T E A || 28

4.8K 288 5
                                    

THROWBACK IV ( LAST )

KETIGA-TIGA bayinya direnung lembut. Wajahnya dihiasi dengan sebuah senyuman tipis tatkala melihat wajah-wajah si kembar tiga yang kemerah-merahan dan polos itu.

"Lya dah ada nama untuk diorang?" Soal Dato' Ghazi sambil mengendong bayi perempuan Elya manakala bayi-bayi lelaki di dalam gendongan ibunya.

Elya baru sahaja selamat melahirkan anak-anaknya iaitu kembar tiga dengan cara bersalin normal. Pada mulanya, dia sendiri tidak menyangka dia akan melahirkan kembar tiga kerana semasa dia melakukan pemeriksaan, didapati hanya sepasang kembar sahaja tetapi tiba-tiba sahaja, rezekinya melahirkan kembar tiga pada hari ini.

"Yang sulung, Endra Arasyah, yang kedua Edri Arasyah dan yang ketiga Eyra Andrea." Jawab Elya.

Papa mereka Ezra Aqasyah manakala nama dia pula Elya Aurea.

The E.A Family.

Sesuai!

"Endra sebijik macam Ezra tapi bibir ikut mama dia. Edri pula nampak macam campuran mama dengan papa dia. Eyra pula macam mama dia, cantik!" Ujar Dato' Ghazi sambil mengelus lembut pipi cucu perempuannya.

Sejuk hatinya melihat wajah-wajah cucu-cucunya yang baru lahir itu. Andailah isterinya berada di sini, pasti wanita itu lebih teruja tetapi apa yang boleh dibuat? Perkahwinan anak sulungnya bersama Elya tidak diketahui oleh Datin Marinda.

Dia takut wanita itu akan membenci Elya dan menuduh Elya sebagai seorang perampas. Dia takut anak kepada arwah kawan baiknya dicaci maki dan dihina oleh isterinya.

Tetapi dia yakin, wanita itu pasti tidak akan berkelakuan sebegitu. Dengan izin tuhan...

"Daddy bila balik?" Soal Elya perlahan. Takut jika menganggu anak-anaknya.

"Lusa. Kenapa? Nak daddy extend sampai bulan depan tak?" Elya geleng kepala perlahan.

Dia tidak mahu menyusahkan lagi lelaki itu. Cukuplah lah sepanjang dia mengandung, lelaki itu menguruskan segalanya. Dari bahagian perubatan sehinggalah segala alat kemudahan dan pakaian bayi.

"Tak perlu lah. Lagipun ada Ammara. Dia boleh tolong. Dia sendiri volunteer."

"Okaylah kalau macam tu..."

"Suami Lya dia macam mana? Dia baik-baik saja kan?" Soal Elya kepada bapa mertuanya.

Sudah lama dia ingin bertanya tentang khabar suaminya di sana. Tipulah jika dia kata yang dia tidak rindu langsung. Setiap hari dia merindukan suaminya. Setiap malam dia akan melihat gambar Ezra sebelum dia tidur.

Sakit kadangkala hatinya menahan rindu.

Suasana kembali sepi. Dato' Ghazi menghela nafas berat sebelum memulakan kata-katanya.

"Depan Serra dia baik."

"Belakang tak. Merana sangat nampaknya. Selalu termenung jauh. Makan pun jarang dah sekarang." Jawab Dato' Ghazi.

Sudah lama dia memerhatikan anak lelakinya sejak ketiadaan Elya. Ezra serta-merta berubah 180°. Dari petah berkata-kata berubah menjadi pendiam. Selalu termenung dan suka menyendiri.

Kadangkala dia tertanya-tanya juga, begitu teruk kah rindunya pada Elya? Seberapa besarkah cintanya pada gadis itu?

Mendengar jawapan itu, terus Elya tergamam. Sampai begitu sekali suaminya berubah sejak ketiadaannya?

"Rindu sangat dekat kamu." Elya hanya terdiam. Air liur diteguk payah sebelum dia menunduk melihat kedua-dua bayi di dalam gendongannya yang sedang lena.

Kedua-duanya mengingatkannya akan Ezra. Dirinya kini dihurung rasa bersalah. Adakah dia terlalu keterlaluan kerana meninggalkan suaminya? Adakah dialah punca suaminya menjadi sebegitu teruk?

"Dah sampai masa nanti, kamu akan balik pada dia. Jadi buat masa sekarang, tolong kekalkan nama Ezra di dalam hati kamu. Jangan berputus asa mencintai Ezra. Ezra tu pun tak give up lagi. Daddy yakin, tak lama lagi hanya kamulah yang dikenali sebagai isteri kepada Ezra."

Elya mengangkat wajahnya setelah mendengar ujaran Dato' Ghazi.

"Apa yang membuatkan daddy yakin?" Soal Elya kehairanan. Sungguh dia tidak faham akan lelaki itu. Dia bukannya tak tahu yang bapa mertuanya inilah mastermind. Dia sendiri pun tahu perkahwinan ini salah satu daripada rancangan lelaki itu malah permintaan dari arwah papanya.

Dato' Ghazi sendiri yang memberitahunya di malam pertama dia menjadi isteri kepada Ezra. Pada mulanya, Elya berasa tidak percaya dan tidak yakin tetapi selepas mendengar kata-kata bapa mertuanya tentang Ezra menikahinya kerana mencintai dirinya, terus hilang segala rasa takut.

"Lya akan tahu nanti. Now, berehat dan spend time dengan triplets. Pilih mana yang Elya nak bawak dan mana yang Elya nak pisahkan. Nanti terus bagi dekat Dr Emma dengan kawan dia tau?" Elya mengangguk faham.

Walaupun berat hatinya tetapi dia terpaksa bersetuju demi keselamatan anak-anaknya dan Ezra.

"Daddy mintak maaf tak dapat nak jaga anak-anak Lya yang lagi dua. Takut Serra dapat bau rancangan kita. Takut jugak mummy banyak tanya. Tak pasal-pasal dia tuduh daddy ada anak dengan perempuan lain pulak." Ujar Dato' Ghazi.

Dia berharap rancangannya akan berjaya. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya dan begitu juga dengan cucu-cucu dan menantunya.

Takkan dia biarkan keluarganya berantakan disebabkan orang yang kejam seperti Serra. Berwajah cantik tetapi berperangaikan syaitan!
.
.
.
.
.
TBC.

goodnight lauvers.

Instagram: @/moonbeamlauv

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now