Chapter 6

310 13 0
                                    

Phuwin mengeliat di atas katil dan membuka matanya bila merasakan cahaya matahari menembus retina nya. Pedih. Phuwin menggosok-gosok matanya sambil menguap kecil.

Bila semua kesedaran sudah dimiliki, Phuwin perlahan-perlahan bangun dari baring. Dia duduk bersila di atas katil sambil memandang sekeliling, cuba menganalisi keadaan sekitar yang sungguh asing baginya.

Phuwin menggaru kepalanya yang tidak gatal, " Aku kat mana eh ? "

Matanya menatap fail-fail yang bertimbun di meja kerja membuatkan Phuwin mengetahui dia di mana. Phuwin memandang sekeliling, mencari-cari tubuh Pond. Apakah Pond sudah pergi kerja ?

Krek..

Pintu bilik mandi terbuka membuatkan Phuwin memandang bilik mandi. Terdiam Phuwin bila matanya bertatapan dengan Pond. Sunyi. Hening. Hanya pandangan mata sahaja yang berfungsi sekarang ini.

Phuwin memandang Pond.Rambut yang masih menitikkan air, mata, hidung, bibir dan rahang Pond. Matanya turun ke dada bidang Pond dan sixpack yang cantik. Air dari rambut mengalir perlahan ke dada dan perut Pond lalu diserap dengan tuala yang menutup bahagian privasi milik Pond. Sempurna tetapi waktu sekarang ini, fikiran Phuwin sudah berfantasi liar melihat keadaan Pond yang sungguh seksi selepas mandi.

Pond mendekati Phuwin di katil, " Bagaimana tidur ? Lena ? " tanya Pond dekat Phuwin.

Phuwin hanya diam sahaja. Matanya tidak lepas memandang wajah Pond.

Pond menyentuh dahi Phuwin, " Panas dah kurang tapi awak kena cuti hari ini. Rehatkan badan. Mungkin awak terlalu penat ataupun memikirkan sesuatu dengan serius. Jangan memikirkan sesuatu dengan serius kerana awak boleh mendapat darah rendah. Tidak baik untuk kesihatan awak " Pond menyentuh leher dan memasukkan tangannya ke dalam baju Phuwin, menyentuh perut Phuwin. Panasnya sudah berkurangan daripada semalam.

Phuwin hanya menganggukkan kepala sahaja tanpa membantah apa-apa.

Pond senyum nipis bila Phuwin tidak melawan segala percakapannya. Dia tahu yang Phuwin lemah waktu sekarang ini. Semasa dia di hospital juga, pesakit yang demam bukan datang sendirian tetapi mempunyai pasangan untuk membantu.

" Saya ada beli bubur tadi. Apakah awak mahu makan beli or anything else ? "

Phuwin diam seketika, " Saya tak nak makan bubur, P'Pond. Saya nak makan bijiran, boleh ? " tanya Phuwin dengan perlahan. Rasa canggung bila menggunakan panggilan mesra dekat Pond. Inipun dia mahu membiasakan lidahnya kerana dia sudah tekad ingin membuka hatinya untuk Pond. Tidak bahagia kalau sudah bernikah tetapi tiada perasaan cinta.

Pond senyum lebar bila mendengar panggilan Phuwin terhadapnya.

" Boleh sahaja. Lagipun demam awak sudah berkurangan. Saya tahu yang awak kuat untuk melawan demam ini. Hmmmm... nanti awak ikut saya ke hospital " pinta Pond membuatkan Phuwin mengerutkan dahi.

" For ? "

" Antibiotic inject " kata Pond dengan selamba.

Phuwin diam seketika. Dia tidak mahu ke hospital tetapi dia tidak mahu demam kerana demam sungguh menyeksakan. Tiada pilihan. Terpaksa ikut Pond ke hospital.

Phuwin menganggukkan kepala sahaja.

Pond mengusap ubun-ubun Phuwin dengan lembut, " Pergi mandi dulu. Nanti kita breakfast and go to hospital together okay ? " Pond mengaturkan jadual harian Phuwin.

Phuwin mengangguk lagi. Tiba-tiba menjadi intorvert.

Pond memberikan tuala dekat Phuwin dan Phuwin menyambut huluran itu. Phuwin terus masuk ke dalam bilik mandi manakala Pond keluar, mahu menyediakan breakfast selepas memakai pakaian.

15 MINIT KEMUDIAN, Phuwin keluar dari bilik mandi dan mengambil pakaian Pond. Ambil sahaja baju Pond. Tidak perlu takut sebab dia yakin yang Pond tidak akan memarahinya. Dia malas mahu berjalan jauh ke biliknya walaupun hanya sebelah sahaja dengan bilik Pond. Dia mahu berdiri lama-lama pun masih tidak boleh. Dia demam semalam, takkan hari ini terus baik. Tipu ye demam boleh baik dalam sehari. Demam paling lama pun seminggu.

