T E A || 26

4.9K 297 4
                                    

THROWBACK PART II


BEBERAPA keping gambar dilemparkan kasar. Kedua-dua telapak tangan kini meraup wajahnya. Rasa sebal di dalam hati semakin menjadi-jadi. Tangan mengepal penumbuk. Terserlah segala urat di tangan kekarnya. Naik turun dadanya kerana menahan marah.

Melihat anak majikannya yang dalam keadaan sebegitu membuatkan mereka berasa gerun. Wajah tegang lelaki itu membuatkan mereka meneguk air liur payah.

"Dah berapa lama?"

"I-Its been two months of relationships, Tuan Ezra." Terasa darahnya semakin mendidih tatkala mendengar jawapan yang diberikan oleh Firash.

BAM!

Meja kayu dihentak kuat sehingga retak.

"Memang babi punya betina! Lepas apa yang aku dah bagi dekat kau, ini yang kau bagi kat aku."

"SUNDAL!!!" Mereka yang berada disitu tersentak apabila suara kuat Ezra bergema kuat di dalam bilik kerja milik lelaki itu.

Firash memang Alejandro di sebelah malah lelaki itu juga berbuat benda yang sama. Firash geleng kepala manakala Alejandro angguk tanda faham.

Memang kali ini mereka tahu yang Ezra sedang mengamuk habis setelah mengetahui segala-galanya.

Tentang isterinya mencurangi dirinya dengan sengaja.

Lepas sahaja Firash dan Alejandro menyerahkan beberapa keping gambar Serra bersama dengan rakan kongsinya Tuan Yusoff yang diambil oleh mereka pada beberapa hari lepas, terus wajah Ezra tegang.

Gambar dimana isterinya sedang berjalan sambil merangkul lengan Yusoff membuatkam darahnya mendidih. Malah terdapat juga gambar dimana Yusoff dan Serra bercumbuan di dalam kereta di tempat parking bangunan syarikat miliknya.

"Kau dengan kau..." Jari ditunding ke arah mereka berdua.

"Perhatikan dia. Tengok sejauh mana dia buat benda sial tu. Aku taknak korang terlepas sikit pun, faham!" Kedua-dua lelaki itu angguk kepala laju.

"Kalau kau terlepas sikit, kepala korang jadi galang gantinya." Kata Ezra dengan nada keras berbaur amaran. Selepas itu dia terus meluru keluar meninggalkan kedua-dua lelaki itu.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Dia teruskan berjalan sehinggalah dirinya tiba di ruangan dapur. Kelihatan seorang gadis sedang sibuk menguli doh di atas island table sambil bernyanyi dan ditemani dengan bunyi lagu yang dipasang kuat di dalam dapur itu.

Devils roll the dice,~
Angels roll their eyes~
What doesn't kill me makes me want you more~

And it's new~
The shape of your body,It's blue~
The feeling I've got
And it's
ooh, whoa, oh~
It's a cruel summer~

Cruel Summer yang dinyanyikan oleh Taylor Swift menjadi pilihan lagu gadis itu.

It's cool, that's what I tell 'em
No rules~
In breakable heaven~
But ooh, whoa oh~
It's a cruel summer~

"With you.... Oh mak kau!" Terus gadis itu menutup mulutnya apabila menyedari dia tanpa sengaja melatah. Ezra terkekeh perlahan melihat gadis kesayangannya itu. Hilang rasa marahnya tiba-tiba.

"Ezra! Tak lawaklah!" Elya merengus kasar. Bayangkan dia baru sahaja mahu memusingkan tubuhnya dan secara tiba-tiba lelaki itu berada di belakangnya, tak ke dia terkejut?

"Why baby? Suara kau sedaplah." Pinggang Elya dirangkul kemas olehnya. Dia menarik tubuh Elya merapati dirinya sekaligus dia melagakan hidungnya dengan milik gadis itu.

"Saya kotorlah-"

"Tak apa aku boleh bersihkan. Kau nak aku mandikan kau sekarang pun boleh, baby..." Ezra senyum meleret. Tak semena-mena wajah Elya berona merah. Tangannya memukul lembut bahu lelaki itu.

Terletus tawa kecil Ezra. Geli hatinya dengan kelakuan gadis itu.

Serentak dia mendukung tubuh Elya dan secara automatik lehernya dirangkul kemas oleh gadis itu.

"Elya..." Panggil Ezra perlahan. Pandangan redup dihadiahkan olehnya kepada gadis itu.

"Apa dia?" Soal Elya lembut sambil senyum tipis. Jari-jemari halusnya bermain di rambut tebal Ezra.

"Aku tak suka kita macam ni." Terus mati senyuman gadis itu. Apa maksud Ezra? Adakah dia inginkan mereka berdua berpisah?

"Awak cakap ap-"

"Kita kahwin jom?" Elya terkelu lidahnya.

"Aku dah tak nak teruskan hubungan kita yang macam ni. Aku nak kau selamanya untuk aku. Aku nak kenalkan kat dunia yang kau isteri aku yang sah."

Masih lagi tiada tanda-tanda untuk gadis itu berkata-kata.

"Lagipun..." Dari pandangan redup bertukar menjadi nakal.

"Aku penat nak tahan diri dari tak ngap kau. Kalau kita kahwin kan senang! Boleh lah aku ngap kau setiap saat! Kan sayang?"

Pap!

Tak semena-mena pipi Ezra ditampar lembut oleh Elya. Ezra tersentak tatkala menerima tamparan tersebut. Walaupun tidak sakit tetapi hatinya pula sakit.

Apa salah dia kali ini? Dia ada salah cakap ke?

Ezra terkebil-kebil memandang Elya.

"Awak ni!"

"Boleh lah sayang? Aku naklah jugak manja-manja dengan kau dekat public. Nak cium ke, nak menempel pada kau ke... Jealous lah aku tengok orang lain manja-manja dengan isteri dia..." Bibir Ezra terjuih kehadapan.

Wajahnya berubah comel seperti minta simpati walaupun pada mulanya kelihatan seperti meminta pelempang. Biarlah hanya gadis itu melihat sisi yang satu ini. Jangan Firash dan Alejandro, tujuh keturunan tak habis malunya.

"Kalau saya tak nak?" Usik Elya.

"Aku boleh mengandungkan kau sekarang jadi kau tak boleh nak tolak." Membutang mata Elya setelah mendengarnya. Memang tidaklah dia mahu berbuat sebegitu. Sudahlah dia masih lagi berdara

"Fine! Saya terima!" Terus Ezra tersenyum lebar. Serentak dia mengucup lembut pipi Elya bertalu-talu.

"Terima kasih sayang..." Tubuh Elya diletakkan di atas kerusi dan dipeluk erat oleh Ezra. Elya hanya beriak pasrah. Lantak Ezra lah mahu berbuat apa.
.
.
.
.
.
TBC.

Last update.

Instagram: @/moonbeamlauv



𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now