Sehari sebelum majlis pertunangan maira, alia bergerak ke kawasan bandar dimana tempat fahim tinggal. Tujuan asalnya adalah untuk bertemu dengan supplier untuk stock eventnya sekaligus bertemu dengan fahim. ''Lama ke tunggu cinta? sorry jalan jem tadi cinta'' ujar fahim. Alia yang sedang asyik bermain dengan phone nya tersentak mendengar suara itu. Suara yang dia rindui. Jujur alia sudah mulai mencintai fahim.Yalah dah kalau fahim melayannya seperti puteri raja, siapa je tak terpikat. ''Eh sorry fahim, saya tak perasan awak dah sampai'' gumam alia dengan nada bersalah. Fahim yang melihatnya bertindak sebegitu mempunyai idea nakal. ''Siapa yang awak chat sampai tak nampak saya dah datang ni cinta?'' tanya fahim cemburu. Sengaja fahim membuat muka cemburunya dengan jelingan manja. Alia yang terkejut dengan pertanyaan fahim itu lantas menjawab dengan gagap. ''Ma..mana ada chat dengan sesiapa, supplier saya je tadi bagitau payment dah diterima'' jawab Alia sambil menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat bersama supplier tadi. Fahim yang melihatnya berusaha menahan tawa. Mereka langsung masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke kampung alia. Fahim masih lagi dengan idea nakalnya. ''Supplier cinta tu lelaki ke perempuan? tua ke muda? handsome ke tak?'' tanya fahim bertubi-tubi. Alia yang mendengarnya langsung menelan air liur. ''Biar betik dia tanya sampai macam tu sekali'' ujar alia dalam hati. ''Dia lelaki, muda and handsome la jugak sbb dia chinese, so macam ala kpop gitu mukanya'' ujar alia selamba. Memang betul supplier nya itu merupakan lelaki cina yang muda dan handsome. Tapi suami orang, takkan lah alia terpikat dengan suami orang.Fahim yang mendengarnya agak sedikit terkejut.
Niatnya yang ingin bergurau berubah menjadi serius bila mendengar jawapan alia. Belum sempat fahim bertanya lagi, alia langsung memintasnya. ''Tapi awak jangan risau dia tu dah kahwin, dan saya takkan jatuh cinta pada suami orang. Selagi saya bernafas, saya takkan pernah jadi perampas kebahagiaan orang. Lagipun saya dah ada awak kan fahim'' jelas alia panjang lebar. Fahim yang mendengarnya lansung tersenyum manja. ''Afrina Aulia hanya milik Fahim Affan'' ujar fahim dengan nada yakin. Fahim terlalu mencintai alia sehingga sanggup berjanji cinta nya hanya akan mati di aulia. Mereka berdua tersenyum bahagia. ''Ya Allah terima kasih sebab hadirkan fahim dalam hidupku, aku berjanji akan setia pada fahim.Aku ikhlas terima fahim kerana-Mu Ya Allah'' ujar alia di dalam hatinya. Dia betul-betul bersyukur memiliki fahim yang sanggup menerima dirinya yang serba kekurangan.
Setibanya di kampung, alia langsung mengenalkan fahim kepada sedara-maranya. Fahim nampak mesra dengan mereka. Di dalam hati, alia bersyukur kerana fahim dapat diterima dengan mesra oleh sedara-maranya begitu sebaliknya. Alia menyuruh fahim untuk berehat dulu. Sudah pasti fahim kepenatan memandu tadi.Sambil itu, alia membaca cermin yang menjadi papan tanda untuk majlis esok. ''maira dan shah? nama macam baik harap orangnya eloklah'' ujar alia sendirian. Alia termenung sendiri teringatkan perbualannya dengan fahim dalam kereta tadi.
