Chapter 7

317 14 0
                                    

Phuwin duduk di sebelah Pond. Dia melihat kereta yang bergerak, menuju ke hospital.

Sarapan mereka sungguh simple sekali membuatkan Phuwin mengamit kenangannya di Jerman. Makan makanan yang simple ataupun kadangkala tidak makan.

Tadi pagi, breakfast mereka hanya bijiran, buah strawberi kerana dia yang mahu dan susu segar iaitu susu kambing. Susu kambing yang dimasak dengan kayu manis untuk mengelakkan bau yang kurang enak. Dia bukanlah diajar untuk meminum susu kambing sedari kecil tapi Pond yang menyuruh dia mengambil susu kambing secara alami daripada susu lembu  atas sebab khasiat yang ditawarkan. Lebih mirip kepada nutrisi yang mampu dibekalkan oleh susu ibu, mampu melindungi kestabilan DNA, mengandungi oligosaccharides yang mempunyai kompisisi seperti oligosaccharides di dalam susu manusia yang mana bertindak sebagai  probiotic dan macam-macsm lagi kebaikannya.

Tadi pagi, terpaksa Phuwin mendengar nasihat Pond tentang khasiat susu kambing. Ini lah nasib dia bernikah dengan seorang doktor. Menyuruh menjaga kesihatan dengan baik. Cair tahi telinga Phuwin tadi pagi.

Pond memberhentikan keretanya di parking dan mematikan enjin kereta.

" Kita dah sampai " kata Pond, membuka tali pinggang keselamatan.

" I know " balas Phuwin dengan suara sarkastik. Dia turut membuka tali pinggang keselamatan dan keluar daripada kereta.

Cahaya matahari menerpa kulit muka Phuwin membuatkan Phuwin rasa sedikit segar. Phuwin meregangkan otot-otot tubuhnya kerana dari tadi hanya duduk di dalam kereta.

Pond membunyikan alarm kereta dan kereta sudah dikunci. Pond mengajak Phuwin masuk ke dalam hospital nya.

Semasa Phuwin jalan bersebelahan dengan Pond, banyak nurse dan doktor lain menunduk dekat Pond dan mengucapkan selamat pagi. Pond membalas sapaan tersebut dengan senyuman manis. Phuwin baru teringat yang Pond adalah pemilik hospital ini.

Pond membuka pintu bilik pejabatnya dan menyuruh Phuwin masuk dahulu. Phuwin masuk ke dalam bilik pejabat Pond dan tanpa ada perasaan malu, Phuwin terus baring di sofa.

" Haaa " Phuwin menghelakan nafas, lemah. Tangannya memicit-micit dahinya yang pening.

Pond menutup pintu dan berjalan ke arah Phuwin, " Dizzy ? " tanya Pond, duduk tepat atas kepala Phuwin.

Phuwin mengangguk, " Yeah, a little bit dizzy bit I'm okay " Phuwin menyakinkan Pond yang dirinya okay.

" Are you sure ? " tanya Pond dan memegang kepala Phuwin.

Phuwin menghela nafas bila merasakan kesakitan di kepalanya semakin mencengkam. Phuwin membaringkan kepalanya di paha Pond.

Pond terkesima melihat sikap Phuwin tetapi dia bahagia bila melihat ada sedikit perubahan dekat diri Phuwin. Seperti Phuwin ingin mendekatinya.

" P'Pond, urutkan sikit boleh ? " minta Phuwin dengan senyuman manis. Sengaja mengambil hati Pond untuk kepentingan diri sendiri.

Pond ketawa kecil melihat Phuwin bersikap manja kalau mahukan sesuatu. Pond perlahan-perlahan memicit-micit dahi dan kepala Phuwin membuatkan Phuwin nyaman.

" Hmmmm.. P'Pond... Saya mahu cakap something dengan awak "

" Shoot ! " selamba Pond membalas.

" Dekat sini ada doktor psikologi tak ? " tanya Phuwin, memandang wajah Pond dari bawah.

Terus terhenti tangan Pond yang memicit dahi Phuwin. Pond memandang Phuwin dengan risau.

" Why ? You have any mental health or anything problem ? Issue published? Online or anybody bully you ? " tanya Pond dengan risau. Dia mengusap rambut Phuwin.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now