Chapter 9

294 14 0
                                    

" Kenapa boleh jadi begini P' " tanya satu suara yang dikenali Phuwin. Suara Gemini.

Pond hanya mengeluh sahaja.

" Kenapa P' Phuwin boleh jadi macam ini ? P'Pond tak bagi P'Phuwin makan ke ? " suara menuduh. Suara Fourth.

" Aku bagi dia makan lah " suara Pond.

" Kalau begitu, kenapa P'Phuwin boleh masuk hospital ? " tanya Fourth.

" How can I explain? " tanya Pond dengan suara resah.

Phuwin menghela nafas dan perlahan-perlahan dia membuka matanya. Bauan ubat menusuk-nusuk ke dalam hidungnya. Cahaya terang memasuki retina matanya membuatkan matanya pedih. Phuwin kembali menutup mata dan membuka kembali matanya, mahu menyesuaikan cahaya tersebut. Phuwin nampak ada jarum di tangannya dan mesin di tepi katilnya. Phuwin nampak Pond duduk di sisi katil nya bersama Gemini dan Fourth. Wajah mereka bertiga terpancar kerisauan yang tinggi.

" P'Pond " panggil Phuwin dan memegang tangan Pond.

Pond, Gemini dan Fourth terus menerpa ke arah Phuwin.

" Ke tepi dulu Gemini, Fourth. Aku nak check  Phuwin sekejap " Pond menolak badan Gemini dan Fourth.

Gemini dan Fourth sedikit ke belakang bila Pond mahu periksa Phuwin yang baru bangun pengsan.

Pond memeriksa tubuh Phuwin. Melekapkan stethoscope beberapa kali di dada Phuwin dan menyuluh mata Phuwin dengan lampu suluh kecil. Selepas memeriksa Phuwin, Pond menganggukkan kepalanya dan menulis sesuatu di satu fail.

" Awak kekurangan gula dan air di badan. Gastrik awak kembali teruk seperti dulu. Ada apa-apa alasan ? " tanya Pond dengan serius.

Phuwin menyandarkan tubuh belakangnya di kepala katil.

" Hmmm.. Kurang selera makan sejak 2 minggu kebelakangan ini " beritahu Phuwin dekat Pond.

" Kenapa ? Ada apa-apa masalah ke sampai kehilangan selera makan ? "

Phuwin pandang Pond dan Pond memandang Phuwin.

Pond menghela nafas bila mengetahui apa yang mengacaukan fikiran Phuwin.

" Baiklah. Awak mempunyai darah rendah. Kan saya pernah cakap jangan memikirkan sesuatu dengan serius dan kalau awak tidak ada selera mahu makan, makan roti, susu ataupun bubur. Alas perut supaya tidak gastrik. Pil awak pun sudah habis, tak nak cakap dengan saya. Geramnya saya dengan awak ni " Pond menepuk-nepuk lembut kepala Phuwin dengan fail di tangannya.

Phuwin hanya ketawa kecil sahaja. Dia menganggukkan kepala, " I'm sorry P'Pond " ucap Phuwin, mengambil tangan Pond dan memegang dengan erat.

Pond senyum dan mengucup dahi Phuwin, " It's okay sayang "

Gemini terus menerpa ke arah Phuwin, " Kenapa kau tidak ada selera makan ? Apa yang terjadi ? "

Phuwin menjeling Gemini, " Kau tu yang hilang entah ke mana " Phuwin menolak dahi Gemini.

Gemini hanya menggosok-gosok dahinya yang ditolak Phuwin.

Fourth menepuk bahu Phuwin, " P' okay ? " tanya Fourth, mengambil berat.

Phuwin senyum dan mengangguk, " Aku okay sahaja. Jangan salahkan P'Pond. Aku yang tidak mendengarkan nasihat P'Pond " kata Phuwin dengan lembut supaya Fourth tidak salah faham dekat Pond.

Fourth hanya menganggukkan kepalanya sahaja dengan senyuman manis di bibir.

" P', what happened actually ? " tanya Gemini, mencuit bahu Pond.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now