Phuwin keluar daripada kereta Audi sambil mengangkat barang-barang dapur yang dibeli tadi. Phuwin menekan butang di remote kunci kereta dan kereta berbunyi bermaksud sudah berkunci. Phuwin berjalan sambil berusaha mengangkat barang-barang dapur yang banyak. Guna duit siapa ? Duit Pond. Lagipun Pond yang memberikannya duit bulanan setiap bulan.
Semasa Phuwin menunggu lif, matanya memandang jalanan. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan tudung hoodie di kepala tengah mundar-mandir di situ seperti menunggu seseorang.
Phuwin mengangkat bahunya, tidak peduli dengan keadaan lelaki itu yang berjalan ulang-alik berulang-ulang kali. Phuwin memasuki lif dan menutup lif.
PHUWIN duduk di set meja kayu yang ada di balkoni. Dia memandang telefonnya. Sudah pukul 12:30 tengah hari. Mungkin nanti Pond akan pulang. Phuwin menghirup kopi hitam dan sambung membaca buku.
Balkoni yang diduduki Phuwin menghadap kondominum. Rambutnya basah, masih menitikkan air. Dia mandi selepas menyelesaikan lunch untuk dia dan Pond. Dia tidak selesa badan yang melekit selepas memasak.
Strawberi ditelan dan kopi, dihirup perlahan. Dia mendengar lagu menggunakan earphone sambil matanya melihat buku. Bila terasa bosan, buku ditutup dan diletakkan di pahanya. Tiba-tiba bulu romanya berdiri dan dia terasa diperhatikan.
Phuwin melihat-lihat sekeliling. Mungkin ini perasaannya sahaja tetapi matanya melekat di satu tingkap kondominum yang berhadapan dengan kondominumnya. Tingkap itu terbuka dan ada satu susuk tubuh tinggi disebalik langsir yang terbuai kerana angin.
Phuwin mengerutkan dahi bila melihat gerak-geru seseorang itu sungguh aneh.
Lelaki kerana bentuk tubuh tinggi. Tengah memegang teropong di tangsn kanan manakala tangan kiri memegang rokok. Mulut lelaki itu seperti tengah mengunyah sesuatu. Kadangkala, dia perasan yang lelaki itu melihat sesuatu menggunakan teropong sambil menghisap rokok. Mencurigakan. Menyeramkan.
Kerana terlalu fokus melihat lelaki itu, dia menyedari teropong itu ke arahnya membuatkan jantungnya tergelincir. Mulai ketakutan bila teropong itu menuju ke arahnya.
Tiba-tiba...
" Seorang lelaki yang duduk di apartemen ternampak di apartemen hadapannya ada pembunuhan. Lelaki itu tidak sempat melarikan diri sebab pembunuh itu sudah nampak dia. Lelaki itu nampak jari-jemari pembunuh itu bergerak-gerak. Apa yang pembunuh itu lakukan ? "
Pertanyaan Gemini berlegar-legar di fikirannya membuatkan Phuwin resah. Bulu halus Phuwin berdiri serentak. Nafasnya terhenti bila ternampak bibir pucat lelaki itu mengukirkan satu senyuman sinis. Dia terasa ingin menjerit ketakutan tetapi belum sempat dia membuka mulut, jari telunjuk lelaki berhoodie itu diletakkan di bibir, seperti menyuruhnya diam.
" Yang penting senyap, sayang "
Bibir pucat itu bergerak tanpa suara mengatakan itu tetapi Phuwin dapat menangkap kata-kata lelaki itu. Lelaki itu seperti lelaki yang berjalan mundar-mandir di jalanan hadapan kondominum tadi. Apa lelaki itu mahu darinya ?
Jantung, hati, hempedu, usus dan semua organ seperti meletup bila nampak teropong itu masih tertuju ke arahnya. Dadanya sesak dan seperti mahu meletup.
" Po.. Pond... Pond.. " panggil Phuwin dengan nada yang bergetar. Pertama kali dia merasakan ketakutan yang luar biasa ini. Bibirnya menggigil bersamaan tubuhnya. Tangannya yang berpeluh, memegang kerusi, bersedia untuk bangun dengan tangannya yang menggigil.
Perutnya senak bila lelaki itu masih meneropong ke arahnya. Dengan pantas, Phuwin bangun dan mencampak buku di pahanya, ke sembarangan tempat. Dia berlari masuk dan tiba-tiba ada sesuatu menyentuh bahunya membuatkan Phuwin terkejut. Dia segera berpaling dan dia menghela nafas bila langsir yang menyapanya tadi kerana angin.
Phuwin memandang sekeliling dengan perasaan aneh. Tidak nyaman. Dia memusing-musingkan badannya, melihat setiap ruangan kondominum ini yang kosong, sunyi.
Dia terasa diperhatikan.
Phuwin dengan perasaan takut, terus berlari ke pintu kondominum. Figura lelaki berhoodie tadi bermain-main di kepalanya. Telinganya terngiang-ngiang dengan pertanyaan Gemini.
Belum sempat Phuwin ingin memegang tombol pintu, pintu dibuka dari luar dan muncul wajah Pond.
" Saya pula.. Eh ? Phuwin ? " Pond memandang Phuwin yang berdiri di hadapannya yang terkaku.
" Phuwin, what's wrong with you ? " tanya Pond, menyentuh bahu Phuwin.
Phuwin tersedar dan terus memeluk Pond membuatkan Pond terkaku.
" Hey, kenapa ni ? " tanya Pond, kebingungan dengan tingkah laku Phuwin. Dia dapat merasakan gigilan di tubuh Phuwin.
Phuwin tidak mampu bercakap. Mulutnya seperti dijahit. Bila beberapa minit dia memeluk Pond, Phuwin melepaskan Pond bila dia rasa sedikit tenang.
" Kenapa ini ? Ada apa-apa masalah ? " tanya Pond, mengusap rambut Phuwin.
Phuwin berjalan ke arah balkoni dan melihat-lihat. Dia mencari lelaki berhoodie tadi tetapi lelaki itu sudah hilang. Ghaib begitu sahaja membuatkan Phuwin menghela nafas lega.
Phuwin menggelengkan kepalanya dan senyum kecut, " Mungkin perasaan aku sahaja " gumam Phuwin perlahan.
" Phuwin ? " Pond memanggil, menyedarkan Phuwin.
Phuwin memandang Pond, " Jom makan. Nanti makanan sejuk, tak sedap " Phuwin menukar topik dan menarik tangan Pond ke meja makan.
" Awak ada sembunyikan sesuatu dari saya ke ? " tanya Pond, mencurigai Phuwin yang kelihatan lain.
Phuwin menggelengkan kepalanya dengan laju, " Mana ada " nafi Phuwin.
Pond hanya mengangguk, tidak yakin tetapi dia hanya diam sahaja.
Phuwin memandang ke belakang, memandang balkoni itu dan nafasnya terhenti bila nampak lelaki berhoodie itu melambaikan tangan ke arahnya. Phuwin memandang hadapan sambil tangan memeluk lengan Pond dengan erat. Takut.
Apa yang lelaki berhoodie itu bermain dengannya ?
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya