chapter 2: talk

8 2 0
                                    

setelah beberapa jam yang berlalu, akhirnya tamat juga sesi persekolahan untuk hari ini.

aku keluar dari kelas dan berjalan kaki untuk pulang ke rumah. sekali lagi aku melihat sosok bayang itu mengekoriku.

itu 'strange' tapi siapa peduli?

jam di tangan kulihat kini sudah hampir jam 5.00 petang.

nak buat apa? kalau balik pun ada yang belajar,belajar,belajar.

aku kadang muak, tapi inilah rutin aku.

aku bergegas ke satu tempat duduk di tepi taman. aku merebahkan punggung di atas kerusi kayu itu. banyak sekali anak-anak kecil yang bermain dan bersuka ria bersama ibu bapanya masing-masing. ah kenapa aku pula sebak?

"ibu.. ayah.. yan rindu. dekat sini ramai yang jahat. dorang jahat.." aku terisak perlahan.

lantas aku bergegas bangun tak mahu orang melihatku dengan tatapan yang aneh dan juga aku adalah lelaki bagaimana seorang lelaki datang ke taman lalu menangis?

such a freak.

aku masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka dan membeli beberapa makanan untuk alas perut malam ni. sungguh walaupun aku tak cukup duit tapi aku juga harus isi perut.

aku berfikir, aku kena kerja tapi aku takut jika nanti akademik aku terjejas.

aku berjalan dan berjalan seiringnya waktu berjalan.

sosok itu masih mengikutiku. biarlah mungkin dia juga kesepian seperti aku.

hujan mulai rintik, aku sempat basah kerananya tapi.. saat aku ingin mengeluarkan payung. aku tak merasa ada titik hujan yang jatuh di tubuhku lagi, apabila aku melihat ke arah langit masih ada hujan. jadi bagaimana aku tak boleh terkena hujan sedangkan aku sedang berada ditengah-tengah tempat yang tak beratap?

aku mendengus perlahan. pelbagai dugaan yang datang. kini misterius pula yang datang.

terus berjalan kaki ke sekitar kota hampir 2 jam aku mengelilingi kota ini. tidak ada apa-apa yang menarik selain masuk ke dalam cyber cafe. tapi kerana aku yang tidak mempunyai wang yang cukup jadi aku hanya menatap tempat itu dari jauh.

aku menunduk. hahh.. Dunia sungguh tak adil. selamani aku tak pernah ambil kisah tapi.. aku rasa aku memang kena berubah. sampai bila je aku boleh bertahan?

____________&&&_________

Malam yang gelap gelita ini, kupasangkan lilin aroma dan beberapa lampu yang menyala.

aku bergegas mengambil buku latihan dan mulai menulis.

dikesibukan menulis, aku terdetik untuk menoleh ke arah tingkap. terlihat sosok bayang seperti memanggil ku. dengan rasa ingin tahu aku bangun dari duduk dan menghampiri sosok bayang-bayang itu.

wajahnya hanya terlihat samar-samar tapi wajah inilah yang aku lihat saat sosok bayang ini berada di sebalik pintuku.

sosok itu memulai bicara.

"Kamu harus kuat yan, disini dan dimanapun hidup seseorang tak pernah sempurna, semangat dalam menjalani hidup ketepikan yang buruk. Tak apa its fine if you just keep the spirit on yourself. don't cry, I'll be with you. aku akan selalu ada di sini, bersamamu" kata sosok itu sambil menggambarkan senyum dibibir bentuk love-shapednya.

Yan terdiam. aku terdiam. aku kembali memproses apa yang dikatakan sosok itu tadi baru sahaja aku ingin bertanya tetapi dia sudah menghilang.

Seminggu sudah berlalu...

Kini hidup aku menjadi penuh dengan kebahagiaan, aku juga sering mengulum senyum dan tawa.

banyak juga murid lain yang ingin berteman bersamaku. aku juga tidak dibuli lagi dan aku sangat bersyukur tentang itu.

di kelas..

aku kebingungan untuk mencari kotak pensil ku. aku masih ingat pagi tadi jika aku meletakkannya di mejaku. kenapa sekarang dah tiada?

"wuuit... buat apa tu yan?"
dess, kawan baruku menegur saat melihat aku yang kebingungan sana sini mencari kotak pensil.

"kotak pensil aku ha hilang padahal aku letak dekat sini je tadi" aku mulai garu kepala yang tidak gatal. ah dia main hilang-hilang pula takkan ada jembalang yang nak curi barang aku kot?

"hm.. yang tu ke?" kata dess sambil menunjuk ke arah reyi dan qash yang sedang sibuk menggeledah sebuah kotak pensil berwarna biru.

yan menghampiri kawan-kawannya itu berserta dess yang setia berada di belakang.

"main apatu"

"OHH-"

"my pencil case, finally" ucap yan terharu.

"kau punya ke? sorry aku tak tahu" kata qash yang menunjukkan emoji 'minta maaf' kepada yan.

"haish takpe la nasib Korang yang jumpa" yan hanya mengangguk sambil melibaskan kedua-dua tangannya.

"heem.."

______&&&____

sini aku berada, di rumah seperti biasa. aku selalunya tak bawa balik beg kecil yang berisikan raket badminton tapi kurasa itu harus dibersihkan jadi aku bawa pulang saja.

aku membuka zip beg tersebut. Debu bertebangan.

UHUK!
UHUK!

"aaish, banyakla habuk"

aku menendang beg kecil itu ketepi toh aku sudah tak ada mood untuk membersihkan raket itu.

aku menggapai buku di atas meja dan mulai beraktivitas seperti biasa.

30 minutes...

aku menutup buku dan mulai berfikir. kenapa sejak sosok tu cakap kalau dia selalu ada dengan aku.. dan.. kenapa selepas je dia cakap macam tu esoknya aku terus ada ramai kawan dan tak kena buli lagi?

dia siapa sebenarnya?

sibuk berfikir yan merebahkan dirinya di atas katil. sambil menatap langit-langit bilik.

Dan yan melihat ada sosok berupa manusia yang dia kenali sedang duduk di meja belajarnya,sosok itu tinggi,putih,rambutnya pendek dan berponi. bibirnya berbentuk love-shape.

yan mengkerutkan dahi lalu dia bangkit dari baringnya dan menghampiri sosok manusia itu.

yan bertanya, "kamu siapa? kenapa kamu boleh ada dekat sini?"

sosok itu berpaling muka menghadap ke arah yan. Dan berkata, "awan, namaku awan aku ada disini hanya untuk memberimu semangat hidup"

yan semakin mengerutkan dahi.
"hah? nama kau awan? kau manusia atau apa?" terlontar pelbagai soalan yang keluar dari mulut yan.

awan menghela nafas.
"I'm not a human, aku adalah semangat yang dikirim dari alam semesta untuk membantu dan memberi semangat kepada manusia-manusia lemah macam kau"

yan terdiam seketika, dia kembali memproses apa yang dikatan oleh awan.

"jadinya.. kau adalah semangat dan tugas kau untuk memberi semangat kepada manusia?"

"Iya"

"Jadi.. kenapa aku? yang.. kau tolong?" yan merasa tercengang. dia menunduk kan sikit kepalanya.

"kau.. kau jarang senyum ataupun gelak tawa. itu bermakna kau tak ada semangat, aku datang sini dan beri semangat kepada kau untuk kau terus hidup dengan bahagia dan tak merasa sedih lagi."

"Sejujurnya aku agak sedih tengok kau yang selalu kena masalah dan dibuli. kau mesti sedih kan? maaf kalau aku datang agak lambat tapi percayalah you have me."

yan terdiam, matanya berkaca. air mata turun tanpa kebenarannya.

"aku.. terima kasih sebab datang"

"my pleasure."

Tbc.

SEMANGAT | HAINSRNS & iChoiHyunxWhere stories live. Discover now