergi situ ajak suami kamu sekali. Tak ada lah bahaya sangat. Nasib baik suami kamu cepat sampai kalau tidak?" Mansur berkata dalam nada yang masih lembut. Alyssa menundukkan kepala.

Nasib baik juga Alyssa dah ada suami dan nasib baik juga pada masa itu penagih dadah tidak berada di situ. Kalau tidak...

"Sudah, kamu berdua pergi makan. Dah lewat ni. Abi boleh makan sendiri" kata Mansur dingin. Mansur mengambil bubur dari tangan Alyssa.

Mata Alyssa berkaca-kaca menerima teguran daripada Mansur. Mansur langsung tidak memandang Alyssa. Jarang dia dimarahi Mansur seteruk ini.

Aryan berasa kasihan kepada Alyssa. Dia bergerak mendekati Alyssa lalu tangan Alyssa ditarik. Alyssa mendongak memandang Aryan. Aryan memberi satu senyuman manis. Alyssa bangun dan keluar dari bilik Mansur bersama Aryan.

Tangannya masih digenggam Aryan sehingga ke meja makan. Aryan menarik kerusi dan Alyssa melabuhkan punggung di situ. Aryan mencedokkan nasi ke pinggan Alyssa. Alyssa memegang tangan Aryan yang ingin mencedok lauk itu.

"Saya minta maaf." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mengalir air mata Alyssa. Bibirnya memuncung ke depan membuatkan Aryan geli hati tetapi Aryan tahan. Kecomelan Alyssa tidak dapat dinafikan.

"Itu lah lain kali jangan buat hal. Kan dah kena marah dengan abi. Padan muka kau" sindir Aryan.

Air mata semakin deras turun membasahi pipinya. Suara tangsian juga keluar dari mulut Alyssa membuatkan Aryan mengelupur. Dia menjenguk jika Mansur ternampak puterinya menangis. Matilah dia kalau Mansur ternampak Alyssa menangis.

Aryan menarik kepala Alyssa ke dalam pelukannya untuk meredakan tangisan Alyssa.

"Aku gurau je lah. Janganlah nangis. Nanti abi nampak mampus aku" kata Aryan dengan cemas. Dia mengusap belakang Alyssa.

Alyssa menolak dada Aryan dengan kuat. Tersentak Aryan. Alyssa mencedok lauk ke pinggan dengan laju lalu makan dengan lahap seolah tiada apa yang berlaku.

Ternaik sebelah kening Aryan. Tadi nangis sekarang berselera pula makan. Random betul mood dia. Dia game aku ke?

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

"Abi, Aryan minta maaf terpaksa balik pagi ni juga. Aryan kena fly ke Sabah tengahari ni ada kerja sikit" kata Aryan lalu mencium tangan Mansur penuh hormat.

Kalau Aryan mungkir janji kali ini Dato Mustafar akan mencari orang lain untuk gantikan tempatnya. Aryan dah mula minat dalam bidang bisnes takkan dia nak lepaskan macam tu je.

"Tak apa abi faham. Kamu berdua elok-elok atas jalan nanti. Kalau mengantuk berhenti dekat r&r berehat. Ada apa-apa call abi" pesan Mansur. Aryan mengangguk sekali dengan senyuman segaris.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now