Pond bangun daripada tidur bila setitik cahaya matahari memasuki biliknya. Pond terus bangun dan membersihkan dirinya di dalam bilik mandi.
Setengah jam kemudian, Pond sudah bersiap-siap mahu pergi kerja. Pond keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Semangkuk bubur panas di atas meja tersedia untuknya. Pond tersenyum nipis.
Walaupun hubungannya dengan Phuwin masih mempunyai jurang yang luas tetapi Phuwin tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Menyiapkan pakaian kerjanya, menyediakan breakfast dan dinner. Kadangkala, biliknya yang bersepah akan kembali bersih.
Pond duduk di meja makan dan mulai memakan bubur itu. Masa dia tengah makan sambil melihat fail pesakit, tiba-tiba fail itu diambil dari atas membuatkan Pond memandang ke atas. Wajah Phuwin menjamah matanya.
" Masa makan, jangan membaca buku, fail or anything ataupun melihat telefon " kata Phuwin dan meletakkan fail hijau itu di atas meja.
Pond hanya tersengih sahaja.
" Kau doktor, sepatutnya kau mengetahui perkara itu " Phuwin menuang susu di dalam gelas kaca.
" Itu bukan berkaitan dengan pekerjaan doktor. Itu peraturan awak " balas Pond, selamba.
Phuwin memandang Pond dengan tajam dan meletakkan segelas susu di sebelah mangkuk bubur Pond. Phuwin duduk di hadapan Pond, melihat Pond memakan bubur yang dibelinya tadi pagi.
Pond menyedari penampilan Phuwin. Phuwin masih memakai pijama biru satin dan rambut yang masih berantakan.
" Awak tidak ke universiti hari ini ? " tanya Pond, meminum susu.
Phuwin menggelengkan kepalanya, " Tidak ada kelas. Cuti ! " Phuwin bersorak gembira dan menyandarkan tubuhnya di kerusi.
" Apakah jadual untuk hari ini kau sibuk ? " tanya Phuwin dekat Pond.
Pond terdiam sebentar, " Tidak sangat. Hari ini kena lakukan pembedahan pertukaran jantung dekat pesakit. Kenapa ? " tanya Pond, memandang Phuwin yang tengah menongkat dagu.
" Apakah kau mahu lunch di rumah ? Aku cuti hari ini. Aku boleh memasak. Lagipun, makanan di luar sekarang ini sudah mahal "
Pond tersenyum lebar bila mendengar Phuwin mahu memasakkannya lunch.
" Boleh. Nanti saya pulang " Pond menganggukkan kepalanya dan mahu mengangkat mangkuk bubur yang sudah kosong tetapi Phuwin menghalang.
" Letak sahaja di situ. Nanti aku basuh " pinta Phuwin.
" Sure ? " tanya Pond, memastikan.
" Ye " Phuwin menganggukkan kepala.
Pond senyum, " Terima kasih sayang " ucap Pond dan mengusap rambut Phuwin dengan manja.
Jantung Phuwin berdebar kencang mendengar ucapan Pond itu. Ucapan yang sederhana tetapi mampu membuatkannya tidak keruan.
" Apa sayang-sayang ini ? Geli lah ! " Phuwin menepis tangan Pond dengan telingannya yang memerah. Panas.
Pond ketawa kecil dan mengambil briefcase yang penuh fail di atas sofa.
Phuwin berdiri sahaja di belakang Pond, melihat Pond memakai kasut.
Pond memandang Phuwin dengan kening terangkat, " Kenapa awak di sini ? Tidak mahu berehat ? " tanya Pond, pelik.
Phuwin mendengus, " Tidak salah kan aku menghantar SUAMI aku berangkat pergi kerja ? " tanya Phuwin, melipat kedua tangannya di dada.
" Aku selalu nampak perkara ini di dalam cerita. Ini pertama kali aku melakukannya. Aku mahu merasai juga perasaan bahagia si isteri menghantar suaminya berangkat pergi kerja. Apa guna aku ada suami tetapi tidak dapat merasai perasaan itu ? " sindir Phuwin, memberikan sassy look.
Pond ketawa kecil dan bangun dari duduk, " Iya, iya " Pond menganggukkan kepalanya.
" Saya pergi kerja dulu " pamit Pond.
Phuwin terus menarik muka Pond dan dia mengucup pipi Pond.
Pond terkaku bila Phuwin mengucup pipinya. Jantungnya berdegup laju. Perasaan bahagia menyelubungi hatinya. Berbunga-bunga.
" Iya. Buat kerja elok-elok " pesan Phuwin, menampar lembut pipi Pond yang dikucupnya tadi.
" Baik sayang " ucap Pond dan mengucup dahi Phuwin.
Phuwin terpegun. Bibir Pond yang menyentuh dahinya sungguh lembut. Nafas Pond hangat membuatkan dia tenang. Perasaan halus mulai menjentik tangaki hatinya. Kucupan Pond itu membuatkan jutaan rama-rama berterbangan di perutnya. Bahagia dan mekar. Pertama kali Phuwin merasakan perasaan ini.
Pond menjauhkan bibirnya dari dahi Phuwin. Dia melihat wajah Phuwin yang terkaku.
" Saya pergi dulu " kata Pond, mengusap pipi Phuwin dengan penuh kasih sayang.
Phuwin tersedar. Dia menolak tangan Pond, " Iya. Hati-hati " pesan Phuwin dengan gugup.
Pond senyum dan pergi ke kerja dengan hati yang bahagia. Gembira bila pemergiannya ke kerja dihantar oleh sang isteri.
Phuwin memegang dadanya yang berdegup kencang. Wajahnya panas hingga ke telinga. Apa ini ?!
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya