Chapter 8

305 14 0
                                    

Phuwin berdiri sambil menyandarkan tubuhnya di tepi dinding. Tingkap yang terbuka luas dengan langsir yang membuai disapa angin sungguh menenangkan Phuwin. Phuwin memandang langit malam yang gelap. Tiada bulan dan bintang yang menemani.

Phuwin sendirian. Nyaman. Tenang. Phuwin menutup mata dan menghelakan nafas panjang. Sejak dia diperhatikan oleh lelaki berhoodie itu, hidupnya huru-hara. Dia tidak fokus di dalam kelas, assignment tidak ikut topik dan dia selalu melamun di mana-mana sahaja. Dia memikirkan tentang lelaki berhoodie itu tetapi Pond mengatakan yang dia hanya berhalusinasi sahaja. Apakah selama ini hanya halusinasi sahaja ? Dia tidak gila. Dia belum dapat penyakit mental lagi untuk berhalusinasi. Dia memang nampak dengan matanya sendiri yang lelaki berhoodie itu memerhatikan segala gerak-geri nya selama ini. Hidupnya seperti tiada arah tuju.

Phuwin membuka matanya dan darahnya berderau melihat lelaki berhoodie itu yang berada di hadapan apartemen nya, tengah memandangnya sambil menghisap rokok. Jantung Phuwin berdegup laju dan dia mengenggam bingkai tingkap dengan kuat, tidak ingin tubuhnya jatuh melorot ke lantai.

Phuwin nampak bibir pucat lelaki berhoodie itu tersenyum sinis memandangnya yang ketakutan seperti lelaki itu suka melihatnya begini. Phuwin menarik nafas panjang bila lelaki itu seperti menulis sesuatu. Masa ini untuk melarikan diri kerana lelaki itu tengah mengalihkan perhatian.

Phuwin melarikan diri dan baru dua langkah, satu gumpalan kertas tepat mengenai kepalanya membuatkan Phuwin terkejut. Phuwin memandang gumpalan kertas itu dan dia mengambil dengan jantung yang berdegup. Hati berkata jangan mengambilnya tetapi otak menyuruh sebaliknya. Kerana ingin tahu apa isi dalaman gumpalan kertas itu, dia mengikut kata-kata dari otak nya.

Perlahan-perlahan gumpalan kertas itu dibuka dan jantung Phuwin seperti tergelincir dari tempatnya bila membaca kata-kata lelaki itu.

" Run baby run.. Run if you can "

Phuwin berpaling ke belakang dan nampak lelaki itu tengah merokok. Kepala lelaki itu masih memandang ke sini. Phuwin mencampak gumpalan kertas itu ke sembarangan tempat dan dia terus melompat ke atas katil. Comforter ditarik membalut satu tubuhnya yang menggigil ketakutan. Beberapa minit dia keadaan sebegitu, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi sesuatu yang asing. Daripada tingkap.

Tingkap ?! Dia tidak menutup tingkap. Jangan katakan yang lelaki berhoodie itu....

Phuwin mengeluarkan kepalanya dan nampak bayangan lelaki berhoodie itu di tingkapnya. Tangan lelaki berhoodie itu sudah mencapai bingkai tingkapnya membuatkan Phuwin terkejut besar. Tubuhnya membeku melihat tekad lelaki berhoodie itu memanjat tingkapnya. Apakah lelaki ini belajar parkour ? 

Lelaki berhoodie itu sudah mulai masuk ke dalam bilik Phuwin. Masa itu Phuwin terus menjerit dan membaling comforter dekat lelaki berhoodie itu. Dia terus berlari keluar dengan air mata yang sudah menitis di pipinya.

" P'Pond !! P'Pond !! " teriak Phuwin, menepuk-nepuk pintu bilik Pond. Dia memandang pintu biliknya dan nafasnya seakan terhenti bila melihat lelaki berhoodie itu memandang dengan senyuman di sebalik dedaun pintu biliknya.

" P'Pond !! " teriak Phuwin dengan ketakutan.

Pintu bilik Pond dibuka dan muncul Pond yang hanya memakai tuala sahaja. Rambutnya basah.

Phuwin terus memeluk Pond dan dia menangis. Kakinya lemah seperti jeli. Tidak sanggup lagi berdiri. Seperti mengetahui dirinya melorot ke tanah, Pond terus merangkul pinggangnya dengan erat.

" Phuwin, kenapa ni ? " tanya Pond dengan nada yang risau. Terkejut dia bila melihat Phuwin dalam keadaan begini. Pertama kali Phuwin menangis sebegini selama dia hidup dengan Phuwin.

Phuwin memandang wajah Pond, " Saya nampak.. Lelaki tadi.. "

" Lelaki ? Lelaki mana ? " tanya Pond dengan kerutan di dahinya.

" Dia dalam bilik saya " kata Phuwin menunjuk biliknya.

Pond melepaskan pelukannya dekat Phuwin tetapi Phuwin tetap merangkul pinggang Pond, tidak mahu berjauhan dengan Pond.

Pond menghela nafas panjang bila Phuwin ingin ikut sekali walaupun dalam ketakutan begini. Pond berjalan ke arah bilik Phuwin dengan berhati-hati dan dia menolak daun pintu bilik. Pond melihat ke dalam dan hanya nampak tingkap yang terbuka luas bersama langsir yang terbuai lembut diterpa angin. Comforter merah Phuwin yang berada di lantai bilik dengan beberapa gumpalan kertas di lantai.

Pond tidak nampak sesiapa. Hanya nampak bilik yang bersepah sahaja. Pond memandang Phuwin yang berada di belakangnya.

" See Phuwin, no one is around here " kata Pond dengan kerutan di dahi.

Phuwin menggelengkan kepalanya, " No.. Not possible " ucap Phuwin, tidak mempercayai yang lelaki berhoodie itu sudah pergi. Sungguh cepat sekali .

" Lelaki mana ? Awak kenal dia siapa ? " tanya Pond, mengusap pipi Phuwin.

" I didn't recognize him because he was wearing a hoodie " kata Phuwin sambil memandang sekeliling, tidak fokus.

" Mungkin hanya kebetulan sahaja " kata Pond, mengusap kedua bahu Phuwin untuk menenangkan fikiran Phuwin yang bercelaru.

" Maybe that man is just your imagination " kata Pond membuatkan mata Phuwin terbeliak besar.

Phuwin menepis tangan Pond di pipinya dengan kasar, " I see him! That damn man did come in my room through the window ! I swear this is not my imagination! I'm not hallucinating, stupid! I'm not crazy enough to hallucinate! I have no mental illness that bastard! Fucking asshole that man !  " bentak Phuwin, menjerit dekat Pond. Perasaannya bercampur-baur. Kenapa perkara ini terjadi dekat dirinya ?

Dia yakin, lelaki berhoodie itu adalah seorang yang psiko. Lihat dari segi sikapnya itu.

" Phuwin, Phuwin, tenang " Pond memegang kedua tangan Phuwin supaya Phuwin tenang tetapi Phuwin menghempaskan tangan Pond.

Phuwin terpandang apartemen hadapannya dan nampak lelaki itu tengah terkekeh ketawa melihat keadaannya melalui tingkap biliknya yang terbuka lebar.

" I see him! I see him! I see him! He was happy to see me scared. Bastard! " teriak Phuwin seperti orang histeria.

Pond yang melihat Phuwin tidak terkawal, terus memegang kedua pipi Phuwin dengan kuat supaya Phuwin memandang nya. Wajahnya serius.

" Phuwin, dengar sini. Itu hanya halusinasi awak sahaja. Dia tidak ada di sini "

Phuwin menggelengkan kepalanya dengan air mata jatuh di pipinya.

" Dia tiada di sini. Mana lelaki itu ? Where the bastard man ? Tiada di sekitar sini. Mungkin itu hanya halusinasi awak sahaja. Dia tidak wujud sayang. If you are afraid like this, he is still happy because he sees you weak. I'm here for you. Don't afraid. I never leave you " Pond terus memeluk Phuwin dengan erat.

Phuwin menangis bila nampak lelaki itu terkekeh-kekeh suka melihatnya dalam keadaan begini. Lelaki itu mengambil seluruh kekuatannya dengan hanya memerhatikannya sahaja dan membuatnya terasa terancam. Lelaki itu tidak menyerangnya seperti menculik atau apa-apa pun. Lelaki itu membuatkan dia seperti seorang yang mempunyai sakit mental yang berhalusinasi.

" Shhh... Tenang sayang, tenang. Saya di sini " pujuk Pond mengusap rambut belakang Phuwin.

Phuwin menangis teresak-esak dan nafasnya seperti tersekat-sekat. Matanya kabur dan perlahan-perlahan Phuwin kehilangan kesedarannya. Kali terakhir dia nampak yang lelaki berhoodie itu mencampakkan rokok dan masuk ke dalam apartment.

Pond yang tidak mendengar apa-apa tangisan terus melepaskan tubuh Phuwin dari pelukannya. Phuwin yang berada di bawah alam sedar hampir jatuh ke lantai tetapi Pond dengan pantas, menahan tubuh Phuwin dari menyentuh tanah bumi.

" Phuwin ! Phuwin ! " Pond cemas melihat Phuwin yang pengsan. Dia menyentuh pipi Phuwin dengan wajah risau. Wajah Phuwin sungguh pucat sekali.

Pond terus mengangkat tubuh Phuwin dan keluar dari rumah mereka. Membawa Phuwin ke hospitalnya.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now