Setelah Alyssa selesai mandi lepas solat isyak tadi dia keluar dari bilik mandi dan terpampang tubuh Aryan dihadapan pintu. Terhinjut bahu Alyssa.
"Sorry. Kau dah habis mandi?" soal Aryan. Alyssa menangguk sekali.
Alyssa berjalan keluar dari bilik mandi dan ternampak Leissandra sedang menonton televisien di dalam bilik mereka atas katil mereka. Terkaku dia di situ.
Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"A..aku nak cakap pasal ni lah. Afiq tak boleh jagakan Sandra malam ni sebab dia ada misi. Aku nak minta izin kau untuk Sandra tidur sekali dengan kita. Kau tak kesahkan kalau Sandra tidur sekali dengan kita?" soal Aryan dengan ragu-ragu. Dia takut kalau Alyssa akan marah.
Alyssa diam saja.
"Ka..kalau kau tak selesa. Takpe. Biar aku tidur atas sofa. Kau tidur dengan Sandra atas katil" pujuk Aryan lagi.
Diam.
"Ka..kalau kau tak selesa juga. A..aku tidur bilik lain dengan Sandra. Aku tak boleh biar dia tidur sensorang nanti dia meracau malam-malam" kata Aryan lagi.
Dia sangat risau kalau Alyssa tidak selesa dalam masa yang sama dia tidak boleh biarkan Leissandra tidur seorang diri. Nanti sepanjang malam Leissandra menangis.
Kerana Alyssa tidak memberi apa-apa respon, Aryan sangkakan yang Alyssa tidak bersetuju.
"Tak..takpe. Aku bawa dia keluar sekarang" kata Aryan lalu berura-ura ingin pergi kepada Leissandra. Tangan Aryan dipegang Alyssa.
"Saya tak kesah." Balas Alyssa dalam bahasa isyarat. Wajah tidak beriak.
Aryan tersenyum lebar.
"Betul kau tak kesah? Aku boleh je tidur dekat atas sofa" kata Aryan.
"Abang nak tidur atas sofa sangat ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengeleng laju.
Alyssa pergi dari situ. Dia menyidai tuala di atas penyidai.
Yes! Aryan menyorak kemenangan.
Alyssa berjalan menuju katil lalu punggung dilabuhkan di atas katil. Dia memandang Leissandra lama lalu telefon pintarnya dibuka.
Aryan menyilang tangan di atas dada memerhati saja mereka berdua dari jauh. Mungkin dia patut biarkan mereka berdua berkenalan dulu.
Bahu Leissandra Alyssa cuit sekali. Leissandra menghiraukan. Dia terlalu fokus menonton kartun kegemarannya. Alyssa mencuit lagi bahu Leissandra lalu dia menoleh dengan wajah masam. Terkejut Alyssa.
Pasti Leissandra tidak faham bahasa isyarat jadi Alyssa menulis di dalam nota dalam telefon pkntarnya sebelum dihalakan kepada Leissandra.
'What's your name?'
Leissandra tidak membalas malah menayangkan wajah masamnya saja. Dia masih marahkan Alyssa sebab menyakiti papanya. Alyssa menulis lagi di atas telefonnya.
'You don't understand english?'
Diam.
Aryan ketawa kecil melihat mereka berdua.
Alyssa tekad membuka google translate. Dia menaip ayat yang sama lalu menunjukkan kepada Leissandra.
'non capisci l'inglese?'
Leissandra menjeling lalu menonton kartun semula. Tersentak Alyssa.
Aryan ketawa melihat reaksi Alyssa. Dia berjalan mendekati Alyssa yang sudah monyok itu. Dua-dua suka muncung bibir bila marah.
YOU ARE READING
KAU TETAP SEMPURNA
RomanceKAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }