Phuwin duduk di meja batu di taman universiti sendirian. Dia menyelak-nyelak buku rujukan di hadapannya sambil menongkat dagu. Jam tangan dilihat. Pukul 1 petang.
Tiada kelas. Menunggu Pond mengambilnya untuk lunch bersama.
" Hai ? " sapa satu suara membuatkan Phuwin sedikit terkejut. Phuwin dengan pantas, memandang ke atas dan nampak Chimon tengah tersenyum ke arahnya.
" Hai " balas Phuwin dengan senyuman. Dia melihat Chimon yang duduk di hadapannya.
" Awak ada masalah ke ? " tanya Chimon, melipat kedua tangannya di atas meja.
Phuwin menggelengkan kepalanya, " No. Kenapa ? "
" Melihat awak melamun sendirian, saya datang dan bertanya. Mungkin awak boleh meluahkannya dekat saya " ujar Chimon, mengambil berat dekat Phuwin. Tangan Phuwin yang berada di atas meja, dipegang lembut.
Phuwin melihat tangannya yang dihempap oleh tangan Chimon. Dia hanya tersenyum sahaja.
" Thanks for caring for me but really, I don't have anything problem " ucap Phuwin, menarik tangannya dari tangan Chimon tetapi Chimon dengan pantas menggenggam tangan Phuwin membuatkan Phuwin terkaku melihat keberanian Chimon.
" Apakah awak mempunyai urusan apa-apa lepas ini ? Mahu keluar lunch bersama saya ? " ajak Chimon dengan senyuman manis.
Phuwin diam. Melihat wajah Chimon. Hatinya berbelah bahagi. Dia tidak enak menolak ajakan Chimon kerana mereka baru sahaja berkenalan tetapi dia sudah bersetuju mahu keluar lunch dengan Pond. Mana satu harus dipilihnya ?
PHUWIN duduk berhadapan dengan Chimon di satu kedai makan.
" Apakah awak pernah datang sini ? " tanya Chimon, mahu memecahkan kecanggungan diantara mereka.
Phuwin mengangguk.
" Dengan siapa ? " tanya Chimon ingin tahu.
" Pond " jawap Phuwin sepatah.
" Siapa Pond ? "
Phuwin memandang Chimon dengan pandangan sassy look.
" Jangan salah sangka dengan saya. Saya hanya mahu mengambil tahu tentang awak. Saya tertarik mahu berkawan dengan awak " Chimon menerangkan perkara sebenar supaya Phuwin tidak berfikiran aneh-aneh tentang dirinya.
Phuwin ketawa kecil. " I didn't say anything else but you are crazy " balas Phuwin dengan selamba.
Chimon mengerutkan keningnya, " Crazy. ? Apa maksud awak ? "
Phuwin menggelengkan kepala, " Nothing. Just ignore " pinta Phuwin dengan senyuman masih menghiasi bibirnya.
Terpegun Chimon melihat senyuman kucing Phuwin. Sungguh menggemaskan membuatkan jantungnya berdegup kencang.
" Your words are really strange but I like them " goda Chimon, memandang mata Phuwin.
Phuwin mengangkat keningnya sahaja bila mendengar Chimon mengatakan kata-katanya aneh.
Pelayan datang dan memberikan mereka menu. Chimon memesan makanan dan minuman manakala Phuwin hanya memesan minuman sahaja.
Selepas mengatakan pesanan, pelayan itu pergi, meninggalkan Chimon dan Phuwin berdua.
" Tidak mahu makan ? " tanya Chimon dengan dahi berkerut.
Phuwin menggeleng, " No appetite. Aku tidak lapar. Perut masih penuh dengan breakfast " beritahu Phuwin sambil melihat sekeliling.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya