51 | AM

16.4K 678 71
                                    

Tiba-tiba kepala Aryan berdenyut. Aduh kepala ni nak sakit masa tengah beromantik juga.

Membulat mata Alyssa memandang Aryan yang sudah memejam mata. Alyssa mengusap pipi Aryan. Mata Aryan terbuka sedikit.

"Hubby ok?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju.

"Sweetheart boleh tolong hubby tak? Tolong ambilkan perfume vanilla atas meja tu" kata Aryan sambil menunjuk ke arah meja solek.

Minyak wangi yang itu sudah masuk yang ke 12 Aryan beli kerana tidak tahan sangat dengan alahan mengandung. Minyak wangi itu sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan rasa pening dikepala Aryan walaupun hanya seketika.

Alyssa memandang minyak wangi itu lalu teringat kejadian di sekolah pondok.

Alyssa berdiri lalu dia mencabut tudung sarung yang dipakainya. Tanpa menunggu lama, dia naik ke atas Aryan. Tersentak Aryan. Matanya terbuntang luas.

"Hubby pernah kata yang alahan hubby akan hilang kalau hubby bau wangian leher sweetheart kan?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk kaku.

Alyssa menarik leher Aryan mendekatinya. Aryan menahan tangan Alyssa.

"Jangan, sweetheart. Hubby tak nak sweetheart tak selesa dengan hubby. Hubby tak nak sweetheart pergi jauh daripada hubby lagi. Cukuplah peluang yang sweetheart berikan kepada hubby. I can survive as long as you're beside me." Yakin Aryan berkata. Dia tahu dirinya akan hilang kawalan apabila menghidu wangian di leher Alyssa. Wangian itu terlalu menenangkan sehingga membuat Aryan khayal.

Alyssa tetap menarik leher Aryan mendekatinya. Aryan menahan tangan Alyssa lagi.

"Listen to me, I'm fine. Hubby tak nak sakiti sweetheart lagi." Mereka bertentang mata seketika. Alyssa menayang wajah monyoknya.

"If you love me, if you want to be with me. Let me heal you. Sweetheart tak boleh terus tengok hubby tersakiti seorang. Kalau hubby sakit siapa nak jaga sweetheart?" Tegas Alyssa berkata dalam bahasa isyarat membuat Aryan terkedu.

Aryan memeluk kemas pinggang Alyssa agar tidak jatuh. Dia mendekati perlahan-lahan lalu mula menghidu leher Alyssa. Lama-kelamaan semakin rakus Aryan menghidunya.

Wangian ini lebih menenangkan dan wangi berbanding minyak wangi yang dia beli beribu ringgit itu.

"Sandra, what are you doing?" soal Aryan dengan ceria. Dia dan Alyssa baru turun ke bawah. Tangan memeluk kemas pinggang Alyssa.

Afiq yang melihat tersenyum nipis. Akhirnya mereka berdua sudah berbaik.

Leissandra mengangkat buku bahasa isyarat yang Afiq belikan untuknya memandangkan dia nak sangat belajar bahasa isyarat supaya dia dapat berkomunikasi dengan mamanya.

Aryan melabuhkan punggung di atas sofa.

"Mana mummy dengan daddy?" soal Aryan kepada Afiq. Alyssa duduk disebelah Leissandra menemani nya bermain patung barbie itu.

"Mummy dengan daddy keluar melawat rumah anak-anak yatim. Kau berdua yang duduk dalam bilik tu lama sangat sampai nak dekat zohor baru turun. Entah apa yang korang buat dalam bilik tu" kata Afiq dengan sinis. Dia memandang Alyssa dan Aryan silih ganti.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now