Di taman universiti, Phuwin duduk sendirian. Hanya dia seorang sahaja di sini memandangkan pelajar lain tengah makan lunch. Dia tidak lapar. Dia sudah memberitahu Pond tetapi Pond tetap mahu mengambil nya. Dia tidak kesah. Dia hanya ikut sahaja.
" Hai ? " sapa Chimon dan duduk di sebelah Phuwin.
Phuwin memandang Chimon dan senyum, " Hai "
" Awak tengah buat apa ? "
" Nampak seperti aku tengah print kertas ke ? Tak kan ? Aku tengah buat assignment. Itupun nak tanya ke ? " Phuwin mencebik dan melihat kembali macbook nya.
Chimon ketawa mendengar kata-kata Phuwin. Dia menongkat dagunya sambil memandang wajah Phuwin dari sisi. Dia baru sahaja kenal Phuwin sebulan tetapi dia sudah cintakan Phuwin.
Tiba-tiba Chimon teringat sesuatu, " Phuwin, apakah betul awak sudah kahwin ? " tanga Chimon membuatkan Phuwin tersedak salivanya sendiri.
" What ?! " tanya Phuwin dengan mata terbeliak besar.
" Is it true that you are married ? " tanya Chimon mengulangi pertanyaannya tadi.
" Dari mana kau tahu ? " tanya Phuwin, tidak menjawap soalan Chimon tadi.
" Saya tahu dari Gemini. Masa itu, saya nampak awak masuk ke dalam satu kereta Mercedes ini, saya fikir itu abang atau keluarga awak tetapi bila saya menanyakan dekat Gemini, Gemini kata itu kereta suami awak. Betul ke awak sudah bernikah ? Awak bernikah dengan siapa ? Bila ? Kenapa saya tidak tahu ? " tanya Chimon bertubi-tubi. Tidak puas hati bila dia mengetahui yang Phuwin sudah bernikah.
Phuwin menghela nafas. Gemini ! I kill your 5 minutes a little shit !!
Phuwin menganggukkan kepala, " Iya, aku sudah bernikah tetapi ini pilihan family. Aku hanya ikut sahaja " jawap Phuwin dengan ringkas.
" Bila ? Dengan siapa awak bernikah ? " tanya Chimon, makin dekat dengan Phuwin membuatkan Phuwin rasa tidak nyaman. Lebih-lebih lagi Chimon seperti mendesak nya.
" Hmmmm.. I am married to P'Pond and I got married to him 3 months ago " beritahu Phuwin dengan mata yang meliar, tidak mahu melihat wajah Chimon yang sudah menunjukkan kekecewaan. Dia bukannya tidak tahu yang Chimon menyimpan perasaan kepadanya tetapi dia buat-buat tidak tahu. Hatinya sekarang ini telah berbahagi. Dia mencintai Pond tetapi pada masa yang sama, dia menyukai Chimon tetapi suka tidak cukup untuk mengalahkan cinta, kan ?
" Pond pemilik hospital tu ke ? " tanya Chimon, ingin tahu.
Phuwin menganggukkan kepalanya.
Wajah Chimon berubah. Kecewa. Dia kalah dengan Pond walaupun belum bersaing lagi kerana Pond lebih hebat daripadanya.
" Tapi ini pilihan family kan? Awak bahagia ke dengan dia ? " tanya Chimon tiba-tiba membuatkan Phuwin terkejut.
" Hah ? "
" Awak mesti tidak bahagia kan ? Awak dengan Pond bernikah bukan atas dasar cinta, jadinya awak boleh meminta dekat Pond untuk melepaskan awak kan ? " tanya Chimon sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Phuwin.
Phuwin menelan salivanya, " Aku tak nak. Kalau aku dengan Pond berpisah, nanti mae dan pho kami akan kecewa kerana itu impian mereka "
" It's okay ! Awak boleh bernikah dengan saya " Chimon menarik tangan Phuwin membuatkan Phuwin terkejut.
" Apa ? Are you crazy ?! " Phuwin mahu menarik tangannya tetapi Chimon lebih kuatkan genggaman.
" Betul. Saya akan bernikah dengan awak kalau awak dengan Pond berpisah. Kita boleh slow talk dengan family awak nanti "
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya