" Aku pulang dulu ! " Phuwin melambaikan tangannya dekat Inocencio.
" Bye ! Jumpa esok ! " Inocencio membalas lambaian tangan Phuwin. Dia membuka pintu kereta dan dia memasuki keretanya.
Phuwin terus berjalan kaki ke arah bus stop. Kondominumnya tidak jauh daripada hotel ini. Pond tidak boleh mengambil dia kerana Pond mempunyai emergency di hospital.
Phuwin berjalan sambil memandang sekeliling yang gelap. Langit dihiasi bulan purnama tetapi tiada bintang.
Phuwin membelokkan kakinya dan dia memasuki di satu jalan persimpangan. Tiba-tiba bulu roma Phuwin berdiri serentak. Angin malam yang dingin menerpa tubuh ramping nya membuatkan Phuwin sedikit kesejukan. Phuwin merapatkan cardigan hijau yang dia pakai ke tubuhnya, mahu menghangatkan dirinya.
Phuwin memandang sekeliling dengan mata yang meliar. Perasaan tidak enak hati menyelubungi jiwanya saat ini. Salivanya ditelan berkali-kali.
Phuwin berjalan laju, mahu sampai cepat ke bus stop yang berada di hujung jalan persimpangan.
Tap !
Satu bunyi tapak kaki membuatkan langkah Phuwin terhenti. Biji mata coklat pekat milik Phuwin, bergetar perlahan. Bibirnya bergerak-gerak tetapi tiada suara yang keluar. Perlahan-perlahan, Phuwin menolehkan kepalanya ke belakang dengan keberanian yang hanya tinggal secebis sahaja itu.
Mata Phuwin melebar bila melihat lelaki berhoodie ada di belakangnya. Tubuhnya terasa kaku bila melihat lelaki berhoodie itu memegang penukul di tangan kanan. Badan Phuwin mulai menggigil, ketakutan.
" Arghh !! " teriak Phuwin kuat bila lelaki berhoodie itu menaikkan penukul besi di udara dan berlari ke arahnya.
Phuwin terus berlari dari situ dengan sekuat tenaga. Dia memandang ke belakang dan jeritannya meletus di jalan persimpangan yang sunyi itu bila melihat lelaki berhoodie mengejarnya dengan penukul di tangan.
Kaki panjangnya berhenti berlari bila sampai di hujung persimpangan. Nafasnya memburu laju dengan dada yang berombak ganas. Dia memandang sekeliling dan lelaki berhoodie itu sudah hilang dari pandangan matanya.
Di mana lelaki itu pergi ?
Phuwin menghela nafas lega tapi tiba-tiba ada seseorang menarik bahu Phuwin dengan kasar membuatkan Phuwin menjerit lalu memukul dada orang yang memegangnya.
" Aduh !! " teriak orang yang memegang Phuwin itu dengan kuat kerana Phuwin memukul dengan semua kekuatan.
Suara yang familiar. Phuwin membuka matanya dan melihat Nanon di hadapannya tengah memegang dada yang menjadi mangsa pukulannya.
" Na.. Nanon.. Apa yang kau buat.. Di sini ? " tanya Phuwin, penuh ketakutan. Dia melihat Nanon memakai hoodie warna hitam membuatkan jantung Phuwin berdegup kencang. Phuwin perlahan-perlahan berundur setapak demi setapak, menjauhi Nanon dengan mata yang berkaca-kaca. Takut.
" Hey, jangan takut dengan aku " Nanon mencapai tangan Phuwin tetapi Phuwin menepis dengan kasar.
" Jangan sentuh aku ! Itu kau kan yang selama ini ikuti aku !! " tuduh Phuwin sambil menundingkan jarinya dekat wajah Nanon. Nafasnya memburu laju dengan mata yang penuh amarah.
Nanon kebingungan dan dia menggeleng, " Bukan.. Aku nak cakap yang ka-
Phuwin mengangkat keningnya bila melihat Nanon terdiam di hadapannya. Dia menunggu Nanon sambung bicara dengan penuh sabar walaupun amarah di dalam jiwanya semakin membara. Dia mahu mendengar perjelasan dari mulut Nanon sendiri.
" Phu... Phuwin.. better kau jan.. jangan pandang belakang " tersekat-sekat suara Nanon bersuara. Tangan Phuwin dicapainya.
" Kenapa ? " tanya Phuwin, mahu menolehkan kepalanya ke belakang.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya