Tbh, i don't have energy to save our friendship, i'm literally giving up on my life, giving up on our friendship. Kau tak pernah faham luka aku macam mana. Aku cuba masuk dalam jiwa kau, aku rendahkan ego aku untuk kau. Aku hilangkan sikap panas baran semata-mata untuk kau, kawan. At the end, apa yang aku dapat? Tangisan lagi banyak dari bunyi hilai ketawa.
Kau tak pernah cuba untuk faham aku, kau jadikan aku macam sampah. Jadikan aku sebagai pilihan kedua dalam semua perkara. At the first, aku okay dengan benda tu tapi if we keep in this cycle sape je tak rasa letih. Aku letih dengan kekalahan ego aku dengan kau. Aku muhasabah diri, aku cari semua kebaikan kau. Alhamdulillah, aku jumpa tapi itu semua sekadar singgah di ruang tamu jiwa aku. Aku anggap kau rumah untukku, rupanya tak. Kau hanyalah ruang kosong yang benar-benar kosong, tak dapat dihiasi dan dimasuki langsung.
"Kita tak okay macam ni, kena communicate pasal apa problem yang kita hadap", kataku. Yahh kataku sahaja, katamu tidak. Kau lebih suka berdiam diri, taknak cuba untuk fix our friendship. Dari situ, aku tahu yang kita fail dalam communication. Berdiam diri dan mungkin ada masalah trust issues dalam diri kau. Adakah aku ini bukan orang yang baik untuk kau? Adakah aku hanya orang asing dalam hidup kau?
Terlalu banyak lelah yang aku dapat, tidakkah kau ingin bertanya kepada aku tentang lelah aku ini. Lelah untuk menyelamatkan hubungan yang hampir memusnahkan hidup aku. Aku tenggelamkan hidup aku untuk kali kedua dalam hubunfan yang aku panggil 'kawan'.
Terima kasih untuk kesekian kali, luka yang aku dapat untuk kali ini teramat dalam. Aku simpan luka ini untuk diingati. Mungkin jika kita berjumpa, mungkin kau dapat melihat impak luka ini untuk pertama kalinya. Mungkin orang anggap aku terlalu memikirkan dan terlihat lemah dalam semua perkara. Ya, aku lemah untuk hubungan yang aku panggil 'kawan'. Kawan yang tak pernah anggap aku sebagai kawan. Terima kasih
""
