Chapter 11

298 15 0
                                    

Phuwin melihat jam jarum di pergelangan tangannya. Sudah pukul 12 tengah hari. Phuwin mengemas buku-bukunya dan macbook ditutup. Dia mahu pergi ke hospital Pond. Ingin lunch bersama suaminya.

Semasa Phuwin keluar daripada kelas, tiba-tiba Chimon muncul di hadapan Phuwin membuatkan Phuwin tersenyum gembira.

" P'Chimon buat apa di sini ? " tanya Phuwin dengan mesra.

Chimon memandang Phuwin dengan mata yang bersinar terang, " Saya cari awak lah. Saya rindukan awak " ucap Chimon dengan senyuman manis.

Phuwin ketawa kecil, " Seminggu ini tidak nampak. Pergi mana ? "

" Study " jawap Chimon ringkas. Dia memandang sahaja wajah Phuwin. Rindunya dekat Phuwin membuak-buak.

Phuwin menganggukkan kepala.

" Phuwin nak pergi lunch  ? " tanya Chimon bila nampak Phuwin seperti bersiap-siap ingin keluar.

" Eh tak lah. Aku nak pergi basuh baju " jawap Phuwin sarkastik.

Chimon ketawa kecil, " Nakal " dengan selamba, Chimon mencuit hidung mancung Phuwin.

Phuwin mengelak dan mencebikkan bibirnya. Tidak lama kemudian, dia ketawa bersama Chimon.

" Nak lunch  sama tak ? " ajak Chimon.

Phuwin diam seketika dan menggelengkan kepalanya, " No. Aku nak lunch dengan someone. Sorry. " ucap Phuwin, menolak ajakan Chimon dengan sopan.

Chimon senyum hambar dan menggelengkan kepala, " It's okay " balas Chimon dengan hati yang kecewa bila mengetahui dia tidak dapat makan tengah hari bersama orang yang dicintainya.

Phuwin senyum lebar, " I have to go now. See you later " Phuwin melambaikan tangannya dan pergi dari situ. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Pond.

" Alright " ucap Chimon sambil melambaikan tangannya. Lepas kelibat Phuwin hilang, Chimon menghempas tangannya dengan perasaan hambar di jiwanya.

POND tengah berbual dengan seorang doktor lelaki sambil memegang fail di tangan. Wajah Pond sungguh serius membicarakan perihal kanser pertumbuhan otak.

" Jika kita tidak melakukan pembedahan dengan cepat, pesakitnya boleh meninggal dunia " ujar doktor lelaki itu.

" Tetapi, keluarga mereka tidak menyetujui lagi untuk melakukan pembedahan " balas Pond sambil menyelak-nyelak fail di tangan.

" Sebenarnya Dr. Pond, mereka menyetujui untuk melakukan pembedahan " beritahu doktor lelaki.

Pond memandang wajah kacak doktor lelaki, " Kenapa awak baru bagitahu saya waktu sekarang ini ? " tanya Pond dengan wajah serius.

" Tapi mereka tidak mempunyai duit untuk membayar pembedahan tersebut. Mereka memerlukan masa untuk membayar. Sebab itu saya tidak memberitahu Dr. kerana saya mahu mereka membayar dahulu duit pendahulua nya " doktor lelaki itu menerangkan niatnya.

" Boleh sahaja mereka melakukan pembedahan dengan segera. Saya tidak peduli tentang duit. Mereka boleh bayar bila-bila masa sahaja. Matlamat hospital ini adalah menyelamatkan nyawa, bukan lah mementingkan duit. Awak fikir nyawa ada jual di kedai ? "

" Maafkan saya Dr., " doktor lelaki itu menundukkan kepalanya.

Pond menghela nafas, " Awak yang menguruskan pesakit ini, tahap berapa kanser nya ? "

" Kanser tahap 3 " beritahu doktor lelaki itu, membuka fail hitam di tangan.

" Saya melihat di sini, selain pertumbuhan otak, pesakit itu mempunyai kanser paru-paru berair. Betul ke ? " tanya Pond dengan serius.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now