Selepas memakai pakaian Pond, Phuwin menggosok rambutnya yang basah dan dia menuju ke tingkap bilik Pond, membuka tingkap itu dan angin pagi memasuki kamar. Nyaman bila angin menyelubungi tubuhnya yang baru selepas mandi. Phuwin menutup matanya dengan helaan nafas lega.

Baru sahaja Phuwin menikmati angin pagi, bulu halusnya merinding. Phuwin terdiam. Tubuhnya kaku bila merasakan diperhatikan. Perlahan-perlahan, Phuwin membuka matanya dan darahnya seperti berhenti mengalir di setiap saraf bila matanya menangkap lelaki berhoodie di hadapan apartemen, tengah memandangnya dengan rokok di tangan. Nafas Phuwin tersekat-sekat bila nampak lelaki itu mulai meneropong ke arahnya. Phuwin ingin lari tetapi kakinya seperti digam. Ingin menjerit tetapi mulutnya seperti dijahit. Ingin bergerak tetapi tubuhnya kaku, ketakutan. Dia tidak suka bila dirinya diperhatikan seperti ini. Dia seperti orang gila. Kalau dia bagitahu dekat Gemini, bukan idea yang baik kerana Gemini akan bercakap yang dia berhalusinasi. Pond ? Pond doktor pakar bedah bukanlah doktor psikologi. Apakah Pond akan mempercayai kata-katanya kalau dia cakap yang dia terasa diperhatikan oleh lelaki berhoodie itu ? Apakah percaya ataupun tidak ?

Phuwin menggerakkan kakinya. Ingin berlari tetapi baru selangkah dia bergerak, rokok yang dipegang lelaki berhoodie itu dicampakkan ke arahnya dan rokok itu tepat masuk ke dalam tingkap bilik Pond yang terbuka lebar. Phuwin menjerit kecil bila terkena serangan sebegitu.

Phuwin mengutip rokok itu dengan tangan menggigil. Mata Phuwin terbeliak bila melihat ada tulisan di rokok itu.

" You can't run from me darling "

Phuwin rasa ingin pengsan di sini. Phuwin melihat lelaki berhoodie tadi dan lelaki itu tengah menghisap rokok baru. Phuwin membaling rokok yang apinya sudah terpadam itu ke sembarangan arah. Bila melihat lelaki berhoodie itu ingin membaling rokok sekali lagi ke arahnya, Phuwin terus berlari, tidak ingin melihat lelaki berhoodie itu lagi.

Buka sahaja pintu bilik, dia terlanggar tubuh Pond yang baru ingin mencapai tombol pintu.

" P'Pond ! " Phuwin terus memeluk Pond dengan erat. Matanya memandang sekeliling, tidak fokus. Dia terasa terancam, diperhatikan walaupun di sini hanya ada dia dan Pond.

" What's wrong ? " tanya Pond, kebingungan dengan sikap Phuwin yang tiba-tiba memeluknya.

Phuwin memandang kembali ke arah tingkap yang masih terbuka lebar. Lelaki berhoodie tadi sudah hilang, " Tadi.. Tadi ada.. Tadi ada lelaki "

" Ha ? Lelaki ? Mana ? " tanya Pond, mengusap badan Phuwin yang bergetar kecil.

Phuwin tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Dia seperti orang mental yang berhalusinasi. Apakah niat lelaki itu ? Apakah lelaki itu ingin membuat dia ketakutan sampai dia menjadi gila ? Lelaki itu seperti hantu. Muncul di hadapannya dan dalam sekelip mata, lelaki itu juga hilang. Ghaib ! Entah ke mana. Apa yang lelaki itu mahukan darinya ?

Phuwin rasa dia sudah lemah semangat. Dia tidak suka hidup sebegini. Seperti ada seseorang memerhatikannya dari jauh. Perkara ini pertama kali di dalam hidupnya. Dia tidak pernah kena sebelum ini dan selepas bernikah dengan Pond, hidupnya berubah seratus peratus.

Dan hari ini, lelaki itu semakin berani mengancam nya. Lelaki itu sudah berani menyerangnya membuatkan dia ketakutan. Siapa lelaki itu sebenarnya ? Motif lelaki itu menakutkannya kerana apa ? Apakah lelaki itu memainkan play victim ? Dark psychology ? Ingin memanipulasi fikiran seseorang itu dan mengawal hidup orang itu mengikuti kehendak tersendiri ?

Apa motif lelaki itu ?

Kenapa menganggunya ?

Apa kemahuan lelaki itu dekat dirinya ?

Ataupun dia sudah gila ?

Kenapa ? Kenapa ?

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now