flashback kejap
''Nanti dekat kampung saya ada ramai cousin perempuan tau'' ujar alia tiba-tiba. Fahim yang seakan mengerti dengan pernyataan alia itu langsung menjawab ''SO?'' dengan nada berlagak. Makin menaikkan lagi emosi alia. Eh dia ni kalau aku yang lebih-lebih dia marah. ''So, awak jangan nak menggatal dengan diorang eh, bukan saya taktau tipikal lelaki bandar macam awak. Pantang nampak perempuan cantik'' ujar alia melepaskan geram. Fahim hanya gelak dan tersenyum nakal. ''Are you jealous cinta?'' tanya fahim. ''Cik Afrina Aulia cinta hati saya oi! saya kalau nak menggatal, bukan dengan cousin awak je, dekat bandar tu lebih ramai perempuan cantik and seksi. Tapi buat apa la kan saya try diorang, saya kan dah ada cinta saya depan mata ni, don't worry you are my only cinta'' ucap fahim dengan bangganya sambil mengenyitkan mata. Alia tersenyum mendengar pengakuan jujur fahim tu. Benarlah bagai dikata orang kalau dah jatuh cinta, semuanya indah di mata.Lamunan alia terhenti bila sebuah kereta masuk kedalam garaj rumah neneknya.Maira dan bakal tunangnya sudah sampai.Daripada menghadap kemesraan yang ditayangkan oleh neneknya bila menyambut pasangan sejoli tu, alia lebih memilih untuk bergerak ke dapur dan membancuh air untuk diminum. Di dapur, terlihat sosok tunangnya sedang termenung menghadap pintu belakang. Dengan lembut alia menyapanya. ''Awak..termenung je ingat siapa tu?'' Fahim yang tersedar dengan panggilan alia langsung menoleh sambil mengesat matanya.Melihat keadaan fahim seperti itu, alia mulai risau. Tidak pernah alia melihat fahim menangis didepannya. ''Awak okay tak? awak kenapa nangis?'' tanya alia risau. Namun tiada sebarang respon yang diberikan oleh fahim melainkan matanya yang tak henti merenung alia. Alia yang tidak suka dengan keadaan seperti itu lantas cuba untuk beredar dari situ. Mungkin fahim tidak selesa dengan kehadirannya waktu itu.
Ketika alia baru saja nak bergerak dan pusing ke belakang, lantas dengan pantas fahim menahan tangannya. ''Cinta...cinta...'' nafas fahim tersekat-sekat bila memanggil alia. Alia mulai panik. ''Ya sayang, cinta ada ni..kenapa ni?'' Tak pernah alia memanggil fahim dengan panggilan sayang namun keadaan fahim yang tiba -tiba seperti ini membuat hatinya luluh. Dia tidak mahu fahim terluka. ''Cinta janji takkan tinggalkan saya kan? please don't, cinta..I don't have anyone else. Saya cuma ada cinta dan mummy tu je''. Alia yang pelik dengan keadaan fahim lantas cuba untuk menenangkan tunangnya. Takut orang lain nampak, dah kira mereka bergaduh. ''No sayang, i will never leave you unless if you left me out'' ujar alia dengan penuh tenang. Alia tahu mood tunangnya sedang tidak baik. Jadi malas baginya untuk menanyakan lebih lanjut. Cukuplah bila dia sudah melihat fahim tenang.
''Haih, bakal pengantin datang dekat depan korang berdua sibuk buat hal dekat dapur..eloklah tu'' jerit nenek alia. ''Ish nenek ni kan tak bagi chance langsung'' gumam alia tak puas hati. Fahim yang mendengarnya menyahut ''cinta, tak baik macam tu, itu kan nenek cinta''. Bukannya alia tak faham perangai neneknya yang sengaja cari salahnya. Walhal mereka baru sahaja nak bertunang esok hari belum nak kahwin lagi. Mereka berdua langsung bergerak menuju ke rumah depan. Tiba-tiba, tubuh alia mengeras bagai batu. Apa yang dilihatnya sangat tidak disangka. Perasaan yang dulu pernah ada dalam hatinya kembali muncul. Kenapa, kenapa mesti sekarang?. ''Cinta..cintaa!'' panggil fahim. Pelik juga fahim melihat alia tercegat depan pintu tu. Lamunan Alia terhenti saat maira bersuara.
''Kenalkan ni bakal tunang aku, shah..Shah Ferhad'' jelas maira. Zasssss jantung alia berdegup laju. Tekaannya tak salah. Ferhad yang dia lihat depan matanya sekarang adalah ferhad yang sama yang pernah menyebabkan alia menutup hatinya untuk mana-mana lelaki dulu. ''Hai, nama aku Fahim, ni tunang aku alia..afrina aulia'' sapa fahim tanpa segan silu. Alia yang masih dengan posisi membatu itu perlahan menundukkan pandangannya. Dia takut, jujur dia takut. Takut untuk memandang lelaki yang bernama ferhad itu. Tapi alia cuba sedaya upaya untuk terlihat biasa. Ada hati yang perlu dijaganya sekarang.
YOU ARE READING
PEMBUKA CINTA [OG]
Storie d'amoreMenceritakan tentang kisah seorang gadis yang berkerja sebagai event planner.Hidupnya tampak normal seperti biasa namun ada kisah disebalik perjalanan hidupnya. Mampukah dia untuk meneruskan perjalanan hidup setelah melalui pelbagai rintangan? Adaka...